Di bulan puasa ini, tak puas rasanya tanpa sambal pedas yang menaikkan selera. Nak tahu cara masak sambal tumis legend yang sedap dan meletop macam dijual di kedai?
Resipi superb lagi legend yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu ini mama wajib cuba. Katanya ia merupakan resipi perkongsian dari peniaga nasi lemak di kampung. Rugi tak cuba!
Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
Bahan-bahan:
1 genggam lada kering -direbus dan ditos dan dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
2 biji bawang besar -dihiris
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota : Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing. Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis. Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
Wah… ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan. Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana. Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
Proses TERBIT MINYAK aka Pecah Minyak. Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap. Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
Masukkan gula. Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini. Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air. *Air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh.
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok… ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
Masukkan 3 sudu air asam jawa. Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping. Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Perasakan dengan garam dan biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita.
Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!