Batuk, selesema dan berkahak antara keadaan yang sangat merisaukan ibu ayah terutama bagi yang mempunyai bayi kecil
Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Ysurizal ketika membawa bayinya yang batuk dan selesema hampir seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.
Dr Safwab dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.
*Sebelum buat rawatan ni jangan bagi anak minum susu 2 jam sebelum bagi elak muntah atau tersedak.
Tip
– Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan dada baby, lengkukan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby
-Berhenti kalau baby menangis bila mak ayah tepuk
-Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh
-Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari
-Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan. Putih atau kuning
Kredit:Muhammad Razi Bin Yusrizal
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!