Bayi dah masuk 6 bulan, rutin ibu untuk membuat penyediaan makanan anak perlu diberi keutamaan. Ibu akan mula berkira-kira membuat bubur untuk menambahkan segala zat untuk anak dan penyediaan awal ke arah makanan orang dewasa.
Cuma yang menjadi kekangan buat ibu, untuk membuat bubur perlu ambil masa yang lama untuk pastikan beras yang dimasak cepat hancur.
Mungkin bagi ibu suri rumah tiada masalah bab penyediaan makanan anak, cuma yang bekerja perlu bangun awal untuk sediakan bekalan pada pengasuh. Terlewat bangun sikit, mungkin agaka kelam kabut.
Namun tip yang dikongsikan oleh Puan Siti Rashidah Jasimin ini boleh dicuba untuk mempercepatkan proses memasak bubur anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Nak kongsi cara untuk buat “Beras Frozen”. Hari tu ramai yang PM tanya cara nak buat macam mana.
Ok senang je. Follow je gambar ada cara dia ok.
Ads
Masukkan beras dalam bekas kecil untuk sekali masak. Cuci bersih. Isikan air lebih sikit dari beras
P/S :: Tak perlu kisar beras sebab bila dimasak beras akan cepat hancur
Ads
Terus masukkan di bahagian beku
Bila nak guna just amik 1 bekas masukkan terus dalam periuk. Tak perlu cuci lagi sebab dah cuci masa nak frozenkan.
Sepanjang enam bulan usia Si Manja, mereka hanya diberikan susu ibu atau susu formula sebagai makanan. Menjangkau bulan keenam, Si Manja sudah mula bersedia untuk mencuba makanan pejal pertama mereka. Sebagai ibu, anda harus peka dengan selera Si Manja.
Pastikan juga setiap makanan diperkenalkan mengikut jadual supaya kita dapat mengesan sekiranya bayi mengalami alahan. Setiap makanan yang disediakan untuk Si Manja mestilah berkhasiat dan sesuai dengan tumbesarannya.
Waktu Paling Sesuai Si Manja Makan?
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada Si Manja apabila usianya mencecah enam bulan. Sebelum tempoh itu, penyusuan sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan nutrien dan kalori yang diperlukan Si Manja. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan Si Manja belum cukup matang dan boleh terjejas sekiranya diberi makan sebelum waktu yang sesuai.
Bagaimana Ibu Mahu Tahu Si Manja Sudah Sedia Makan?
Ketika Si Manja semakin menginjak enam bulan, ibu boleh mengenal pasti beberapa tanda ini yang menunjukkan kesediaannya untuk makan. Apabila Si Manja sudah dapat mengawal gerakan kepalanya dalam keadaan tegak tanpa bantuan orang dewasa, bermakna mereka sudah sedia untuk makan. Si Manja yang sudah dapat duduk dengan tegap juga menunjukkan mereka sudah boleh makan.
Ketika Si Manja mengunyah atau menggumam makanan dalam mulut, perhatikan air liurnya. Jika tiada atau hanya sedikit air liur yang keluar, bermakna bayi sudah sedia untuk makan makanan pejal. Antara tanda lain yang menunjukkan Si Manja sudah bersedia untuk makan adalah mereka mula memasukkan tangan ke dalam mulut dan menggumamnya serta makin tertarik dengan hidangan makanan.
Walaupun sudah diberi susu, seleranya masih ada. Si Manja juga tidak menolak ketika anda menyuapkan makanan kepadanya. Sekiranya anda sedang makan dan Si Manja menangis sambil menghulurkan tangannya untuk mencapai makanan itu, ini juga merupakan salah satu petunjuk yang memberitahu bahawa Si Manja sudah bersedia untuk makan.
Waktu pengenalan makanan pejal pertama pada Si Manja bergantung kepada anda dan keperluan mereka. Jika Si Manja anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.
Jenis Makanan Untuk Anak
Kebanyakan ibu merasa teruja dan bersemangat untuk menyediakan makanan untuk Si Manja ketika mereka sudah bersedia untuk makan. Antara makanan yang akan disediakan oleh para ibu adalah seperti puri buah atau sayur, bubur atau memberi mereka makan biskut jejari khas untuk Si Manja.
Sebagai langkah persediaan untuk memasak makanan untuk Si Manja, anda boleh cari pelbagai jenis resipi makanan bayi di internet. Selain itu, ibu juga boleh menyertai komuniti memasak untuk makanan Si Manja di media sosial. Untuk menyediakan makanan Si Manja, pilihlah bahan yang segar dan berkualiti.
Dengan menyediakan sendiri makanan Si Manja, ibu dapat memastikan tahap kebersihan serta mengawal rasa makanan tersebut.
CERELAC® Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
Pasti anda pernah mendengar tentang CERELAC® bukan? CERELAC® merupakan salah satu pilihan makanan pejal pertama untuk bayi selain yang disediakan sendiri oleh ibu. CERELAC® diperbuat daripada bijirin gred bayi Nestlé® dimana bahan-bahan dipilih berdasarkan piawaian keselamatan dan kualiti makanan bayi yang ketat. Bijirin bayi CERELAC® penuh khasiat dengan kandungan nutrien penting seperti protein, DHA, zat besi, kalsium dan probiotik. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 12 vitamin dan mineral yang membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan Si Manja.
Salah satu fakta menarik tentang CERELAC® adalah satu hidangan bijirin bayi CERELAC® Beras dengan Susu (50gm) bersama sebiji pisang membekalkan 50 peratus zat besi dan protein yang disyorkan untuk Si Manja berumur 6-11 bulan (Rujukan:www.startwell.nestle.com.my). Lebih menarik lagi, produk ini juga mempunyai tiga tahap berbeza yang sesuai dengan usia anak.
Terdapat pelbagai varian produk CERELAC® bermula untuk Si Manja berusia 6, 8 dan 12 bulan mengikut perkembangan usia mereka. Selain bijirin bayi CERELAC®, para ibu boleh mencuba snek yang sesuai bagi Si Manja umur 12 bulan keatas dari rangkaian CERELAC® NutriPuffs® atau CERELAC® NutriBitesTM.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Nestlé® CERELAC®, layari: http://bit.ly/37AkqXT
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak dah mula makan makanan pejal, ibu jangan lupa perkenalkan ikan dalam menu makanan si manja. Tapi ikan hanya boleh diperkenalkan kepada bayi bila sudah berusia 8 bulan ke atas.
Menurut pakar pemakanan, kesihatan seorang anak bergantung pada apa yang dimakan sejak masih kecil. Pengambilan khasiat makanan yang seimbang serat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi menjadi faktor penentu ketahanan badannya dari serangan penyakit serta membantu perkembangan fizikal dan otaknya.
Mungkin kebanyakan ibu lebih gemar memilih daging atau ayam untuk bahan masakan menu bayi kerana mudah dimasak dan dimakan kerana tidak banyak duri dan tidak berbau hamis. Sebenarnya makan ikan sejak kecil memberi banyak kelebihan kepada bayi.
1. Meningkatkan kecerdasan bayi
Satu kajian popular yang pernah dijalankan pada sekitar tahun 90-an membuktikan bahawa bayi yang makan makanan mengandungi DHA tinggi, terbukti mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi dibandingkan yang langsung tidak memakannya. Salah satu sumber makanan yang kaya dengan kandungan DHA semula jadi adalah ikan.
2. Meningkatkan daya fokus anak
Selain mampu meningkatkan tahap kecerdasan, kandungan DHA dan juga omega-3 pada ikan bermanfaat untuk meningkatkan daya fokus dan kreativiti anak.
3. Menguatkan sistem imun anak
Lemak tak tepu yang terdapat dalam ikan berkaitan dengan sistem imun yang sering memakannya. Sistem imun badan anak menjadi lebih kuat sehingga anak tak mudah jatuh sakit dan lebih aktif.
4. Mencegah gangguan ekzema pada anak
Ekzema yang menjadikan badan si kecil gatal boleh dicegah dengan mengamalkan makan ikan salmon atau ikan tuna sebelum bayi berusia 9 bulan. Namun dapatkan dulu nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor kerana tahap penerimaan setiap anak adalah berbeza.
Tip Beri Bayi Makan Ikan
Walaupun ikan sangat baik untuk perkembangan bayi namun tak semua bayi boleh terus diperkenalkan dengan ikan. Ada bayi mungkin akan mengalami alahan selepas diberi makan ikan. Jadi penting untuk ibu membuat catatan tentang menu makanan bayi bagi mudah mengenalpasti punca alergi anak disebabkan makanan yang mana satu.
1. Awasi kemungkinan alergi
Adakah ibu dan ayah mempunyai sejarah alergi atau asma? Jika ya, bagi anak makan sedikit dahuluu menu ikan ketika pertama kali memperkenalkannya.
Pemberian ikan dalam makanan pejal boleh diteruskan sekiranya bayi tidak mengalami sebarang alergi. Ikan air tawar dan beberapa ikan laut seperti salmon, sardin ataupun tuna lebih sesuai diberi pada si kecil kerana kandungan merkurinya yang rendah.
