Terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba untuk hilangkan ketagihan anak-anak terhadap peranti pintar ini. Kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati, kecenderungan kanak-kanak terhadap peranti atau gadget boleh membantutkan proses pembelajaran dan juga menyekat peningkatan tahap fikiran atau daya imaginasi kanak-kanak tersebut. Ia seperti seolah-olah mereka hanya aktif di dunia maya atau eletronik berbanding kanak-kanak yang didedahkan dengan aktivti outdoor yang lebih extreme dan santai.
Ok sebenarnya mudah saja! Ikut cara dibawah ia logik dan masuk akal.
1) Ibu bapa cuba sorok ipad tu dekat tempat yang budak-budak tak boleh capai. Bahasa mudahnya tak terfikir pun tempat itu. Tapi cara ini agak drastik la dan akan berkemungkinan buat anak memberontak. Kalau anda jenis yang tidak kuat, memang pedih telinga dan rasa berkeladak kepala kerana dengar rintihan dan amukan si dia.
2) Janganlah pergi cas Ipad itu sampai penuh! Trik ini boleh cuba walaupun simple tapi berkesan untuk kurangkan waktu optimize mereka mengelamun dengan gadget. Bila sudah habis hayat (bateri) penggunaan, ajaklah anak-anak pergi main di taman atau beriadah. (Pi berbuai sampai pokok sena ker)
3) Hide/unpublish icon Game/youtube. Fungsi ini dekat setting gadget ada! Tapi tak semua, hanya beberapa jenis saja. Kalau tak jumpa boleh guna third party aplication. Cari yang OK. Selalunya kalau rajin google akan jumpa.
4) Anak suka tengok Youtube dgn Ipad?
Ads
Cara ni mudah untuk hilangkan minat mereka menonton kartun yang entah berapa kali dok ulang tu. Asyik-asyik hagemaru/doraemon/boboiboi/upin ipin dan banyak lagi. Bukan tak bagus, tapi jika terlalu lama dan kerap mental atau tumbesaran minda anak akan jadi lemah. Sikap dan perwatakan serta percakapan pun akan terikut-ikut dengan karakter kartun. Paling sedih, sampai jadi Nobita real pun ade! Kalau yang baik, itu bagus. Tapi kebanyakannya banyak yang tidak elok. Contoh ketara ialah anak makin degil atau tak dengar bila kita panggil.
Tukar sign-in emel di youtube
Apa yang perlu dibuat ialah create satu emel baru dan sign-in di youtube (ini kalau kes anak ketagih youtube dan asyik paksa anda bukakan cerita untuk mereka). Kemudian, anda browse cerita-cerita yang lebih baik dan berinformasi seperti learning dan islamic. Search saja sehingga 5-6 jenis. Kalau mahu anak pandai English, cari kartun english. Kemudian bagi diorang main!
Nah sekarang chanel youtube tu akan proses niche-niche atau segmentation rancangan yang sama macam anda cari tu saja. Kalau diorang minta untuk nak tengok kartun biasa tu, sebaiknaya jangan dilayan sangat.Tolong kreatif sikit bagi alasan tu. We are controlling them,Remember!
Ads
5) Berikan mereka pendedahan bermain diluar. Biasanya, jenis anak-anak begini suka pada keadaan luar. Cuma kecenderungan mereka terbantut sebab kita ibu bapa tak banyak masa untuk teman mereka main diluar.
Biarkan mereka main. Pegang batu, debu dan pasir. Berikan mereka sentuhan alam, rumput dan tanah. Biar mereka jejak playground. Jangan cepat melatah kalau mereka jatuh. Biasanya kalau anda tak tegur, diorang tak akan menangis kan..cara ini akan freshkan semula minda anak anda.
Tapi kalau dah kritikal (terlalu lama bersama gadget) mereka akan jadi pasif dan susah hendak melangkah keluar walaupun ke taman permainan. Mungkin malu untuk bergaul. (Kena teman la jawabnyer..tak pun tunggu semua orang dah balik baru boleh main sorang-sorang)
Ads
6) Banyakkan masa berbual dengan anak-anak. Ambil tahu dan lihat kerja sekolah mereka. Anak-anak ni suka kalau kita puji. Jadi reward mereka dengan taktik tarik minat”belajar” . Contoh – “kalau abang/kakak dapat mewarna 3 gambar ni cantik2..mami bawak pi zoo!”
7) Dedahkan anak-anak dengan playgroup. Yang tidak mempunyai ramai adik beradik, boleh ajak anak-anak jiran untuk bermain sekali. Ia di sarankan bagi melatih anak-anak lebih kreatif dan innovatif.
Anak kidal, begini cara ibu nak latih guna tangan kanan, kalau tak berjaya, jangan paksa. Anak anda cenderung mengambil barang dan melakukan pelbagai aktiviti dengan tangan kirinya? Mungkin itu petanda bahawa anak anda kidal.
Anak Kidal, Begini Cara Ibu Nak Latih Guna Tangan Kanan, Kalau Tak Berjaya, Jangan Paksa
Jika anda telah mencuba melatih anak menggunakan tangan kanan, tetapi dia tetap kembali menggunakan tangan kirinya, adalah lebih baik untuk tidak memaksanya berubah. Bagaimanapun, pastikan anda tetap mendampinginya agar dia dapat mahir menggunakan tangan kirinya.
Cara Melatih Anak Menggunakan Tangan Kanan
Kecenderungan anak menjadi kidal boleh dikenali ketika mereka berusia dua tahun. Pada usia ini, kanak-kanak biasanya mula aktif bergerak dan dapat melakukan beberapa aktiviti. Anak kidal biasanya mempunyai tangan kiri yang lebih kuat dan mantap berbanding tangan kanannya, sehingga dia cenderung melakukan segala sesuatu dengan tangan kiri.
Sebagai contoh, dia akan menyuap makanan dengan tangan kiri. Apabila anda memberi sesuatu kepadanya, dia akan mengambilnya dengan tangan kiri secara automatik. Refleks tangan kirinya juga lebih cepat berbanding tangan kanannya. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa anak anda adalah pengguna tangan kiri.
Namun, budaya Timur di Malaysia masih menganggap tidak sopan dan tidak baik menggunakan tangan kiri untuk melakukan segala sesuatu. Oleh itu, anda boleh cuba cara berikut untuk mengubah keadaan anak tersebut:
Letakkan Di Tengah
Cara melatih anak kidal agar dapat mahir menggunakan tangan kanannya adalah dengan meletakkan barang-barang yang biasa dipegangnya dengan tangan kiri, di tengah. Contohnya, letakkan sudu di tengah pinggan, pensil di tengah buku, atau mainan kesayangannya di tengah-tengah. Dengan cara ini, anak dapat terdorong untuk meraihnya dengan tangan kanan.
Berikan Dia Pujian
Jika anak anda berjaya melakukan sesuatu dengan menggunakan tangan kanannya, jangan kedekut untuk memberinya pujian. Anak akan merasa gembira dan bangga jika ibu bapa menghargai usahanya dengan memberi pujian, dan dia akan terdorong untuk mencuba lagi.
Tangan Kanan Untuk Hal Tertentu
Anda juga boleh memberitahu dan mengingatkan anak bahawa ada beberapa perkara tertentu yang perlu dilakukan dengan tangan kanan, seperti bersalaman dengan orang lain, menerima sesuatu daripada orang lain, dan memberi hormat kepada bendera negara.
Cara Mendampingi Anak Kidal
Jika anda sudah cuba melatih anak selama beberapa waktu, tetapi dia tetap kembali menggunakan tangan kirinya, jangan memaksanya lagi. Biarkan dia tetap menggunakan tangan kiri. Namun, kerana kebanyakan aktiviti normal dilakukan dengan tangan kanan, anda tetap perlu mendampingi anak untuk menghadapi perbezaannya ini.
Maklumkan kepada Guru Dan Sekolah
Ibu bapa boleh memberitahu keadaan anak kepada guru-guru dan pihak yang bertanggungjawab di sekolah agar mereka dapat menerima dan menyokong anak yang menggunakan tangan kiri.
Sediakan Kemudahan Untuk Anak Kidal
Untuk menyokong dan memudahkan anak kidal melakukan beberapa aktiviti, ibu bapa perlu menyediakan kemudahan khusus untuk orang kidal, seperti gitar khusus, tetikus (mouse) untuk orang kidal, dan gunting khusus. Anda juga boleh meletakkan barang-barang anak di sebelah kiri.
Tingkatkan Kreativiti Anak
Anak-anak kidal biasanya lebih kreatif berbanding anak yang menggunakan tangan kanan. Ini kerana otak kanan mereka lebih dominan. Anda boleh mengembangkan kreativiti anak dengan cara-cara seperti meminta anak menulis nama mereka secara terbalik (dari kanan ke kiri, bukan dari kiri ke kanan), dan lain-lain. Ini boleh merangsang perkembangan otak kanan anak kidal.
Jadilah Cermin Untuk Anak
Mengajar anak kidal melakukan beberapa aktiviti, seperti mengikat tali kasut, mungkin lebih sukar. Oleh itu, duduklah di sebelah anak dan jadilah cermin baginya, agar anak dapat melihat gerakan tangan ke arah yang betul.
Hari Kidal Sedunia: Menghargai Kepelbagaian Tangan Dominan
Setiap tahun pada 13 Ogos, dunia meraikan Hari Kidal Sedunia untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian tangan dominan dan untuk menghargai orang-orang yang kidal.
Hari ini memberi peluang kepada kita untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh individu kidal dalam dunia yang lebih banyak direka untuk orang yang menggunakan tangan kanan.
Di samping itu, ia juga memberi ruang untuk meraikan keunikan dan kelebihan yang dimiliki oleh golongan ini.
Sejarah Hari Kidal Sedunia
Hari Kidal Sedunia pertama kali diperkenalkan oleh Left-Handers Club pada tahun 1992. Tujuannya adalah untuk mempromosikan kesedaran awam tentang isu yang sering dihadapi oleh orang kidal. Sejak itu, hari ini telah menjadi acara tahunan yang disambut oleh komuniti kidal di seluruh dunia.
Cabaran Yang Dihadapi Oleh Orang Kidal
Dalam dunia yang majoritinya terdiri daripada orang yang menggunakan tangan kanan, orang kidal sering berhadapan dengan pelbagai cabaran. Peralatan seperti gunting, pembuka tin, tetikus komputer, dan juga reka bentuk meja sering kali lebih mesra untuk pengguna tangan kanan. Selain itu, dalam beberapa budaya, masih wujud stigma sosial terhadap penggunaan tangan kiri, terutama dalam aktiviti seperti makan dan menulis.
Walaupun begitu, individu kidal sering kali menunjukkan kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang direka untuk orang tangan kanan. Mereka belajar untuk menggunakan peralatan yang tidak mesra-kidal dan kadangkala perlu berlatih lebih keras untuk mencapai tahap kemahiran yang sama.
Kelebihan Menjadi Kidal
Walaupun terdapat cabaran, kajian menunjukkan bahawa orang kidal mungkin mempunyai beberapa kelebihan yang unik. Antaranya adalah kebolehan untuk berfikir secara lebih kreatif dan lateral, kerana otak kanan mereka lebih dominan. Ini memberi mereka kelebihan dalam bidang seni, muzik, dan juga dalam sukan tertentu seperti tenis dan bola sepak.
Selain itu, beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa orang kidal mungkin lebih baik dalam menyelesaikan masalah dan boleh menjadi lebih fleksibel dalam pemikiran mereka. Dalam sejarah, banyak tokoh terkenal yang kidal, termasuklah Leonardo da Vinci, Albert Einstein, dan Barack Obama, menunjukkan bahawa keunikan ini tidak menghalang seseorang daripada mencapai kejayaan besar.
Cara Menyokong Anak Kidal
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kidal, adalah penting untuk memberikan sokongan dan pemahaman yang sewajarnya. Jangan memaksa anak untuk menggunakan tangan kanan jika mereka lebih selesa dengan tangan kiri. Sediakan peralatan yang sesuai untuk orang kidal, dan beri mereka ruang untuk mengembangkan kreativiti dan kemahiran mereka dengan cara yang semulajadi.
Selain itu, penting juga untuk mendidik masyarakat tentang penerimaan kepelbagaian tangan dominan. Menghapuskan stigma sosial terhadap orang kidal adalah langkah penting untuk mewujudkan dunia yang lebih inklusif.
