Di bulan puasa ini, tak puas rasanya tanpa sambal pedas yang menaikkan selera. Nak tahu cara masak sambal tumis legend yang sedap dan meletop macam dijual di kedai?
Resipi superb lagi legend yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu ini mama wajib cuba. Katanya ia merupakan resipi perkongsian dari peniaga nasi lemak di kampung. Rugi tak cuba!
Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
Bahan-bahan:
1 genggam lada kering -direbus dan ditos dan dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
2 biji bawang besar -dihiris
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota : Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing. Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis. Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
Wah… ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
Ads
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan. Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana. Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
Proses TERBIT MINYAK aka Pecah Minyak. Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap. Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
Masukkan gula. Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Ads
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini. Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air. *Air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh.
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok… ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
Ads
Masukkan 3 sudu air asam jawa. Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping. Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Perasakan dengan garam dan biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman kita dalam menghasilkan kek sememangnya berbeza-beza. Ada yang berjaya hasilkan kek yang cantik, naik dan gebu tidak kurang juga kek menjadi bantat, berat dan sebagainya. Semua ini bagaikan mimpi ngeri malah membuatkan kita takut untuk terus mencuba.
Bagi yang mempunyai pengalaman ngeri membuat kek atau yang tidak yakin untuk membuat kek, boleh cuba hasilkan kek yang dikongsikan oleh Puan Nurul Izwahida Othman ini dulu. Katanya inilah kek paling ‘confident’ yang pernah dicubanya. Ayuh kita cuba!
My first Burntcheesecake! Thank you for the easy peasy recipe. Bahan-bahan & step di setiap gambar. Kalau nak manis gula letak 3/4. Tapi sebab 2 cinonet tu pun makan sekali, mommy letak 1/2 cawan je. Both suka. Kalau sejenis tak pandai nak baking-baking macam sis. Rasa tak confident kejadiannya boleh la try ni. Confirm tak buang ke tong sampah.
Masukkan dalam loyang dan air fryer dengan suhu 170 selama 30 minit. Tengok ada orang buat suhu 160 dan 180, so sis ambik yang tengah-tengah. Kalau pakai oven rasanya lebih kurang je kot.
Tadaa dah siap.
Lepas bakar biarkan sejuk 15 minit lepas tu masukkan fridge 1 jam baru potong.
Walaupun berkali mencuba, ada waktunya kita masih tercari-cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah.
Resipi set Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh Nur Aisyah ini paling mudah untuk dicuba. Malah resipinya juga ringkas dan menggunakan bahan asas sahaja. Namun rasanya cukup enak. Nak tahu macam mana rasanya, jom kita cuba!
NASI TOMATO (Untuk hidangan 3 – 4 orang)
Bahan Nasi :
3 pot beras
1 labu bwg Merah
3 ulas bwg putih
1 ketul kiub pati ayam
1 cm halia
2 sb planta/marjerin untuk menumis
2 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 biji tomato (buah) / 2sb Tomato Puree
5 sb sos tomato (sekiranya tak guna Tomato Puree baru tambah yang ni yer, nanti masam pulak)
1 st Garam/secukup rasa
Bahan Ayam (Masak Merah) :
1/2 Ekor Ayam
1 labu Bwg Merah
3 ulas Bwg Putih
1 cm Halia
1 btg Serai (dititik)
1/2 Kiub Pati Ayam
2 senduk Cili Giling
3 sb Gula
1 st Garam + Secukup Rasa
1 labu Bwg Holland
Cara Masak Nasi :
Beras basuh bersih & tos (Masuk 1/3 cawan air & masak macam biasa dalam rice cooker).
Blend bawang merah, bawang putih dengan kiub pati ayam dan juga halia. Panaskan marjerin dan tambahkan sedikit minyak masak kalau nak.
Tumis bahan blend bersama bunga lawang, kulit kayu manis sehingga naik bau.
Blend tomato dengan sedikit air. Tapis dan masukkan ke dalam bahan tumis. (Boleh guna puree dan sedikit ) bersama sos tomato. (Kalau guna buah tomato baru letak sos tomato ye, kalau guna tomato puree, tak perlu sos tomato, nanti terlebih masam.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi, garam dan air secukupnya. Kacau sebati. Masak seperti biasa sehingga masak. (Air agak-agak seperti masak nasi biasa, kalau bahan tumis dah letak banyak air, tak perlu tambah air ye)
Cara Masak Ayam : Blend bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumiskan. Masukkan serai.
Masukkan kiub pati ayam, cili kisar, gula, garam dan perasa.
Selepas 15 minit, masukkan ayam (boleh gorengkan dahulu separuh masak jika suka). Kacau sebati, tutup kuali guna penutup periuk & biarkan selama setengah jam sambil pantau & kacau-kacau seketika.
Bila dah hampir masak, masukkan bawang holland yang dah dipotong bulat. Biarkan dengan api perlahan 5-10 minit. Siap.
Untuk Acar:
1/2 Timun
1/2 Carrot
1 ulas Bwg Merah
1 biji Lada Merah
4-5sb Cuka Makan
3 sb Gula
1/2st Garam
Sedikit air suam-suam panas
*** Potong ikut suka, campur semua, masuk dalam bekas tutup & goncang sebati. Biar setengah jam. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Murtabak antara menu yang popular pada bulan Ramadan. Namun jika pada hari biasa, nak dapatkannya perlu pergi ke pasar malam atau kedai tertentu yang memang menyediakan juadah ni.
Harga sebiji murtabak sekarang ni pun antara RM4 hingga RM5 ikut pada saiz dan intinya. Jika keluarga besar sekurang-kurangnya perlu beli 3 biji. Itu pun belum tentu cukup. Ok untuk yang nak cuba buat sendiri, resipi murtabak yang menggunakan kulit popia ni sedap.
Cara nak buatnya pun mudah sangat dan tak perlu nak uli doh untuk bahagian kulitnya. Lagi puas nak makan!
Resepi Murtabak Mini
Bahan-bahan:
– Kulit popia
– Isi ayam / daging di cincang
– 3 biji kentang di potong dadu
– 3 sudu makan rempah kari
-1 ulas bawang putih
– 2 biji bawang besar di potong dadu
– Daun sup
– Garam
– Gula
Cara memasak inti
1. Tumis bawang yang dipotong dadu
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.
Untuk balut murtabak
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
3. Balut dengan kulit popia. Sedia untuk di”murtabakkan”.
**Ketebalan kulit sebaiknya lapis dua atau tiga keping untuk elakkan koyak. (Ikut citarasa masing-masing)
Kredit Resipi: Yanie Mansor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.