Siapa yang melahirkan anak pada tahun 2018 dan sudah memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50?

Kalau masih ada ibu bapa yang belum membuat permohonan ini, jangan lepaskan peluang ini kerana anak anda juga berpeluang mendapat insentif RM200 unit percuma ke dalam akaun mereka.

Apakah Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)?

ADAM50 adalah satu dana baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Objektifnya adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Bayi anda akan mendapat satu akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera dan sebanyak 200 unit percuma akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun.

Dah Buat Pendaftaran ADAM50? Bayi Lahir Tahun 2018 Layak Dapat RM200 Insentif Percuma

Bila Pendaftaran ADAM50 Boleh Dilakukan?

Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi.

Ads

Contohnya, jika anak anda lahir pada 2 Januari 2018, pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Berstatus warganegara Malaysia
  • Salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara Malaysia
  • Ibu/bapa atau Penjaga berumur 18 tahun dan ke atas
  • Penjaga berdaftar tidak diisytiharkan muflis semasa pendaftaran ADAM50 dilakukan
  • Bayi lahir pada atau selepas 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022
  • Pendaftaran mestilah dibuat dalam tempoh setahun selepas kelahiran bayi
  • Pendaftaran dilakukan oleh individu selain ibu atau bapa kepada bayi, mestilah membawa dokumen sokongan seperti surat pertalian darah atau Perintah Mahkamah

Dah Buat Pendaftaran ADAM50? Bayi Lahir Tahun 2018 Layak Dapat RM200 Insentif Percuma

Cara Mendaftar ADAM50

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Kad pengenalanan diri (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima)
  • Dokumen sah sekiranya penjaga berdaftar bukan ibu atau bapa bayi tersebut.

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

Ads
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Bolehkah Menambah Jumlah Pelaburan Dalam Akaun ADAM50?

Ya boleh. Kaedahnya sama sahaja seperti mana-mana akaun pelaburan ASB yang lain sama ada dibuat secara online atau datang berurusan di kaunter-kaunter ejen ASNB atau ejen rasminya di seluruh negara.

Had maksimum pelaburan akaun ADAM50 adalah 50,000 unit.

Dah Buat Pendaftaran ADAM50? Bayi Lahir Tahun 2018 Layak Dapat RM200 Insentif Percuma

Ads

Bolehkah Pelaburan Ini Dikeluarkan Pada Bila-Bila Masa?

Sebarang pelaburan tambahan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Namun, pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh Penjaga Berdaftar akaun tersebut.

Contohnya, sekiranya akaun peserta didaftarkan di bawah nama ibu, hanya ibu sahaja boleh melakukan transaksi pengeluaran.

Bagaimanapun RM200 unit insentif dan semua serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi dari unit ini hanya boleh dikeluarkan selepas usia anak mencapai 18 tahun.

Ini merupakan berita baik kepada semua ibu bapa dan bakal ibu bapa yang telah dan akan mempunyai bayi pada tahun 2018 sehingga 2022. Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran insentif percuma itu kerana tak semua berpeluang mendapatnya!

Sumber: asnb.com.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI