Nak jimat masa memasak untuk menu bayi, boleh buat persediaan awal dengan menyediakan ‘chicken feet stock’. Cara ini bukan sahaja menyenangkan proses memasak tetapi anak akan dapat khasiat dari air rebusan kaki ayam itu.
Malah bagi kebanyakan ibu bekerja, tak perlu dah nak kalut untuk sediakan bekal makanan anak untuk ke rumah pengasuh atau taska. Selain itu, dengan hanya menambahkan ‘chicken feet stock’ ini ke dalam makanan anak ia lagi sedap dan anak pun makan bertambah.
CARA BUAT ‘CHICKEN FEET STOCK’
Stok sup kaki ayam sangat baik untuk anak dan boleh dicampurkan dengan sayur seperti lobak, batang saderi, tomato dan sebagainya.
Siap dah stok chicken feet broth untuk anak umur 9 bulan. Sejak umur 6 bulan memang ni la kesukaan dia. Cara nk buat pun mudah.
Bagus juga untuk elak dan kurangkn selsema sebab kaki ayam ada kandungan kolagen yang sangat tinggi. Bila nak masak baru la kita letak bahan tambahan contohnya macam labu cincang, bayam, tauhu telur, brokoli dan lain-lain.
Tukar-tukar ikut selera anak. Kira ni basic jela untuk lauk dia. Saya sertakan resepi sekali untuk yang nak cuba. Ini sukatan saya. Mommy semua boleh ubah ikut citarasa sendiri ye.
Bahan-bahan:
– Kaki ayam 1KG
– Bawang bombay 2 biji sederhana
– Bawang putih 6-7 ulas
– Lobak 2 batang
– Saderi 2 batang
– Air 2.5 liter atau sampai tenggelam bahan
Cara penyediaan:
1. Potong kasar semua bahan dan masak sampai isi ayam terlerai dari tulang.
2. Bila dah sejuk boleh asingkn kaki ayam untuk diambil isi sahaja. Bahan-bahan sayur tadi asing ke dalam bekas lain.
3. Pastikan dalam sup tak ada tertinggal serpihan tulang. Isi kaki ayam yang dah dicarik boleh letak semula dalam sup untuk dikisar halus.
4. Bila dah kisar dia jadi macam creamy gitu. Sayur-sayur tadi boleh blend kasar menggunakan chopper.
5. Lastly satukan semua bahan tu dan boleh la cedok letak dalam storage cube untuk dibekukan. Saya guna 1 cube untuk 1 hari cukup untuk lunch dan dinner.
Bila nak masak jangan lupa tambah air sikit dalam 200ml ke dalam periuk dan boleh masukkan beras, mee, pasta dan lain-lain.
Mudah. Cepat. 100% homemade. Selamat mencuba!
Kredit: Facebook Yana Wan Nurliyana
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)