Cara Frozen Stok Sayur Macam Aiskrim Malaysia. Tak Lebam & Tahan Lama!

Share

Bahan asas memasak antara stok penting yang perlu ada di dapur. Jika terasa nak masak sesuatu, tak perlu fikir panjang dan keluar berulang kali semata-mata untuk membeli. Tambah pula bila ada anak kecil, pengurusan masa tu penting.

Sebenarnya banyak petua yang boleh memudahkan kerja-kerja memasak ibu tanpa perlu ambil masa lama di dapur. Antaranya cara nak membuat bahan kisar supaya tahan lama, penyimpanan stok barang dalam peti sejuk dan pelbagai lagi.

Kali ini perkongsian daripada Dae Sakura melalui MAHN sangat bermanfaat terutama untuk ibu-ibu yang ingin buat stok simpan bunga kantan. Kaedah ini juga boleh dibuat untuk membekukan petai, daun sup dan pelbagai jenis sayuran lain lagi.

Basuh dulu, potong 4. Masukkan dalam plastik ikut portion masakan kita nanti. Kalau nak guna banyak boleh la letak banyak plastik.

Cara Dae simpan bunga kantan. Kalau bunga kantan tempat korang murah, tak buat gini pun tak pe.. hehehehe.. kat sini mahal sangat

Balik kampung baru ni sempat la mengutip kantan tepi rumah mak. Dapat la sikit. Bawa balik sini. Frozen kan macam aiskrim. Dulu pernah frozenkan bunga kantan ni semata mata. Tak comel dalamnya, sebab nampak lebam. Jadi kita buat macam aiskrim, alhamdulillah elok molek kantan dia.

Masukkan air tapis @ sewaktu dengannya. Nak masak nanti, masukkan je sekali dengan air tu. Air tu Dae letak ngam-ngam bunga kantan ni tenggelam je, ikat betul-betul.

Basuh dulu sesiap, kerat ikut saiz plastik kita. Masukkan dalam plastik ikut portion masakan kita. Letak air bersih (air tapis) ye. Masa nak frozenkan tu. Bila nak masak nanti, masuk je dengan air dia tu.

Sedia nak frozenkan. Boleh la 10x guna. Biasanya guna untuk laksa & asam pedas je ni.

1 plastik ni Dae buat untuk sekali masak untuk family kecil kami. Kalau kebetulan masa tu masak lebih, kita masuklah lebih.

Kredit: Dae Sakura

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy