Bila sebut ayam goreng, semangat anak-anak kita hendak makan nasi. Siap bertambah. Selain hanya gunakan serbuk kunyit dan garam, tambahkan sikit beberapa bahan ringkas ini. Lagi sedap.
Jom cuba resipi ayam goreng sempoi perkongsian Pn Umi Watie ini. Memang nampak menyelerakan!
Pagi tadi anak request nak makan ayam goreng lepas balik sekolah. Senang saja tu, pejam mata Umi buat. Haha nampak nau nipu. Ayam goreng rempah sempoi siap! Makan dengan nasi panas pun sodap.
Bahan-bahan Ayam Goreng Sempoi
Ayam
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
Gaulkan semua bahan sampai sebati. Kak chik guna tangan je. lah.
Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Nanti boleh goreng bila-bila nak makan.
Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je.
Dah garing elok angkat Dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahu pun nasi berperisa macam nasi goreng tu.
Selamat mencuba.
Menarik: Cukup Seorang Anak Dulu, Berbelas Jam Maryam Tahan Sakit, Ryzal Tangguh Nak Anak Ramai
Nak luangkan masa bersama anak hujung minggu, jom ke Sunway Lagoon.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)