Cara Buat Baked Potato Paling Mudah, Tabur Semua Bahan, Anak Kenyang!

Share

Sesekali anak tolak nasi, apa kata anda buatkan baked potato atau Jacket Potato ini untuk anak. Anak pasti kenyang.

Tidak hanya kenyang bahkan tinggi karbohidrat malah paling sesuai sebagai kudapan untuk anak. Jom cuba resipi mudah perkongsian Pn Siti Hazneza Abdul Hamid ini.


Jacket potato atau baked potato ialah makanan jalanan di Britain semasa musim luruh dan musim sejuk. Ubi yang dibakar ialah jenis Russet kerana isinya yang gebu apabila masak dan saiznya yang besar.

Jika ditanya sayur apa yang dimakan oleh semua kanak-kanak, ubilah jawapannya.
Walaupun dalam keluarga sayur-sayuran, ubi berkanji dan kaya dengan karbohidrat. Lebih kurang nasilah maknanya.

Ubi jika dibakar sahaja dikatakan makanan yang sihat. Apabila dibakar dan diletak keju macam ni, saya rasa jatuh kategori ‘sihat’.

Bahan-bahan:
Ubi kentang
1 labu bawang besar saiz kecil – dicincang halus
1 sudu makan oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk stok ayam
3 ulas bawang putih – dicincang halus

Bahan B:
1 biji telur (nampak tak sebelah kiri tu?)
3 sudu makan mayonis
2 sudu makan cuka
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu suam

Ubi kentang dibersihkan dan dicucuk-cucuk dengan garfu. Kemudian lumur dengan minyak dan garam.

Bakar dalam oven 180°C/ 350°F selama ~1 jam api atas dan bawah.

Siap dibakar.

Guna penyepit untuk pegang ubi kerana sangat panas dan belah dua setiap ubi. Pastikan belah arah lebar supaya nanti ubi yang separuh senang hendak ‘duduk.

Dengan sudu, korek bahagian tengah ubi dan ambil kesempatan ini untuk susun ubi atas dulang. Pastikan ada isi ditinggalkan ~¼ inci pada kulit ubi.

Tambahkan bahan B. Gaul rata.

Lecek sehingga halus. Jika hendak nampak hijau dan merah, boleh tambah hirisan daun bawang dan cili benggala merah yang dicincang.

Sudukan kentang lecek ke dalam kulit ubi yang disusun tadi. Letak bumbun.

Hiris keju. Akan dapat berbelang begini. Kemudian potong memendek pula.

Taburkan keju atas ubi lecek dalam kulit ubi atas dulang tadi. Bakar kembali dalam oven ~15 minit.

Rasa keju berbeza pada tahap yang berbeza. Jika mahu garing sedikit sehingga ada tompok-tompok perang pun sedap. Begini hanya cair dan meleleh sahaja. Rasanya lebih berkrim.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM