Puding berkuah memang sudah biasa namun sesekali menyediakannya untuk hidangan istimewa sememangnya buat anak-anak teruja.
Apa lagi ditabur dengan buah-buahan segar memenuhi puding. Apa kata mama sediakan resipi ini di hujung minggu ini. Jom cuba perkongsian resipi Noor Hidayah Hanapi.
Sempena hari jadi mak 1 Februari yang lepas kami adik beradik buat pot luck. Masing-masing masak menu berlainan untuk jamuan hari jadi mak.
Kalau ikutkan lagi seronok bawak mak pergi mana-mana restoran dan belanja mak makan besar. Tapi mak tak nak, mak lagi suka dan gembira kalau diraikan di rumah sendiri. Anak-anak ikut je asalkan mak bahagia.
Menu saya pada hari tu puding koktail. Resepi ni saya olah daripada beberapa resepi yang saya ambil daripada group ni juga.
Bahan-bahan Puding:
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
5 cawan air
3 sudu gula
3 sudu susu pekat
Masukkan semua bahan, gunakan api yang sederhana, kacau tanpa henti sampai puding jadi pekat dan berkilat dan tutup api.
Bahan-bahan kuah:
2 tin susu cair
Satu tin koktail ditapis airnya. Buahnya diketepikan, air nya di campurkan dengan susu
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
Campurkan kesemua bahan, gunakan api yang sederhana dan kacau sehingga mendidih. Matikan api.
(Kemanisan puding dan kuah ikut citarasa masing-masing)
Hiasan puding koktail
1. Lapisan pertama susun buah-buahan koktail.
2. Lapisan kedua masukkan puding.
3. Lapisan atas sekali letaklah buah-buahan segar. Disebabkan puding ni sedikit manis dan berlemak, saya suka letak buah-buahan yang masam untuk menyeimbangkan rasa manis berlemak tu. Buah yang sesuai macam anggur, strawberi, blueberry, kiwi.
4. Akhir sekali curahkan kuah atas puding. Lagi banyak lagi sedap.
Masukkan puding koktail di dalam peti sejuk dalam 2-3 jam dan boleh la dimakan sejuk-sejuk nyumm.
Menarik: Sepatutnya Lahir Sama Dengan Ummi Dia, Muhammad Bilal Hadiah Terindah Neelofa Di Hari Lahir
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!