Selepas pantang anak ketiga, Diana Amir akui kehidupannya kini dah lengkap dengan kehadiran dua anak perempuan dan seorang lelaki.
Walaupun sedikit kelam-kabut menguruskan anak-anak, Diana gembira melihat ketiga-tiganya membesar sekali.
Berkongsi perkembangan terbaru, Diana menjelaskan ketiga-tiga anak bezanya dua tahun. Walaupun masing-masing kecil tapi senang diurus. Ramai juga yang bertanya macam mana saya jaga stamina.
“Tiada apa rahsia pun, cuma saya sentiasa fikir yang positif sahaja. Ini antara yang saya amalkan sejak dari anak pertama lagi. Tiap kali rasa penat, perkara pertama saya tenung wajah mereka. Masa tu barulah dapat kekuatan semula.
Ads
“Kedua saya sentiasa beristighfar bila datang perasaan yang bukan-bukan. Alhamdulillah berkesan.
Ads
“Saya nak anak-anak gembira lalui kehidupan zaman kanak-kanak tanpa disekat kebebasannya. Jika mereka lakukan kesalahan tetap kena tegur supaya jadi peringatan,” katanya.
Sementara itu, bila orang tanya bab berat badan, setiap ibu pasti akan risau lagi-lagi lepas bersalin. Alasannya sebelum mengandung badan cantik, lepas lahirkan anak terus susah nak dapatkan berat ideal.
Ads
Bagi Diana perkara ini bukan satu masalah besar. Ya Diana pun lepas lahirkan anak ketiga masih perlu turunkan lima kilogram lagi untuk dapat berat ideal.
Cuma apa yang Diana amalkan adalah banyakkan minum air kosong setiap hari dan makan kurma. Memandangkan Diana menyusukan anak, sebolehnya tak mahu jejaskan pengeluaran susu.
“Kalau orang lain diet betul-betul, Diana tak adalah sampai macam tu. Bagi Diana pemakanan tetap kena jaga juga. Kalau semua kena hadkan kasihanlah anak,” kongsinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih ibu hingga ke syurga. Walaupun tiada pertalian persaudaraan dan hanya anak angkat, ibu mana yang sanggup lihat anak kecil ini diuji dengan ujian yang cukup berat. Bagaimanapun, niat baik ibu angkat kepada bayi lelaki yang diberikan nama Muhammad Yusuff ini telah mendapat perhatian.
Melalui perkongsian di FB Asma Assakinah, baby Yusuff ini dijaga oleh ibu angkat setelah ibu kandung baby Yusuff menyerahkan kepada Mak Cik Ani. Difahamkan ibu kandung baby Yusuff ini adalah warganegara Indonesia.
Biarpun ujian ini berat bagi Mak Cik Ani, niat menjaga anak istimewa ini yang disahkan menghidap penyakit hydrocephalus tetap dilaksanakan dengan seikhlas hati.
Menurut Asma, dia telah mendapat berita duka. Sekarang hanya bergantung kepada kekuasaan ALLAH untuk urusan baby Yusuff dipermudahkan.
Mohon doakan urusan baby Yusuff lancar
24/12/2020 baby Yusuff telah dibawa ke Hospital Seremban berjumpa doktor pakar. Setelah berjumpa doktor pakar, doktor memberitahu bahawa baby Yusuff tidak boleh membuat pembedahan di Hospital Seremban kerana risiko yang terlalu tinggi dan macam-macam boleh terjadi semasa baby Yusuff membuat pembedahan.
Doktor memberitahu baby Yusuff sangat-sangat terlambat untuk membuat pembedahan, kepala semakin membesar. Mengenai kos pembedahan sahaja RM25,000 belum termasuk ICU dengan ubat ubatan lagi. Anggaran semuanya RM50,000.
Mak Cik Ani ambil keputusan untuk cuba di HKL hari ini (25 Disember) dan ini adalah jalan dan harapan terakhir untuk baby Yusuff. Minta jasa semua untuk terus doakan baby Yusuff.
Ramai yang sayangkan baby Yusuff
Sebelum ini, kisah baby Yusuff telah mendapat perhatian, apabila ramai yang bermurah hati memberi sumbangan untuk memastikan baby Yusuff dapat rawatan terbaik.
Alhamdullillah thumma Alhamdulillah asma’ dah selesaikan amanah orang ramai dengan menyerahkan RM10,000 sumbangan orang ramai kepada baby Yusoff, untuk rawatan ke Hospital Seremban pada 24/12/2020 ni. InsyaAllah.
Dengan budi bicara doktor juga mudahan-mudahan dapat kurangkan kos pembedahan baby Yusoff dan dapat buat pembedahan pada hari tersebut. Sama-sama kita doakan dan teruskan menyumbang.
Moga-moga Allah permudahkan segala urusannya memberi kesembuhan baby Yusoff dan kepada semua yang beri sumbangan moga Allah balas segalanya dengan segala kebaikan dan rezeki yang takkan pernah putus. Aamiinnn2 Ya Allah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trauma buat anak kecil ini apabila tiba-tiba dipatuk ular dalam rumah ketika sedang bermain. Mujurlah ketika kejadian semua ahli keluarga ada dan terus di bawa menerima rawatan dengan segera.
Biarpun masih dalam keadaan terkejut dan sehingga kini masih lagi dibawah pemantauan doktor, keadaan Naira Nur Aleena atau Nana (nama manja) yang berusia 4 tahun makin beransur baik dan sihat.
Perkongsian daripada PuanSyakira Abu Samah ini sebagai peringatan buat ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati walaupun di dalam rumah.
Tiba-tiba anak menangis
Kejadian berlaku pada 24/8 jam 3.45 petang. Masa tu anak tengah main pijak-pijak bubble wrap dengan neneknya. Tiba-tiba anak menangis dan seekor ular menyusur keluar dari bawah kerusi di ruang tamu. Nenek dan atuknya bunuh ular (NAJA SUMATRA).
Dapat rawatan pertama di Klinik Kesihatan Sanggang, Temerloh. Selepas doktor dan MA periksa, memang kena pergi hospital (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh). Dalam jam 4.30, tiba di wad kecemasan hospital. Doktor bagi suntikan antivenom (ular tersebut bawa sekali untuk bukti) dan jam 8 malam baru naik wad.
Perlu jalani pembedahan
Doktor on antibiotik, untuk kawal surut bengkak. Dari malam pertama sampai malam ke-5, bengkak beransur surut dan doktor pakar ortopedik, pakar ular n pakar paediatrik buat keputusan, dah boleh operate esoknya.
Operatenya pada 30/8, tarikh operation. Kami merdeka dalam wad. 2/9 dah boleh keluar wad. Mulalah episod hari-hari buat perlu dressing do klinik kesihatan.
Hampir sebulan lebih. Kadang-kadang kami buat sendiri juga di rumah.
5/11 temujanji yang terakhir di hospital. Harap baik sepenuhnya lah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sebabnya doktor berpesan untuk periksa bawah lidah bayi selepas dilahirkan. Ia adalah untuk memastikan bayi tidak mengalami tongue tie. Ramai menyangka bayi tidak mahu menyusu atau susu tiada, tapi tanpa sedar tongue tie adalah puncanya.
Dr. Aimi Jaafar, Kaunselor Laktasi & Pegawai Perubatan dari Klinik Taqwa telah berkongsi infi mengenai keadaan tongue tie pada bayi baru lahir.
TONGUE TIE DAN PENYUSUAN
Masyarakat kita sudah makin terdedah dengan kepentingan penyusuan badan, Alhamdulillah.
Kalau 10 tahun dahulu, mungkin kita akan selalu terima jawapan ‘susu tak ada’, sekiranya ibu berhenti menyusukan badan. Tapi sekarang, lebih banyak jawapan dan masalah yang dapat kita selesaikan, yang pastinya bukan disebabkan ‘susu ibu tak ada’.
KEADAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN PENGHASILAN SUSU KURANG
#1: KURANG KELENJAR SUSU-Memang ada situasi di mana ibu mempunyai kelenjar susu kurang, yang disebut Insufficient Glandular Tissue (IGT), yang memang boleh menganggu supply susu yang cukup. Tapi keadaan ini adalah sangat jarang.
#2: IBU PERNAH ALAMI PEMBEDAHAN PADA PAYUDARA-Selain itu, sekiranya ibu pernah menjalani pembedahan di bahagian payudara, juga boleh mengganggu penghasilan susu.
#3: PELEKAPAN, POSISI & EMOSI IBU-Untuk keadaan yang selain di atas, selalunya masalah penyusuan banyak berpunca dari pelekapan, posisi, dan emosi.
#4: TONGUE TIE –Salah satu yang boleh mengganggu perlekapan bayi sewaktu menyusu adalah disebabkan oleh ‘tongue tie’.
JADIKAN AMALAN MELIHAT BAWAH LIDAH BAYI LEPAS LAHIR
Jadikanlah amalan untuk terus melihat bawah lidah bayi setelah lahir. Sekiranya nampak seperti ada tali yang menambat lidah si bayi, itu adalah tongue tie, dan ia boleh mengganggu bayi untuk menyusu dengan sempurna.
Lihat juga sekiranya bayi tidak pernah keluarkan lidah dari mulut, dan sekiranya dijulurkan keluar, lidah kelihatan seperti bentuk <3 / W shape.
5 MASALAH PENYUSUAN BAGI BAYI YANG MEMPUNYAI TONGUE TIE
Antara masalah yang boleh dijangkakan dengan kehadiran tongue tie; 1. Hisapan yang sering terlepas, lidah tidak dapat mengekalkan hisapan. 2. Bayi mengamuk sewaktu / selepas menyusu. Ini boleh disebabkan susu yang dapat diminum tidak banyak seperti yang sepatutnya dan bayi boleh jadi penat kerana harus berusaha lebih untuk dapatkan susu. 3. Ibu rasa sakit pada puting dan boleh menyebabkan luka. Ini disebabkan bayi banyak hisap pada bahagian puting. 4. Peningkatan berat badan bayi yang tidak memberangsangkan. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu dengan baik, pada pemeriksaan pada 1 bulan pertama, akan dapat lihat bahawa berat bayi tidak naik seperti diharapkan. 5. Bayi ingin mengempeng setiap masa. Ada juga bayi yang terus menerus ingin menyusu, dan ini akan menyebabkan ibu berasa stress.
Ada kes yang memenuhi kesemua ciri di atas, ada juga kes kes terpencil di mana bayi membesar dengan baik, dan ibu tidak merasakan sakit.
TONGUE TIE JUGA AKAN MENGGANGGU PERTUTURAN Sekiranya si bayi boleh menyusu dengan bagus walaupun dengan kehadiran tongue tie, pada usianya 2 tahun nanti, mungkin bayi boleh mempunyai masalah pertuturan. Sama ada lewat bercakap, ataupun pelat. Tapi tak semua akan mengalami masalah ini.
PERLU PEKA TENTANG TONGUE TIE Saya seru kepada semua ibu bapa, para nurse, doktor dan PC/LC untuk alert mengenai ini, dan utamakanlah penyusuan susu ibu. Ada yang lebih pentingkan percakapan, dan mahu pantau sehingga bayi sudah 2 tahun. Anda rasa berjayakah si ibu menyusukan anak tersebut kalau tunggu 2 tahun baru check? Saya rasa tak.
TONGUE TIE RELEASE PROSEDUR RINGKAS TAPI BESAR IMPAKNYA KEPADA SI ANAK
Apa yang boleh dilakukan sekiranya anak anda ada tongue tie? Lakukan procedure ‘tongue tie release’. Ia adalah prosedur yang sangat simple, tapi efeknya sangat besar.
Saya galakkan untuk lakukan prosedur ini secepat mungkin, kerana kita tak mahu keadaan ini menganggu pertumbuhan anak. Tapi sekiranya masalah ini dikesan setelah 4 bulan pun, masih tidak terlambat untuk dibuat.
Biasanya LC/PC akan check dan sarankan penyelesaian sekiranya memang masalah penyusuan adalah disebabkan tongue tie.
Sumber: Dr. Aimi Jaafar
Kaunselor Laktasi & Pegawai Perubatan
Klinik Taqwa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...