2. Perkenal makanan berbeza selang tiga hari
Bila anak sudah makan makanan pejal, biasakan dia diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan sesuai dengan peningkatan usianya. Ini supaya si kecil terbiasa dengan pelbagai jenis makanan dan tidak akan menjadi anak yang cerewet makan. Bila perkenalkan pada makanan yang berbeza, pakar menyarankan agar membuat selang tiga hari untuk setiap jenis makanan baru.
3. Masak ikan dengan betul
Pastikan anda membersih dan memasak ikan sampai betul-betul bersih dan masak untuk mengelakkan daripada bakteria dan virus yang mungkin ada pada ikan. Tak perlu bagi seekor ikan untuk bayi, cukup sekadar memperkenalkan sedikit rasa ikan sebagai perisa tambahan dalam bubur nasi bayi.
4. Sejenis ikan dalam satu waktu
Jangan pula anda ghairah nak bagi bayi makan pelbagai jenis ikan dalam tempoh satu masa kerana mahukan khasiat DHAnya. Sebaiknya perkenalkan sejenis ikan dalam satu masa supaya mereka boleh mengenal rasa, bau dan tekstur ikan dengan baik. Ikan yang mempunyai tekstur isi yang lembut seperti salmon, tuna, tenggiri, ikan merah adalah pilihan yang tepat untuk si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan ada di antara anak-anak kita yang kurang gemar makan nasi seperti anak-anak yang lain. Pilihannya pastilah roti atau beraneka jenis mi yang turut mempunyai sumber karbohidrat.
Jika memilih untuk menghasilkan roti sendiri, roti yang di hasilkan oleh Pn Nor Shahira yang menggunakan periuk nasi biasa ini mama boleh cuba. Cukup mudah kerana tidak menggunakan oven mahupun mixer. Cuma uli, rehat dan masak di dalam periuk nasi. Nak tahu macam mana, jom cuba!
Walaupun tak ada breadmaker & oven. Cube buat roti sendiri. Uli pakai tangan, bakar pakai periuk nasi. Alhamdulillah, hasilnye menjadi. Senyum sampai ke telinga. Siapa nak cube boleh la. Resepi asal dari Azlina Ina. Jom cuba!
Resepi Roti
Bahan A:
1/2 cawan air suam
1 peket mauripan
2 sb gula
*Cmpur skli biarkn 10-15min/smpai bbuih
Bahan B:
1kg gandum
1 biji telur
3 sb mrjerin
3 sb pelembut roti (buat sendiri 1 cawan air + 2 sb tepung gandum masak sampai pekat)
5 sb gula
4 sb susu tpung
Sedikit gram
1/2 sb baking powder
Gaul sampai jadi serbuk lepas tu masukkan bahan A bersama 1 cawan air sejuk. Standby 1 cawan air sejuk + 1 cawan tepung gandum. Uli sampai jadi doh dan tak melekat dekat tangan.
Biarkan doh rehat selama 30 min atau sampai kembang. Bila dah kembang tumbuk buang angin.
Bulatkan dengan tangan yang di sapu sedikit minyak ke dalam loyang. Biarkan selama 30 min atau hingga kembang.
Bila dah kembang sapukan dengan marjerin/susu segar bakar dalam suhu 150 c selama 45 min api atas bawah.
Saya masak macam biasa masak nasi. Bila dah bunyi tu. Plug nasi saya tak tutup lagi. Saya biar dalam 10 minit gitu. Lepas tu, saya tengok roti tu macam dah masak, baru saya angkat.
Selamat mencuba!
Pilih Roti Untuk Anak Roti adalah pilihan untuk anak yang kurang gemas makan nasi atau aneka karbohidrat yang lain. Selain tinggi karbohidrat, roti juga mengandungi khasiat daripada bahan yang dicampurkan dengannya seperti kentang, gandum dan sebagainya.
Sepotong roti gandum misalnya mengandungi 70 gm kalori, 1 gram lemak, 4 gram protein serta 11.5 gm karbohidrat.
Pakar juga menyarankan roti hanya diberikan sebagai pengganti pilihan kepada sumber karbohidrat lain kepada anak-anak. Manakala bagi bagi pula, hanya selepas enam bulan ke atas barulah cebisan roti boleh diberikan kepada bayi. Pengambilannya pula hanya 3 hingga 4 kali seminggu sahaja.
Beli kelengkapan untuk membuat roti pelbagai pilihan di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.