Sesekali buatkan pula menu berasaskan kentang supaya anak masih dibekalkan dengan karbohidrat yang mengenyangkan.
Menu yang satu ini unik kerana bahan utamanya bukanlah tepung tetapi kentang yang diparut halus.
Resipi Hot Dog Tots yang dikongsikan oleh Zuraita Anua ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Tak perlukan bahan yang banyak malah cara hendak membuatkan juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama hendak di sediakan. Jom cuba menu kentang parut ini.
Bahan-bahan:
5 batang sosej – potong pendek
900gm kentang -buang kulit
1 sudu makan garam (elakkan untuk anak bawah 2 tahun)
Air secukupnya
1 cawan keju Parmesan
2 sudu makan tepung
1 sudu teh oregano
Minyak untuk menggoreng
Didihkan air dan rebus kentang sedikit lembut.
Apabila sejuk, parut kentang hingga halus.
Campurkan Parmesan, tepung dan oregano ke dalam ketang parut. Kacau sampai sebati.
Kepalkan adunan dan letakkan sosej. Balut kemas dan biarkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Angkat.
Sedia dihidang!
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan
Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada perkembangan dan kecergasan anak-anak. Jadi ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan makanan yang segar, sihat serta penuh dengan nutrisi untuk anak-anak.
Namun pemilihan makanan juga haruslah tepat. Jadikan resipi ini sebagai panduan untuk mama papa dalam menyediakan sajian buat si manja. Menu yang dikongsi ini bermula dari 7 hingga 12 bulan untuk anak anda.
MENU 7 – 9 BULAN
KENTANG LENYEK
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh kentang bersih dan toskan.
- Rebus kentang dan biarkan hingga lembut.
- Apabila lembut, angkat dan lenyekkan.
- Lenyekkan hingga halus dan hidangkan.
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
Air untuk mereneh secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
- Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
- Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
Daging ayam |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
- Masukkan daging ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
- Tambahkan air jika perlu.
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
- Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
MENU 9 – 12 BULAN
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci Halia
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
- Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk.
- Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia.
- Masukkan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
- Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
- Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
- Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
- Bakar roti selama 20 minit hingga garing.
- Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
- Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
CARA MEMASAK:
- Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri.
- Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
- Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
- Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
- Taburkan juga lebihan keju.
- Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit garam
habbatus sauda
Sedikit minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
- Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
- Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
- Apabila masak angkat dan hidangkan.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Telur Berhantu Buat Anak Makan Tak Berhenti, Sedap Sangat!
Bakal memasuki persekolahan bagi murid tadika dan pra sekolah pada 1 Julai ini pastinya membuatkan jadual mak ayah berubah. Dari pagi rutin sudah bermula untuk menyiapkan sarapan buat si comel. Tak perlukan menu yang berat, roti sudah mencukupi buat mereka. Namun jika nak memikat selera si comel, roti yang satu ni mama perlu cuba.
Roti Telur Berhantu yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin ini memang lain daripada yang lain. Bukan roti telur biasa tetapi digabungkan dengan bahan special yang pastinya buat anak makan tak berhenti. Nak tahu apa bahannya, jom cuba!
RESEPI ROTI TELUR BERHANTU
Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul taw. Sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kureng.
Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Boleh la view step senang namatey. Ajarkan anak-anak masak gini seronok mereka nanti.
Bahan-bahannya. Sesuai untuk 6 keping roti kalau dua biji telur.
Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
Kacaulah bagi ianya sebati.
Celup roti. Haa bagi dua belah celup taw.
Gorenglah tanpa minyak atau less sebab kalau minyak banyak ia meresap oiii. Makan minyak la. Haa nampak manis warnanya boleh la angkat.
Dah angkat tu dia takkan keras. Dia lembut kelepek gini. Tapi makan dia soft waktu panas-panas.
Tip Pantas:
* Boleh sediakan dengan kuantiti masa yang pantas kerana tidak gunakan sebarang tambahan makanan lain.
* Potong empat segi siap-siap.
* Nak lagi lemak, boleh juga ditambahkan secubit garam.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kreatifnya Ibu Ini Buatkan Kek Hari Jadi Mesra Kanak-Kanak, Siap Kongsikan Resepi Lagi!
Walaupun anak sudah mencecah usia 2 tahun dan sudah boleh makan makanan keluarga tapi pemakanan mereka tetap perlu dikawal.
Nak buatkan anak kek hari jadi mudah je asalkan ada kesungguhan untuk mengolah resepi yang sesuai untuk anak-anak yang masih kecil seperti perkongsian ibu ini. Bagi yang nak mencuba resepi mesra kanak-kanak ini boleh ikuti perkongsian di bawah.
Hari ini, sekali lagi tercapai juga hajat nak buat homemade birthday cake untuk Eshan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-2. Oleh sebab Eshan seorang yang choc cake lover, so mami alter resepi kek choc moist untuk dia dan alhamdulillah menjadi dengan gebu dan lembutnya. Tapi coklat bar dan gula-gula tu mami keluarkan siap-siap lepas siap bergambar sebab yang tu Eshan tak boleh makan lagi, strawberi dengan kepingan badam tu sokay laa kalau eshan makan. 😊
Di sini mami kongsikan resepinya:
CHOC MOIST CAKE
BAHAN A
🍰1 cawan susu full cream (mami guna fernleaf)
🍰1 cawan serbuk unsweetened choc (⚠️penggunaan serbuk koko untuk 1 tahun dan ke atas, mami guna brand van houten)
🍰1 cawan madu (⚠️penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰1 cawan minyak jagung @ masak
🍰3 biji telur
🍰Sedikit zest lemon (sebagai pengganti esen vanila utk elak bau hanyir telur, tak ada pun takpe)
**Blend/mixer kesemua bahan ni dalam masa 4 ke 5 minit. Make sure teksturnya betul-betul larut dan berbuih-buih ya.
BAHAN B
🍰1 1/4 cawan tepung gandum
🍰1 sudu teh bikabonat soda
🍰1 sudu teh baking powder
*ayakkan bahan-bahan ini.
Satukan BAHAN A dan juga BAHAN B. Ratakan menggunakan senduk kayu atau whisk sahaja. Apabila telah rata sebati, masukkan dalam loyang yang disapu dengan unsalted butter@minyak supaya tak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit. Jika guna oven panaskan oven dulu selama 10minit, dan bakar selama 50 min dengan suhu 160c.
UNTUK TOPPING
🍰⅓ cawan unsweetened choc (⚠️penggunaan serbuk koko untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰⅓ cawan minyak @ unsalted butter yang dicairkan terlebih dahulu
🍰4 sudu besar madu (⚠️penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰Susu full cream (mami guna dalam +-3 sudu)
Masak secara double boiled. susu tu letak sedikit sahaja, setelah nampak ok, hentikan penggunaan susu.
Setelah kek dan topping sejuk barulah curah atas kek dan hias ikut kreativiti masing-masing. Siap.
✏️Penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas
✏️Penggunaan serbuk koko juga utk 1 tahun dan ke atas dan perlu dihadkan kerana ia merupakan kafein dan boleh menyekat penyerapan zat.
✏️Penggunaan soda disarankan untuk umur 2 tahun. Bawah dari umur tu boleh guna tapi cari yang aluminium free.
Kredit: Eyra Nissa
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI