Ada banyak sebab kenapa anak anda suka mengamuk, buat tantrum dan buat perangai. Namun kunci utamanya ibu bapa kena bersabar dan pandai tawan hati anak.

Kadang-kadang perangai anak ni sukar dijangka. Mula-mula nampak elok, tapi sekali mengamuk, boleh jadi naik angin jugalah ibu.

Tapi, dalam bersabar itu, anda juga boleh ikut tip mudah yang dikongsikan oleh Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose.

IKLAN

“uwaa…uwaa….”
(1) emm…TARIK NAFAS mama tarik nafas..
“adik, apa adik nak? mama tolong ye.”
“uwaa..uwa..aek nak ti..apu ucu..”(sambil pukul mama)
“oo..roti ke? Mama ambil jap ye. Tapi susu habis, mama sapu butter je ye.”
“tak nakkkk…uwaa…uwa..”(kali ni suara makin kuat.)

(2) ok..sabar mama..sabar..TARIK NAFAS dan UBAH KEDUDUKAN. 
Mama ubah kedudukan kepada melutut, pegang bahu dan pandang mata adik.
“Oh…adik nak roti sapu susu ye?”
“Biasa susu tu ada kat mana?”
——
Perbualan berlanjutan, anak makin tenang dan mama offer anak suatu yang lain.
Well done mama!
Mama ni bijak. Lakukan tindakan yang sewajarnya. Makin faham lepas terbaca post Ibu ni.

IKLAN

Jika anda mempunyai anak yang suka mengamuk, menendang atau memukul bila dia tidak mendapat apa yang dia hendak…lihatlah ini sebagai satu petanda anak itu kuat kemahuan dan banyak yang dia hendak capai di dalam diri dia dan dia sudah mula belajar ‘express’ kemahuannya.

Apa yang kita ibu bapa perlu lakukan di sini ialah mengajar anak itu tanpa kekerasan berlebihan, tanpa ‘abusive’ dalam gerak cara dan tidak terus merasakan anak anda memang bermasalah. Anak itu tidak akan menjadi bermasalah jika cara mengendalikan amukan mereka ini betul.

Ketahuilah bila anak mengamuk, dia bukan degil atau bermasalah. Apa yang sebenarnya ialah anak ini belum tahu cara untuk dia ‘express’ kekecewaan, kemahuan, kesakitan, ketidak selesaan mereka dengan lebih selamat dan tenang…itu sebab cara kita menangani stress disebabkan oleh mereka juga sangat penting…bila mereka mengamuk…kita ibu bapa juga menjadi marah-marah dan menghukum keterlaluan, maka anak itu tidak boleh belajar bagaimana untuk mengendalikan semua yang disebut tadi.

IKLAN

Itulah sebab Ibu selalu memberi input mengenai perkara ini…harapan Ibu agar ramai yang akan menjadi lebih faham. Dan ini mengurangkan masalah dikemudian hari.

Sumber: Ibu Rose

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI