Hidangan seperti bihun mungkin sudah terbiasa bagi anak-anak kita. Apa kata kali ini kita cuba kelainan dengan menghidangkan bakso pula untuk anak-anak.
Resipi bakso simple tapi sedap menyengat perkongsian Nor Asiah ini mama wajib cuba. Sedap!
Bakso tengahari ni. Saya pandai makan bakso masa pergi Medan, Indonesia. Sebelum tu tak makan, anak-anak pun ikut suka makan bakso. Tapi area rumah payah jumpa yang kena dengan citarasa. Kalau terasa nak makan bakso saya akan buat sendiri.
Suun saya beli kat kedai aceh dekat umah..Dia cakap suun madura, rasanya dia cakap. Lama dah beli, saya suka buat stok. Bebola saya beli dengan kawan, bukan homemade.
Bumbu ada banyak brand tapi haritu ada brand ni ja kat kedai aceh. Ada masako dan Rayco.
Bahan-bahan:
Tulang lembu -rebus bersama daun bawang 2 pokok
Bahan tumis:
7 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 sudu teh lada putih
1 pokok daun bawang
(Tumbuk semua bahan hingga lumat)
Ads
Rebus tulang lembu bersama daun bawang hingga empuk.
Bila dah empuk, masukkan sedikit garam dan bahan perasa. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan perang. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Masukkan sepeket bumbu kuah bakso dalam rebusan tulang. Biarkan masak selama 10 minit.
Ads
Selepas 10 minit, masukkan bahan tumis yang siap digoreng tadi ke dalam kuah dan masak selama 5 minit.
Tutup tudung periuk dan api kemudian hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
Bahan cili:
6 bj cili besar
5 bj cili kecil
5 bj bawang putih
Ads
Rebus semua bahan di atas hingga layu. Angkat dan toskan.
Blend dengan sedikit air. Bila dah hancur, masak bahan blend dengan sedikit minyak, gula melaka, garam dan sedikit perasa.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut aiskrim je, pasti anak-anak suka. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni musim panas, sedaplah dijadikan sebagai penyejuk tekak. Tak mahu beli, buat sendiri pun boleh. Asalajn rajin je.
Nak cuba resipi aiskrim Nutella Homemade 3 Bahan, boleh buat ikut resipi Fairuz Abu Hassan ni.
Mudah sangat dan sedap pula tu. Cuma rajin tak rajin je.
RESEPI AISKRIM NUTELLA HOMEMADE 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
▪️Nutella
▪️Susu pekat 1 tin
▪️Susu cair 1 tin
CARA-CARANYA
– Masak susu pekat dengan susu cair, campur 3 tin air. Biarkan sehingga mendidih. Ikut citarasa sendiri, nak rasa manis lagi boleh tambah gula.
– Bila susu dah mendidih, biarkan sejuk.
– Isi nutella dalam plastik aiskrim.
– Ambil susu tadi, isi dalam plastik aiskrim. Ikat simpul. Siap! Masuk dalam peti ais beku. Tunggu beku dulu, baru makan tau!
**Boleh la buat kudapan untuk anak-anak ya. Di waktu PKP ni kan banyak masa terluang. Boleh jugak buat aktiviti ni dengan anak-anak. Tak adalah asyik mengadap gajet je kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Apam nasi sememangnya sering menjadi pilihan untuk sajian keluarga. Mana tidaknya, bukan sahaja kita dewasa dapat menikmatinya, anak-anak pun cukup sukakan apam dek kerana strukturnya lembut dan gebu. Buat anak senang nak makan.
Nak tarik perhatian anak, jom cuba resipi apam nasi mudah ni. Cukup senang!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut florentine campuran pelbagai jenis kekacang adalah kudapan/biskut kekacang yang sangat rangup dan sangat mudah cara membuatnya. Masa penyediaan lebih kurang 15 minit ikut kepanasan oven masing-masing.
Sebenarnya biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Kalau beli biskut ini agak mahal. Jika anak-anak pun suka ada baiknya buat sendiri.
Walaupun modal nak buat biskut ni agak besar berbanding biskut lain, tapi sangat menguntungkan bila dah siap. Cara buatnya pun senang tak perlu nak uli. Cuma gaul semua jenis kekacang dengan tepung florenta dan bakar.
Perkongsian melalui FB Haslina Binti Hamid melalui MAHN boleh membantu ibu yang masih belum tahu lagi cara nak membuat biskut ni.
Resipi ni boleh menggunakan paper cup yang jenis licin di dalamnya. Barulah tak melekat bila dah masak. Setiap sukatan yang nak dimasukkan ke dalam paper cup kena sama. Contoh jika satu sudu semua kena letak satu sudu sampailah habis.
Jika rasa renyah, boleh letakkan terus dalam tray-lambak-bakar-potong dengan pisau masa panas-panas-siap!! cepat sikit habis, cepat siap! Terpulang pada anda suka yang jenis macam mana ya.
Gaul semua sekali, boleh la masuk cup @ loyang(kalau loyang kena alas baking paper eh, senang nak angkat panas-panas lepas keluar oven & terus potong sebelum ia keras).
Bagi yang gunakan paper cup tunggu sejuk sikit baru tolakkan biskut tu dari bawah ke atas. Barulah simpan dalam botol ya.
Bakar suhu ikut oven masing-masing. Sis punya oven 150 selama 15minit.. alaaa.. Agak-agak dah kuning tu, dah masak la tu.