Cara Masak Nasi Lemak Tanpa Santan, Masuk Bahan Rahsia Ni. Padu Habis!

Share

Setiap kali masak nasi lemak, pasti santanlah yang dicari dahulu. Nak masak nasi lemak boleh tertangguh gara-gara santan tidak ada. Tak perlu risau.

Apa kata kita cuba masak nasi lemak tanpa santan pula tapi cukup lemak. Macam mana? Jom ikuti perkongsian pengguna Tik Tik @azuera133 ini. Memang terbaik.


Bahan tumis:
Bawang merah
Halia
Buah keras
4 sekawan

Kisarkan bahan di atas dan tumiskan bahan kisar dan 4 sekawan sampai naik bau.

Kemudian masukkan bahan rahsia iaitu kerisik. Tak banyak pun tak apa, sedang-sedang sahaja.

Yang inilah akan hasilkan santan. Masak sekejap sampai sebati. Tutup api.

Masuk bahan tumis dalam periuk nasi dan masak nasi macam biasa.

Letak garam, aji nomoto dan daun pandan.

Siap, nampak sedap!

 

@azuera133 Reply to @masmaawar ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM