Cara pujukan bayi menangis paling popular dan konvensional adalah mendukungnya.  Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayah. Tahukah anda, ketika mendukung anak, kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tenang dan rilek.

Cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak. Antara sebab tersebut adalah:

a. Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.

b. Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.

c. Mendukung bayi secara vertikal boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)

Cara Dukung Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi. Bukan Setakat Untuk Menenangkan Anak

IKLAN

Ini tip mendukung bayi yang betul

1. Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, keadaan tali dan pendukungnya mestilah selamat kepada bayi.

2. Ibu mestilah boleh memeluk dan mencium bayi.

IKLAN

3. Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.

4. Anda mesti boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.

5. Wajah bayi juga mestilah melihat ke atas bukan ke bawah.

IKLAN

6. Posisi kepala bayi mesti hampir dengan dagu ibu. JIka terlalu bawah ia bermakna salah posisi.

7. Jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.

8. Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.

9. Anda mestilah memastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI