Zaman sekarang, aktiviti anak-anak untuk bermain sangat terhad. Biasanya bila duduk dalam rumah, televisyen dan gajet yang akan jadi peneman anak untuk hilangkan rasa bosan.
Kalau dilihat kesan jangka panjang ini akan membantutkan perkembangan diri anak. Sepatutnya anak perlu melakukan aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor halus dan kasar serta kemahiran deria.
Mereka sepatutnya keluar rumah, berjalan di taman dan bersosial dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak kecil harus mampu melontar bola, melompat, berlari dan bernyanyi. Namun disebabkan kekangan sekarang, semua itu tak dapat dilakukan.
Jadi bagi memberi rangsangan untuk anak, pilihan busy board salah satu cara untuk elak ketagihan gajet. Apakah itu busy board? Ia adalah satu papan yang diletakkan aksesori dan peralatan dengan fungsi yang berbeza yang dapat membuatkan kanak-kanak sibuk dan terhibur.
Pengunaan busy board ini telah digunakan secara meluas di negara luar dan diakui keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak sama ada kanak-kanak normal, hiperaktif atau lembam. Ia juga dapat melatih anak-anak berfikir untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh bagaimana untuk membuka mangga mengunakan kunci, bagaimana membunyikan loceng basikal, menyalakan lampu dan macam-macam lagi. Di samping itu, ia juga mampu membentuk anak yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.
Busy board sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas atau apabila anak anda sudah belajar untuk duduk dan menunjukkan minat pada barang-barang rumah seperti alat kawalan jauh, pintu, suis dan lain-lain. Menariknya ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Ads
Berikut perkongsian Puan Suhaiza Sa’at yang membuat busy board buat anak-anaknya dengan cara mudah. Busy board ni terpulang pada ibu bapa nak letakkan barang apa, asalkan memberi keseronokan pada anak.
Ummi decide nak buat busy board untuk anak-anak bujang ummi. Peralatan semua dah ada, so terhasillah busy board dari kertas kadbod 2 lapis ni.
Busy board terdiri daripada:
-zip -snap button -tali pinggang -ring -velcro -selak pintu -selak pintu macam pintu hotel tu (sorry tak tau nama) – buka pintu, ada gambar famili -roda 3 -lampu pulas -keyboard -cermin
Ads
-tutup botol (penutup attach dgn botol via tali) -towel bulu -rumput tiruan -span basuh pinggan -lampu tekan -opener kotak susu -opener wipes (bila buka, ada gambar anak2) -container ubat -pompom track by tissue role
Sekurang-kurangnya dalam 30 minit anak bermain dengan busy board ni cukup untuk melatih kemahiran motor, selain memberi masa dan ruang untuk ibu melakukan kerja rumah. Cubalah!
Berapa ramaikah antara kita yang memiliki beberapa papan pemotong dengan tujuan khusus di rumah? Kami yakin bahawa hampir kesemua daripada kita menggunakan papan yang sama untuk pelbagai tujuan. Tetapi tahukah anda bahawa, tabiat seperti ini menyebabkan papan anda berada dalam keadaan yang tidak bersih dan merisikokan kesihatan anda?
Dua papan pemotong?
Dalam satu tinjauan yang dijalankan di United Kingdom, 40% daripada lebih 2,000 individu menggunakan papan pemotong yang sama untuk tujuan memotong daging dan juga sayur. Jumlah ini mungkin berbeza dan jauh lebih tinggi bagi penduduk di Malaysia kerana kita juga memiliki tabiat seperti itu. Mulai hari ini, anda disarankan untuk memiliki sekurang-kurangnya dua papan khas; satu untuk bahan basah dan satu lagi untuk bahan kering dan makanan dimasak.
Mengapa perlu begini? Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal. Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Dalam satu kajian lain juga menyatakan, papan ini memiliki kekotoran sebanyak 200 kali ganda berbanding tempat duduk tandas. Ingin tahu sebanyak mana kekotoran tersebut? Papan pemotong memiliki jumlah bakteria sebanyak 24,250 bagi setiap sentimeter persegi.
5 tip mudah pastikan kebersihan papan pemotong anda
#1. Basuh sebelum guna
Anda mungkin tidak pasti apa yang telah berada pada permukaan papan pemotong sebelum anda menggunakannya. Oleh itu, cuci dahulu dan lap dengan kering sebelum menggunakannya terutama jika anda memotong sesuatu yang sedia dimakan seperti roti, sandwic dan murtabak.
