Cara Masak Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Kuah Pekat Tapi Tak Guna Sos, Sedap Sungguh!

Share

Bukan sahaja kenduri, menjelang Ramadan dan Hari Raya, resipi Ayam Masak Merah antara menu pembangkit selera yang wajib ada. Lari dari kebiasaan, kali ini apa kata anda cuba masak Ayam Masak Merah tanpa sos cili pula.

Tanpa sos cili pun, kuah jadi pekat dan rasanya cukup sedap seperti hidangan kenduri yang sedap. Nak tahu macam mana caranya? Ikut perkongsian resipi Noor Haidah Md Said.


Ayam masak merah cara kenduri kahwin. Belajar dengan arwah mak dulu. Banyak kali dah buat, tetap tak sama rasa dengan yang arwah mak masak. Bersyukurlah sapa yg masih ada mak.

Bahan-bahan:
Ayam seekor -gaul garam kunyit dan goreng dulu, jangan garing sangat

Bahan blend:
Cili kering 2 genggam, akak campur dengan cili kering tak pedas (rebus dulu )
Bwg besar 1 stgh biji
Bwg putih 6-7 ulas
Halia setengah ibu jari
Belacan setengah ibu jari
Buah tomato size besar 2 biji

Bahan tumis:
Tiga sekawan
Bwg besar sebiji hiris
Serai 1-2 btg -titik kan
Daun pandan 4-5 helai -kerat atau simpul (wajib ada)

Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu, kemudian tuangkan bahan blend.

Tumis hingga bahan-bahan menggaring dan pecah minyak. Lepas dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair.

Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat. Dah cukup rasa dan sebati, last masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawangg besar.

Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.

Siap untuk dihidangkan.

Silakan Mencuba!

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM