Anak-anak suka makan roti, apa kata cuba buat roti sardin pula. Jika anak tak tahan pedas, tak perlu letak potongan cili api. Nak sediakannya pun simple je. Sesuai untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah juga.
Resipi yang dikongsi oleh Yatiekitchen ini nampak sedap dan apa yang menariknya resepi roti sardin ini tak serap minyak dan rangup bila dikunyah.
Buat untuk hidangan minum petang pun sesuai sangat. Roti sardin ni juga sesuai dibuat sebagai menu sampingan kalau kita ada majlis kecil-kecilan.
Resipi Roti Sardin
Bahan-bahan:
1 tin sardin Adabi
Hirisan Bawang Merah Besar
2 ulas bawang putih
Cili padi merah x 1 hiris serong
Cili padi hijau x 2 hiris serong
1/4 biji limau nipis
Gula merah 1/2 sudu kecil
Cili kisar 1 sudu besar
Asam keping 1/4 keping
Adunan Tepung:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas
1/4 sudu serbuk kunyit
Garam
Mushroom seasoning
1/2 biji Limau nipis
Tip tambahan: Kalau taknak roti serap minyak, kena buat campuran air panas & air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis.
Cara-caranya:
1. Tumis bawang, bawang putih, cili padi , sehingga garing , masuk cili kisar , masuk sardine ( sos jgn dibuang ), biarkan sampai pecah minyak
2. Perahkan limau nipis , perasakan dengan gula, garam & mushroom seasoning.
3. Satukan kesemua bahan adunan tepung tadi, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
4. Masukkan sardin ke dalam roti, lipat dua , celup dalam adunan tepung , panaskan minyak dan goreng sehingga garing , biar roti goreng sekata.
5. Agak-agak dah kekuningan , toskan pada kitchen towel.
Mudah je kan nak buat roti sardin kantin sekolah ni. Lepas ni kalau ada lebihan roti dan sardin di rumah, boleh buat roti sardin dan frozen kan sahaja. Lebih jimat dan selamat.
Untuk yang suka pedas, nak setiap gigitan tu kena cili, boleh tambah beberapa biji cili padi. Tapi jika ada anak-anak kecil cukup sekadar 4 biji sahaja untuk 1 tin sardin kecil ni. Rasa pedas dia akan kurang dan sesuai untuk dimakan seluruh isi keluarga.
Selamat mencuba!
Kredit: Yatiekitchen via my resipi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI