Macam mana nak simpan kuetiau dan mi kuning supaya tahan lebih lama dalam peti ais? Kalau salah cara, ini akan membuatkan kuetiau patah dan hancur ketika dimasak. Tak cantik pula bila nak dihidangkan kepada keluarga dan tetamu.
Nak simpan macam mana? Jom ikuti panduan ini.
1. Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk, mee atau kuetiau akan patah semasa nak basuh.
2. Keluarkan daripada bungkusan. Jangan basuh tapi leraikan letak di dalam bekas yang kering dan bertutup.
3. Kemudian, letakkan sedikit minyak masak ke dalam bekas berisi mi kuning dan kuetiau tersebut.
Ads
4. Simpan bekas berisi mee dan kue tiaw ke dalam peti sejuk.
5. Sebelum guna, pastikan basuh terlebih dahulu. Mi dan kuetiau akan lerai serta tak putus ketika dimasak.
Antara cara lain boleh dicuba adalah:
– Rebus sekejap dan simpan di dalam peti sejuk. Cara ini boleh membuatkan mee dan kuey teow tahan selama seminggu.
Ads
– Sekiranya kuetiau menjadi keras selepas dikeluarkan dari peti ais, boleh masukkan ke dalam microwave selama 3 minit. Biarkan sehingga betul-betul sejuk. Cuci dan toskan airnya sebelum dimasak.
– Taburkan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika simpan di dalam peti sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak menyerap bau barang lain seperti bawang dan cili.
Perbandingan itu memang sentiasa ada tak kiralah daripada mula berkahwin sehinggalah dapat anak. Tapi bagi yang hatinya tidak kental pasti tercuit rasa sedih, down, rasa diri tak berguna lebih-lebih lagi ibu baru yang sedang berusaha untuk membesarkan anak-anak.
Kita sebagai orang sekeliling yang memainkan peranan untuk mengeluarkan kata-kata yang positif untuk ibu-ibu baru. Setiap ibu berbeza ‘struggle’ nya dan setiap anak berbeza perangai serta kehendak.
Kalau seorang ibu baru mengadu ‘saya letih jaga baby, semalam tak tidur sangat ‘tolong jangan balas ‘alaaa dulu makcik/mak/nenek jaga 8 orang anak takde masalah pun. jangan mengada’
Kalau seorang ibu baru berkata ‘ boleh tengok kan baby sat, saya nak makan’ tolong jangan balas ‘eleh dulu makcik/mak/nenek jaga seorang, takde orang pun tolong’
Kalau seorang ibu baru mengadu ‘kenapa baby tak boleh berhenti nangis’ tolong jangan balas ‘tak kenyang minum susu badan hang tu, cuba bagi makan tak pun susu formula’
SEMUA INI TIDAK MEMBANTU LANGSUNG
kenyataan yang ringkas yang keluar dari mulut tu cukup untuk membuat ibu tersebut; – lebih marah – leih penat – lebih stress – lebih menyampah
Selepas itu tak akan dah ibu tersebut nak minta tolong dari anda, sebab tahu apa yang akan terjadi hanya menyakitkan hati. Apabila ibu baru tak ada tempat mengadu, atau minta tolong ini yang membawa kepada masalah meroyan atau post partum depression. Ibu baru, ibu muda, ibu ramai anak semua boleh kena.
APA YANG PATUT DIBUAT kalau diminta tolong?
No 1 Boleh saja..kebanyakan ibu memang perlu pertolongan sebab baru sahaja nak biasakan diri dengan role mereka
No 2 Jangan buat apa apa perbandingan. kata ya atau tidak saja untuk tolong. tak perlu banding zaman dulu dengan sekarang. hangpa bukannya duk terperap zaman dulu, ada je kan guna benda benda baru. bukan main lagi air fryer la, astro la, lcd tv tapi asik nak duk banding zaman dulu dengan sekarang. Kalau suka sangat zaman dulu, pi amik air perigi, dan teruskan masak guna kayu api.
No 3 Jangan buat benda belakang ibu. Kalau ibu tu kata tolong tengok sat sebab nak mandi. Tengok je…. tak payah nak bagi makan la, susu formula la..nak buat pape tanya maknya dulu. Kalau apa-apa jadi, mak pak baby tu yang susah bukan hang.
Ada faham? Kesian bila baca ibu baru asik dengar je ayat ayat dekat atas. Kesian ibu tersebut kecewa sangat dengan sikap orang yang terdekat.
Sekian Dietitian fizah
Kaum bapa jangan terkejut na pasaipa kami mak mak boleh jadi hulk masa pagi
Ketibaan Ramadan dinanti setiap umat Islam apatah lagi bulan penuh keberkatan ini memberi kita peluang meningkatkan amal ibadat dan merebut pahala berlipat ganda.
Dalam keterujaan menyambut bulan mulia ini, ramai yang gagal menguruskan kewangan dengan berbelanja mengikut nafsu sama ada ketika membeli juadah berbuka mahu pun persediaan menyambut Aidilfitri.
Perbelanjaan Besar Tinggal Di Ibu Kota
Bagi guru tadika, Khairunnisa Khirrudin, 33, sememangnya realiti kehidupan kini agak mencabar tambahan pula baginya yang tinggal di Lembah Klang, pentingnya berjimat dalam perbelanjaan harian terutama ketika menyambut Ramadan dan Syawal.
Tambahan pula, katanya, keluarga besar terdiri daripada lima anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun pasti menuntut dia dan suami, Omar Syaqif Mohamad Sauffi, 32, menguruskan perbelanjaan dengan betul.
Simpan Duit 5 Bulan Awal Khas Untuk Raya
“Apa yang kami buat adalah menyimpan duit lima bulan awal khas untuk raya sebanyak RM200 sebulan. Jadi, apabila tiba Ramadan kami tidaklah kelam-kabut kalau duit tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.
“Tambahan pula anak kami ramai, jika tidak buat begini (menyimpan lebih awal) tentu susah hendak menguruskan kewangan,” katanya.
Beli Barang Keperluan Raya Pada Awal Ramadan
Katanya, dia dan suami biasanya mula membeli barangan keperluan seperti baju raya pada minggu kedua Ramadan, diikuti persiapan kuih raya, kasut dan aksesori pada minggu ketiga dan minggu terakhir fokus untuk persiapan rumah dan lauk raya.
Biasanya sebelum kelahiran bayi baharu, sebagai ibu bapa pastinya anda akan menyatakan kepada anak bahawa dengan kehadiran adik nanti, mereka boleh bermain bersama, betul tak?
Tetapi apabila si sulung cuba untuk mencium atau bermain dengan si adik, anda mengingatkan mereka untuk berhati-hati, bahkan mungkin mereka dimarahi. Tanpa disedari, mereka terasa hati dan menjadi tidak keruan kerana segala yang dilakukan tampak salah di mata ibu.
Kewujudan adik yang disangka akan menghadirkan rasa gembira, nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jangan risau, ada beberapa teknik yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini.
Jujur dengan anak agar tidak terasa hati
Mulakan untuk berborak dengan anak pertama anda mengenai bayi. Ambil tahu perasaan mereka jika mempunyai ahli keluarga baharu. Mengetahui perasaan mereka membolehkan anda untuk membantu anak menerima kehadiran adiknya nanti. Jangan lupa untuk kongsikan bersama mereka tentang berita kehamilan anda sebaik sahaja mengetahui mengenainya.
Didik anak pertama
Mengajar anak yang lebih tua cara untuk berinteraksi dengan bayi baru lahir secara tidak langsung dapat menjaga dan melindungi si kecil. Didik secara lisan, tunjukkan contoh, bimbingan serta memberikan semangat dengan berhemah agar si sulung tidak terasa hati. Hindari daripada meninggikan suara.
Contohnya, ajarkan mereka cara untuk menggosok belakang badan si kecil. Ceritakan tentang kebaikan sentuhan dalam menenangkan bayi.
Pastikan anda memberikan pujian kepada mereka kerana berjaya melakukannya dengan baik. Ia secara tidak langsung mengajar anak untuk bersikap fizikal dengan bayi melalui cara yang positif. Pun begitu, elakkan daripada meninggalkan anak yang lebih tua bersendirian dengan si kecil, sehingga anda benar-benar yakin.
Pantau anak pertama
Sehingga anda benar-benar memahami dan dapat membaca reaksi anak yang lebih tua terhadap adik baharu, sentiasa awasi mereka. Ini kerana jika wujud tindakan fizikal kasar pada si kecil, anda dapat menghindarinya secepat mungkin. Sekiranya ia terjadi, lakukan sesuatu untuk mengubah fokus mereka seperti memberikan mainan kegemaran atau membuka siaran televisyen disukai si sulung. Paling penting, elakkan daripada menyalahkan anak yang tua semasa melindungi bayi baru lahir anda.
Jangan menyalahkan bayi
Dalam usaha untuk mengeratkan ikatan antara anak-anak anda, elakkan daripada meletakkan kesalahan pada bayi. Misalnya jika anak sulung ingin ke taman tetapi bayi sedang tidur, ujarkan bahawa anda boleh pergi setelah adik bangun.
Jangan pula anda berikan jawapan yang anda tidak dapat ke taman kerana bayi tidur. Amalan seperti itu dapat membantu anak merasai kewujudan adik baharunya tanpa kelihatan terlalu drastik. Ini sekali gus mengelakkan mereka terasa hati.
Sesi penyusuan bayi & anak pertama
Menyusukan bayi dengan kehadiran anak yang lebih tua boleh membawa kepada 2 keadaan, sama ada memudahkan atau menyukarkan. Sesetengah anak mungkin berasa cemburu apabila melihat si ibu menyusukan adik, khususnya jika mereka masih sukar menerima perubahan ini.
Sekiranya itu situasi anda, berikan anak sesuatu yang dapat mengubah tumpuan mereka seperti memberikan barang permainan kesukaannya. Sekiranya boleh, dapatkan bantuan ahli keluarga lain seperti pasangan ataupun pengasuh untuk menjaga anak yang lebih tua semasa anda menyusukan si adik.
Libatkan anak pertama
Ajari anak cara untuk membantu anda menguruskan atau menghiburkan si adik. Biarkan anak sulung untuk membantu membuka hadiah bayi dan menggunakan kamera untuk mengambil gambar si adik.
Anda juga boleh menunjukkan mereka cara untuk memakaikan stoking atau meletakkan losen pada bayi. Pastikan anda memberikan pujian dan dorongan kepada mereka, okay?
Elak membandingkan dengan si sulung
Untuk mengelakkan anak lebih tua terasa hati, hindari daripada membuat pernyataan untuk membandingkan antara mereka adik-beradik. Contohnya seperti, “Adik baik duduk diam, tak macam abang asyik menangis sahaja masa baby dahulu.”
Dalam masa yang sama jangan memuji si sulung secara berlebihan daripada adiknya, kerana boleh menimbulkan rasa pengabaian dan lebih hebat daripada bayi. Ia bukanlah cara yang sihat untuk mengeratkan ikatan adik-beradik. Sebaiknya berlaku adil dan saksama antara kedua-dua anak anda, okay?
Tunjukkan kasih sayang pada anak pertama
Walaupun anda sibuk untuk menguruskan si kecil, jangan pernah mengabaikan anak sulung. Tunjukkan rasa kasih sayang anda dengan menyatakan “Mama sayang Kakak”. Anda juga boleh memeluk atau mencium anak tanpa mengira masa.
Tindakan anda ini akan membuatkan anak berasa masih disayangi walaupun dengan kehadiran si kecil. Untuk tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran bayi baharu, ia adalah masa yang akan menguji kesabaran kalian sebagai ibu bapa. Ini kerana ia adalah tempoh masa untuk menyesuaikan diri bagi setiap ahli keluarga.
Sentiasa kekal tenang, okay?
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.