Hari Kidal Sedunia adalah peluang untuk kita semua menghargai dan meraikan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat kita. Orang kidal mempunyai keunikan dan kekuatan mereka sendiri, dan penting untuk kita semua memberikan sokongan dan pemahaman yang diperlukan untuk mereka berjaya dalam dunia yang kadangkala tidak begitu mesra terhadap mereka.
Dengan meningkatkan kesedaran tentang cabaran dan kelebihan yang dihadapi oleh golongan ini, kita boleh membantu mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan adil untuk semua, tidak kira tangan mana yang lebih dominan. Selamat Hari Kidal Sedunia!
Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad mengakui membesarkan anak pada zaman sekarang tak semudah seperti ibu bapa kita zaman dulu. Dulu ketika usia anak bawah 6 tahun, bermain adalah keutamaan tetapi kini, ia jauh berbeza.
Anak-anak didedahkan dengan kecanggihan teknologi sehingga mereka lupa untuk bersosial sehingga waktu kecil anak dilalui tanpa apa-apa kenangan yang menarik.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Fahrin, sejak menjadi seorang ayah kepada anak lelaki, Khalefa Fahrel yang kini berusia 4 tahun hidupnya semakin lengkap bersama isteri, Elena Eleas.
“Saya cukup bertuah dapat lihat anak membesar depan mata. Lagi-lagi bila isteri yang menjaga dan membesarkan Fahrel. Dia yang begitu bersungguh-sungguh untuk beri yang terbaik buat Fahrel.
“Memandangkan Fahrel adalah buah hati kami, tidak sesekali memanjakannya tanpa sebab. Jika ada yang perlu ditegur, kami tegur. Bagi memberi Fahrel pendedahan dengan dunia luar, ketika usianya 3 tahun setengah, kami dah hantarnya ke sekolah untuk bermain dan bersosial.
“Fokus kami bukan untuk Fahrel belajar tetapi lebih kepada skill komunikasi, sosial dan urus diri. Semua ini untuk kebaikannya,” katanya.
Cabaran anak sekarang gajet
Menyedari gajet antara yang jadi keutamaan anak-anak zaman sekarang, Fahrin menganggap ia cabaran besar ibu bapa hari ini. Bagi saya, penggunaan gajet harus terkawal. Jika terlebih risau anak susah fokus.
Mungkin ada yang beranggapan, terlalu awal hantar ke sekolah tetapi saya dan isteri mempunyai pandangan tersendiri. Kami tak memaksa tetapi nak Fahrel enjoy dengan kawan-kawan.
Memang kita harapkan anak pandai membaca, mengira, menulis dari awal, tetapi itu semua bukan jaminan. Pembelajaran tak langsung dari ibu bapa itu sendiri yang akan banyak membantu meningkatkan potensi diri anak.
Ajar anak melalui teladan
Lagi satu Fahrin dan isteri sentiasa titikberatkan, anak belajar dari pemerhatian. Apa yang kita tunjuk, buat depan anak semua itu akan di simpan dalam memorinya dan akan diikut bila mereka besar.
Begitu juga bab marah, jangan sampai beri trauma pada anak. Bertegas boleh tapi bertempat.
Contohnya, walaupun Fahrel manja dengan ibunya, tak bermakna apa yang dia nak boleh dapat dengan mudah. Biar anak tahu nak dapatkan sesuatu kena ada usaha.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cerdiknya bila Arif sudah boleh menghafal beberapa info penting tentang agama. Ternyata didikan awal daripada ibunya, Tya Ariffin sangat berbaloi.
Comelnya Arif Jiwa dapat menghafal beberapa perkara penting seperti nama tuhan ialah Allah, agama iaitu Islam, kiblat iaitu Kaabah & kitab ialah Al-Quran. Arif yang bakal menyambut ulang tahun kedua pada 31 Mac ini mungkin terlalu muda untu memahaminya tetapi perkara ini akan terus terpahat dalam memori.
Video Arif menjawab beberapa soalan dari ibunya dimuat naik di Instagram bersama kapsyen “Hafalan baru dari Ibu sebelum tidoo.”
Ia mungkin turut dilakukan oleh ibu bapa lain juga. Semoga semuanya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Para peminat Arif memberikan reaksi terharu dengan hafalannya itu. Tidak kurang juga yang mengatakan ia cute. Namun masing-masing mendoakan semoga Arif menjadi anak yang soleh dan beriman.