#2. Jangan lap sahaja, basuh
Ada sesetengah individu yang gemar untuk mengelapa sahaja permukaan papan tersebut tanpa membasuhnya untuk kegunaan lain. Ini sangat membahayakan kesihatan anda. Kajian menyatakan kain lap dapur merupakan antara objek yang paling kotor di dalam rumah anda. Oleh itu, elakkan daripada mengelap tanpa membasuh terlebih dahulu.
#3. Gunakan sabun pencuci
Tidak cukup dengan hanya siraman air, anda juga perlu mencuci dengan menggunakan sabun pencuci. Sabun pencuci membantu membasmi kuman yang terdapat pada papan pemotong anda.
#4. Gunakan papan pemotong berasingan
Ini mungkin langkah yang paling penting. Sediakan papan yang berlainan untuk tujuan berbeza. Satu papan untuk pemotongan bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging. Satu papan lain digunakan untuk memotong sayur dan buah. Manakala satu papan lain pula untuk tujuan pemotongan bahan makanan bermasak.
#5. Tukar papan pemotong anda
Ini mungkin antara yang paling sukar untuk dibuat, dengan alasan untuk tidak membazir. Tahukah anda, papan pemotong yang telah mempunyai rekahan atau calar lebih mudah dicemari dengan bakteria. Bakteria bersembunyi didalam rekahan dan calar yang ada pada papan tersebut. Oleh itu, tukar papan anda sekiranya sudah mula bertukar warna atau bercalar dengan banyak.
Jangan tunggu sehingga papan anda berwarna hitam atau merekah untuk anda mula menukarnya dengan yang lain. Ada yang lebih dahsyat, mereka masih tidak menukar papan pemotong walaupun ia telah terbelah dua. Hebat bukan?
Sebagai ibu bapa, kita mungkin terlepas beberapa perkara dalam mendidik anak-anak. Kadang-kadang perkara tersebut boleh memberikan kesan yang besar dalam tingkah laku anak-anak.
Orang tua-tua selalu berpesan, buat sesuatu biarlah berpada-pada. Sayang anak biarlah berpada-pada, marah anak pun biarlah berpada-pada tidak berlebihan. Ikuti perkongsian daripada Dr Taufiq berkenaan perkara yang boleh merosakkan jiwa anak.
(Follower Pa&Ma yang nak dapatkan barangan dengan harga murah boleh klik SINI)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat SINI
FREE je tau Webinar ni!!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi seorang ibu bukan lah perkara yang mudah. Kadang-kadang penat terjerit panggil anak untuk meminta tolong. Anak masih kecil kadang-kadang tak memahami kepenatan si ibu.
Tapi bila si ayahnya pulang dari kerja, hanya satu arahan dikeluarkan terus si anak laksanakan. Mungkin arahan yang diberikan lebih jelas dan tegas berbanding arahan dari ibunya. Kenapa begitu? Ikuti perkongsian daripada Tuan Mohd Firdaus Jailan
Isteri pernah tanya, kenapa papa cakap sekali anak dah gerak, saya cakap banyak kali anak tak gerak?
Saya jawab begini:
Orang perempuan kalau suruh senarai arahannya panjang. Belum masuk ayat penegasan dan penerangan yang tak perlu.
Contohnya :
Kerja sapu rumah.
Arahan papa : Abang adik ambil penyapu, sapu rumah dan bersihkan tong sampah sekarang.
Arahan mama : Abang adik tak nampak, ker rumah ni bersepah. Dari main game jer baiklah kemas-kemas rumah. Tu dekat dapur tu, sampah dah penuh, tak reti nak buang. Asyik main game sahaja.
Apa beza cakap papa dan cakap mama?
Cakap papa objektif jelas dan arahan jelas.
Cakap mama, banyak membebel dan arahan tidak jelas langsung.
Selepas setengah jam, mama akan patah balik dan bebel benda yang sama.
Biasanya ayat ini..
Mama dah cakap kan tadi, kenapa tak gerak lagi..Kamu ni tak fikir langsunglah, mama penat kerja, masak lagi, nak kemas rumah lagi. Nanti mama cakap dengan papa.
Papa pulak, lepas setengah jam kalau tak gerak terus tanya..
Mama, mana tali pinggang papa..Tak sampai 3 minit rumah dah siap kemas dan teratur.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.