Cara Buat Kiub Ayam Homemade Tanpa MSG, Semudah ABC, Lagi Selamat Anak Makan!

Share

Kiub ayam dipasaran selalu jadi pilihan kita untuk menyedapkan lagi masakan. Apa kata kali ini kita buat sendiri pula untuk keluarga. Lebih sihat dan selamat untuk anak makan.

Bila buat sendiri, kandungan bahan lebih terjamin. Jadi tak perlulah rasa ragu-ragu untuk ditambah dalam makanan keluarga. Sihat dan jimat. Jom ikuti perkongsian resipi Dr Mazliana Mazlan.


Kita restock kiub ayam tanpa MSG lagi! Selalu sangat buat kiub ayam, sampai dah hafal bahan ramuan dan langkah nak buat.

Senang sangat tau, tak terasa pun sebab kita letak dan tinggal je! Jom tengok saya buat.

Bahan yang saya guna kalini;
Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormon
Bawang besar
Celery
Kobis
Bunga cengkih
Daun bay
Dry herbs
Garam Himalaya
Cuka epal
Air

Mula saya kisar ayam 5 saat. Dah jadi ayam kisar tauuu. Power kan.

Kemudian kisar sayur yang banyak 10 saat pulak. Pun halus terus, 10 saat je. Express betul.

Dah siap kisar semuanya masukkan semua bahan lain, dan masak 25 minit.

Dah siap masak, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.

Selesai! Mudah sangat kan.

Kemudian saya masukkan dalam bekas silikon, simpan dalam freezer semalaman.

Esoknya dah jadi kiub. Mudah betul.

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM