Bebola ikan merupakan makanan kegemaran anak-anak. Selain rasa yang sedap, ia juga mudah di pegang dan di kunyah.
Sebenarnya cara nak buat bebola ikan homemade begitu mudah. Jom cuba fishball hasil olahan Puan Fatimah Naamat.
CARA BUAT FISHBALL HOMEMADE YANG LEBIH SEGAR & SIHAT UNTUK ANAK ANDA
Mula-mula, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
Baca:
Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler
Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan
“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa
CARA PENYEDIAAN:
Berikut adalah caranya langkah demi langkah.
1. Asingkan Isi Ikan
Pertama sekali, asingkan tulang menggunakan sudu untuk keruk isi ikan dari tulangnya.
Boleh simpan bahagian ekor dan kepala buat masak asam pedas. Tulang ikan boleh direbus. Air rebusan tersebut boleh buat rebus fishball nanti.
2. Hancurkan Isi Ikan
Guna food processor untuk hancurkan isi ikan. Buka kejap dan kaupkan sisa ikan yang tak hancur dekat tepi food processor. Buat full speed untuk pastikan semua isinya hancur lebur. Kalau tak ada food processor, boleh juga gunakan blender kering (yang kecil).
Beginilah hasilnya bila dah siap dihancurkan isi ikan tadi. Isi ikan akan melekit pada spatula. Jangan jadikan bebola dulu sebab ia perlu dikenyalkan. Kalau tak, fishball yang terhasil tidak kenyal dan seakan berderai.
3. Kenyalkan Isi Ikan
Proses ini penting sebab ia akan menjadikan protein ikan berubah menjadi kenyal dan melekat sesama sendiri. Isi ikan akan jadi berkilat dan membentuk seperti doh. Ada 3 cara untuk kenyalkan isi ikan ni:
Cara manual – Guna tangan dan kepalkan isi ikan. Baling ke dalam mangkuk sampai jadi kenyal, berkilat dan menjadi doh.
Guna mixer – Guna mixer dan putar sampai isi ikan jadi seperti dalam gambar. Ambil masa dalam 10 minit bergantung pada kelajuan mixer anda
Guna Disc Doh Roti – Kalau guna food precessor SFP yang saya guna, ia diberi sekali. Beberapa kali saya kaup balikkan isi ikan yang melekat di bahagian atasnya. Ulang langkah dalam masa 10 minit.
4. Masukkan Bahan Lain
Bila dah siap doh ikan tersebut, barulah letak tepung jagung, garam dan lada sulah. Kalau nak letak carrot cincang pun boleh masa ni. Suka hati kalian la nak letak apa ya.
5. Bentukkan Bulat-bulat & Rebus
Panaskan air rebusan ikan dan tunggu mendidih. Basahkan tangan dengan air supaya fishball tak melekat di tangan kalian.
Cubit sikit doh tadi dan bulatkan jadi fishball. Masuk dalam air mendidih. Bila dah terapung baru angkat dan toskan.
Jangan rebus terlebih lama nanti fishball kalian jadi super kenyal. Patah gigi nanti, saya tak tanggungjawab tau.
6. Siap!
Ok dah siap bolehlah gunakan dalam apa-apa hidangan kegemaran anda dan anak-anak.
Air rebusannya pula boleh simpan jadi stok ikan. Atau terus buat sup fishball makan dengan mee kuning, bee hoon atau dimakan begitu saja. Gandingkan pula dengan sambal kicap pedas. Oh, indahnya makan sup di masa hujan macam ni!
BOLEH JUGA DIFROZENKAN
Fishball ni boleh juga difrozenkan. Nanti bila nak pakai baru keluarkan.
Mudah kalau dah ada stok di rumah. Tak payah lagi beli di kedai. Ramuan dan kebersihannya pun lebih terjamin.
Selamat mencuba.
Kredit: Fatimah Naamat.
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)