Cara Buat Jus Kunyit, Bantu Ibu Lepas Bersalin Buang Angin Dan Tambah Susu Ibu

Share

Memang perkara biasa, lepas bersalin ibu mengalami masalah banyak angin. Untuk mengatasi masalah itu, boleh cuba petua guna kunyit. Lebih best, jus kunyit ni boleh menambahkan susu ibu!

Boleh cuba buat sendiri menggunakan resepi dikongsi oleh Puan Nur Airiz Faudzan ini.

Jus kunyit.

Resepi dari seorang makcik cleaner dari Indonesia. Makcik ni kerja bersih-bersih dari pagi smpi petang tapi takde pun bau peluh, kuat dan tak nampak letih.

Resepinya

Segenggam cekur (bahagian ubinya)

3 umbi temukunci (bahagian ubinya)

Halia bentong sebesar 2 ibu jari. boleh kurang kalau tak nak pedas. Halia biasa pun boleh tapi tak berapa power.

Ibu kunyit (kunyit yang mula-mula dekat batang pokoknya) sebesar 2 ibu jari. Kurangkan pun boleh kalau tak tahan kelat.

Daun inai sikit dalam setengah genggam budak.

Daun sireh 4,5 helai

3 sudu makan beras. Cuci dan rendam dulu semalaman.

Asam jawa dan gula melaka mengikut citarasa

Air 1 liter atau lebih

Cara membuat

1. Buat air asam jawa dulu guna air yang 1 liter tu. Tapis dan ambik air asamnya saja. Guna air asam tu untuk blend semua bahan-bahan kecuali gula melaka.

2. Lepas blend semua, tapis guna penapis teh kain. Perah, buang hampas, ambik airnya dan masak bersama gula melaka sampai mendidih dan pekat. Masa masak boleh cuba rasa, boleh tambah gula melaka dan asam jawa ikut citarasa.

3. Rupanya seperti jus kunyit, rasanya ala-ala macam minum air asam boi.

4. Simpan dalam peti ais, minum segelas setiap pagi atau sebelum tido malam.

5. Panaskan dulu sekejap kalau tengah pantang. Orang pregnant dan dalam period tak boleh minum.

Selamat mencuba, mudah-mudahan boleh jadi penawar dengan izin Allah.

Khasiatnya untuk mengembalikan tenaga, buang angin, hilangkan lenguh-lenguh badan, menambah susu badan, mengurangkan bau badan, menyegarkan wajah supaya lebih berseri, menghilangkan keputihan.

Jika diamalkan selalu boleh merampingkan badan. Untuk ibu-ibu dalam pantang pun boleh cuba amalkan seawal baby luruh tali pusat atau dah tak ada kuning.

Boleh mngecutkan rahim, sembuhkan luka dalaman, menghilangkan pucat muka akibat kehilangan banyak darah dan hilangkan sembab mata.

 

Published by
Hasnita Sawal