Kerja ibu memasak di dapur lebih mudah dan cepat bila semua bahan asas masakan dah tersedia. Jika semuanya dah ada dalam 30 minit pun boleh selesai. Cumanya jika tiap kali nak masak baru nak kupas bawang, fikir nak buat apa, itu yang ambil masa sikit.
Memandangkan bulan Ramadan dah hampir, kaum ibu sebolehnya nak sediakan masakan dengan air tangan sendiri dan lagi puas tengok seisi keluarga menikmatinya. Jadi untuk menjimatkan masa, bahan asas seperti bawang, halia kisar, cili kering, dan sebagainya sebaiknya disediakan awal.
Bagi menjimatkan masa ibu, berikut dikongsikan cara Cik Dayang Zuhaila yang menyediakan stok bawang kisar, halia dan cili kering yang boleh tahan sehingga 3 bulan. Terlajak mudah!
CARA BUAT & SIMPAN STOK BAHAN MASAKAN TAHAN 3 BULAN
Tips simpan stok bawang blender tahan 3 bulan. Bulan puasa dah nak dekat kan. Jom saya nak share sikit cara-cara saya simpan cabai bawang halia bagi tahan lama.
Senang la bila nak masak lauk pauk, mee goreng, bihun goreng, dan keuytiaw. Terus cedok sahaja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2-3x. Sebab tu kalau tetamu datang rumah saya, kejap sahaja saya masak. Wajib simpan dalam peti ais ya.
Cara penyediaan:
1. CILI KISAR
Ads
Gunting cili kering kecil-kecil lebih kurang 1 inci lepas itu buang biji cilii tu. Rebus cili tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan air. Masukkan cili dalam blender. Blend sambil masuk air bertapis sikit sekadar bagi blender tu boleh berputar sahaja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cili ni tau.
2. BAWANG BESAR KISAR
1 kilo bawang besar dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak air sahaja pun boleh. Pastikan sedikit saja air tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais. Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.
Ads
3. BAWANG PUTIH KISAR
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecil-kecil. Blender bawang bersama air bertapis. Anggaran air adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
4. HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecil-kecil. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar. Blender halia dengan sedikit air.
Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.
Ads
*Tips penting untuk lebih bertahan lama. Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campur lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!
Kalau nak guna cili, cedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing untuk elakkan cepat berkulat.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sebabnya mengapa gula dan garam dilarang pengambilannya dalam kuantiti yang banyak pada anak-anak kecil kita. Minuman dan makanan manis seperti aiskrim dan sebagainya elakkan diambil setiap minggu.
Melalui kajian, gula khususnya dikatakan menjadi penyebab anak mudah lupa jika diambil berlebihan. Jadi kurangkan dalam kuantiti makanan anak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Anak akan cepat lupa bila selalu ambil makanan tinggi gula. Ini kajian dari Universiti Southen California.
Gula kacau metabolisma badan.
Gula lembapkan fungsi otak.
Gula rosakkan aktiviti otak.
Gula tingkatkan rintangan insulin.
Gula kacau bilaukan mood anak.
Gula juga buatkan anak ketagih.
Kandungan pertama pada kebanyakan aiskrim adalah gula. Korang boleh tengok label dalam gambar yang saya share tau.
Sebab tu anak selalu ketagih makan aiskrim. Walau sekali je anak cuba, mesti dia akan ingat rasa sedap aiskrim tu, sampai bila-bila pun dia akan suka mintak nak makan aiskrim.
Aiskrim ni makanan ultra processed. Selain kandungan gula yang tinggi dan tak sesuai untuk anak, ada banyak lagi kandungan lain yang boleh bebankan kesihatan anak.
Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak. Oleh itu diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak-anak kecil ini.
Namun, beberapa dapatan kajian daripada pertubuhan antarabangsa dan tempatan menunjukkan kanak-kanak Malaysia masih kurang mendapat nutrisi dan zat mencukupi. Mengapa ini berlaku?
SOALAN CEPU EMAS!
Ni soalan WAJIB yang saya perlu tanya kepada ibu-bapa semasa Rundingcara Pemakanan bagi seorang kanak-kanak yang *Kekurangan Zat Makanan (KZM)
“Anak encik/puan ada minum air teh atau kopi?”
Antara jawapan-jawapan yang biasa dengar:
“Ha ah..ya..ada doktor..(panggilan doktor ni memang selalu dapat walaupun saya bukan seorang doktor..hehe)..anak saya memang suka minum teh O..cicah biskut..setiap pagi dan petang..
Atau..
“Saya tak bagi anak saya minum teh dengan kopi ni puan, tapi tu lah..nenek dia ni ada bagi, nenek die jaga dia kan masa saya kerja..emm..susah la saya nak tegur..serba salah…”
Atau..
“Saya pernah tanya anak saya, memang dekat taska ada buat teh O bagi pada dorang…”
MOHON BERHENTIKAN SEMUA TABIAT INI SEGERA!!!
Di Melaka, umumnya di Malaysia..trend kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama sekali BANTUT semakin meningkat. Sama-sama kita bantu cegah bermula dari SEKARANG! #AnakMalaysiaTinggi
*Kekurangan Zat Makanan (KZM) berlaku apabila terjadinya satu atau lebih masalah-masalah seperti di bawah:
-Berat-Untuk-Umur: Kurang Berat Badan atau Kurang Berat Badan Teruk. -Tinggi-Untuk-Umur: Bantut atau Bantut Teruk. -BMI-Untuk-Umur: Susut atau Susut Teruk. (Rujuk Carta Pertumbuhan dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak)
Sumber: Nathirah Maamor,
Pegawai Sains Pemakanan.
#NutritionistKKM
#NutritionistMelaka
Minuman berkafein tidak terhad pada kopi sahaja. Teh dan minuman bergas juga mengandungi kafein. Ia juga boleh menyebabkan ransangan terlampau pada anak anda dan tiada khasiatnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan bayi memang kita sedia maklum tidak boleh ditambah dengan bahan perasa seperti garam dan gula. Walaupun rasanya mungkin hambar pada lidah kita tapi percayalah memperkenalkan makanan kepada bayi buat pertama kali juga adalah sesuatu yang baru buat si kecil anda. Jadi untuk rasa yang sebegitu adalah normal buat mereka.
Dalam perkongsian oleh seorang pakar pemakanan di laman Facebook Happy Baby Foods, Dietitian Fizah Sobri berkongsi sebab mengapa makanan bayi tidak seharusnya ditambah dengan garam atau gula.
KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI BAYI AKAN RASA
‘Tak sedapla bubur ni patutla baby taknak makan..cuba tambah garam sikit’ ‘Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa’
Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus..
‘Kesian anak puan…makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja’
Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam.. Begini cerita nya
Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anaksebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby
Mungkin baby suka. Ada yang menolak.. Ada muka pelik tapi makan juga.. Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima Ini ikut kepada personalti anak masing
TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan bayu
3 sebab utama
1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG
– bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang
– jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah
– tetapi bayi tak mampu lagi…yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak
2. DERIA RASA BAYI 1000X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA
– Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita
– deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain lain
– walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambaha apa apa lagi dah
3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER
– Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa
– ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa ‘tawar’ dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa
– biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal
Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu..banyak banyak nanti takut ada yang tak baca pulaks..hehehe
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.