Cara buat popia nestum resipi selebriti masakan popular Khairul Aming ini nampak senang dan sedap.
Antara juadah kuih raya popular yang pasti menjadi rebutan ramai iaitu popia nestum. Sekali makan memang tak sedar. Kerangupan dan rasa lemak manis popia yang ditabur nestum itu membuatkan sekejap sahaja sebalang sudah habis.
Kalau sebelum ini anda biasa beli sahaja, apa kata kali ini buat sendiri. Ajak anak-anak buat sekali tentu mereka seronok. Aktiviti membuat kuih raya bersama si kecil akan menjadi memori paling diingati mereka sampai bila-bila.
Jom cuba resipi popia nestum oleh Khairul Aming. Nampak mudah je nak disediakan.
Cara buat popia nestum
Bahan-bahan:
- 1 paket popia saiz besar
- Air tepung
- 1 cawan nestum
- 1/2 cawan horlick
- 1/3 cawan gula kastor
Cara menyediakan:
- Potong dua bahagian kulit popia bersaiz besar. Kemudian ceraikan kulit popia tersebut.
- Guna straw untuk menggulung kulit popia. Tapi jangan letak penuh, biarkan sebahagian straw terkeluar sikit supaya mudah ditarik. Kemudian gamkan hujung kulit popia yang dah digulung dengan tepung yang dibancuh pekat sebagai gam.
- Potong gulungan popia berbentuk serong.
- Goreng dalam minyak panas sampai berwarna keemasan.
- Campurkan satu cawan nestum, setengah cawan horlick dan 1/3 cawan gula kastor sampai sebati. Kemudian masukkan popia yang dah digoreng ke dalamnya. Gaul rata dan siaplah popia nestum.
Siap satu menu kuih raya anda. Tentu anak-anak seronok dapat buat sendiri kuih raya bersama mama.
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di toko.ideaktiv.com
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI