Family man dan selalu mendahulukan anak-anak dan isteri dalam apa jua situasi. Inilah yang boleh dikatakan mengenai selebriti media sosial, Jofliam yang turut terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial tahun ini.
Jofliam yang merupakan suami selebriti media sosial yang cukup dikenali, Cik Epal mengakui keluarga adalah segala-galanya dalam hidupnya kini.
Malah dua anaknya, Han dan Yuki menjadi nadi hidupnya dalam melayari bahtera bahagia bersama isteri tercinta.
“Untuk sentiasa berkata ya itu tak juga tapi saya ni masa kecil selalu dengan arwah ayah dan keluarga. Saya pula masuk sekolah asrama, jadi berpisah dengan keluarga rasa terlalu awal sangat berpisah dengan keluarga.
“Jadi saya selalu rasa tak cukup masa dengan ayah dan keluarga. Disebabkan itulah saya habiskan masa dengan keluarga sebab masa ni tak boleh diputarkan balik.
“Rutin saya memang banyak duduk di rumah sahaja. Tak ada satu aktiviti wajib mesti buat, cuma kami akan sarapan dan minum kopi sama-sama.
“Petang pula main simple game, tonton tv sama-sama. Ada waktunya saya naik ATV bawa anak-anak masuk hutan. Masa terluang saya seimbang mengikut situasi. Semuanya dengan keluarga,” akui Jofliam memulakan bicara ketika sesi live Pa&Ma Gala Award.
Ads
Cik Epal tegas tapi manja
Ketika ditanya mengenai personaliti isterinya yang cukup dikenali ramai, akui Jofliam lagi, Cik Epal seorang yang cukup tegas namun dia seorang isteri yang sangat manja.
“Dia seorang yang tegas tapi dia manja. Kalau kenal dengan dia, kita boleh nampak. Tapi untuk kita cerita tegas dan manja ini memang sudah hendak dijelaskan,” luah Jofliam lagi berkongsi.
Ads
Saling berbagi hadiah, berkongsi rezeki bersama pasangan tanpa berkira sedikit pun malah mendahui isteri dalam segala hal, akui Jofliam semua itu perlu dalam hidup berumah tangga.
“Bagi saya lebih kepada hati, awal-awal perkahwinan masa awal mesti ada ego tapi bila dah lama berkahwin kita rasa takkan ke mana ego tu.
“Bila dah lama kahwin, apa-apa pun sebagai lelaki saya selalu letakkan isteri di hadapan. Bila kita dahulukan isteri kita boleh nampak semua berubah. Untuk kebahagiaan keluarga, saya rasa itulah sebaiknya kerana kita dah alaminya.
“Kalau tanya saya apa hadiah terbaik yang dia beri pada saya, bukan berbentuk material tetapi sokongannya selama ini. Cara dia bercakap, kata-kata dia yang sentiasa menyokong saya, itu yang buat saya terkesan,” luahnya berkongsi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Resipi Kuih Lepat Liat, Ini Langkah Demi Langkah Cara Nak Buat
Kuih lepat liat antara kuih tradisional yang masih dicari hingga ke hari ini. Bukan sahaja orang-orang lama sahaja menyukai kuih ini tetapi juga generasi muda. Mama sudah boleh perkenalkan kuih ‘lejen’ ini kepada anak-anak agar kuih ini tidak diluput dek zaman.
Kuih lepat liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Makan pun puas sebab dapat banyak!
Sukatannya hanya menggunakan cawan. Sesuai sangat untuk mama-mama yang sibuk tapi dalam masa yang sama mahu juga memasak. Jom cuba. Pasti rasanya sedap dan disukai anak-anak.
Selepas selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 27 Julai lalu, hero Malaya, Remy Ishak tampil berkongsi nama pilihannya bersama isteri.
Apa yang menariknya, Remy dan isterinya Ezza sepakat memilih nama Melayu Klasik buat putera sulung mereka kerana sudah lama mengidamkan nama seperti itu sejak dahulu.
Menurut Remy, dia dan isteri sepakat memilih nama Tuah Alam buat zuriat pertama mereka.
Bahkan akui Remy lagi, sejak bujang lagi dia mempunyai hasrat untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.
“Masa bujang dulu saya pernah terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu.
“Saya pilih nama Melayu dan nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan isteri dan dia pun setuju,” kata Remy berkongsi.
Bahkan akui Remy lagi menerusi perkongsiannya di program Oh Baby Remy, dia dan isteri mempunyai beberapa pilihan nama lain sebelum memilih Tuah Alam.
“Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku Alexander. Tapi akhir sekali kami pilih Tuah Alam.
“Nak ada nama campur juga pada awalnya tapi tak boleh sebab bukan jiwa. Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu.
“Ini pendapat secara individu. Ada orang mahu letak nama Arab. Jadi daripada pakai nama Arab baik saya terus pakai Melayu sahaja.
“Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu,” kata Remy lagi berkongsi.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun berkenalan.
Tonsil yang sakit sememangnya buat anak tak selesa. Muhammad Rayyan Khalaf, anak sulung pelakon, Elfira Loy turut sama mengalami masalah tonsil tahap tiga dan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Semuanya kerana masalah batuk, selesema dan demam yang dihadapi Rayyan sejak dua minggu yang lalu.
Enggan terus berlarutan, Elfira turut sahaja mendapatkan rawatan sebaiknya buat anak kesayangannya itu.
Menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita.
“Hari pertama di hospital. Saya masih ingat kali terakhir kita di sini dan sekarang kita kembali lagi. MashaAllah.
“Disebabkan dah dua minggu batuk, selesema tak reda dan kerap demam. Kami lakukan ujian darah dan keputusannya sel darah putih anak saya sangat tinggi 16.1 kot, normal adalah 11.
“Doktor beritahu yang Rayyan ada microplasma bacteria yang beri kesan pada tekak dia. Sebab tu tonsil Rayyan besar sangat. Dah stage 3,” katanya berkongsi.
Malah melalui perkongsian yang sama, Elfira juga turut memuat naik beberapa keping gambar Rayyan yang cukup ceria bermain ketika berada di hospital. Langsung tidak menampakkan kesakitan yang dialaminya. Memang anak yang kuat.
Dalam pada itu Elfira turut memohon doa dari semua agar Rayyan segera pulih dari sakitnya.
“So now tunggu result x ray pulak to see ada pneumonia ke tak . Hopefully not pneumonia again. Doakan ye.
“Mommy memang takut hospital teruks. Im scared for him. Tapi tengoklah dia . So happy and cheerful. Bila Dr nak check je dia dah tau dah the routine and will cooperate. Dia yang tunjuk apa nak buat next next. Such a strong boy,” katanya lagi berkongsi.
Semoga Rayyan cepat-cepat sembuh dan ceria seperti selalu.
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.