Siapa yang melahirkan anak pada tahun 2018 dan sudah memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50?
Kalau masih ada ibu bapa yang belum membuat permohonan ini, jangan lepaskan peluang ini kerana anak anda juga berpeluang mendapat insentif RM200 unit percuma ke dalam akaun mereka.
ADAM50 adalah satu dana baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
Objektifnya adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.
Bayi anda akan mendapat satu akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera dan sebanyak 200 unit percuma akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun.
Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi.
Contohnya, jika anak anda lahir pada 2 Januari 2018, pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.
Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti berikut:
Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:
Ya boleh. Kaedahnya sama sahaja seperti mana-mana akaun pelaburan ASB yang lain sama ada dibuat secara online atau datang berurusan di kaunter-kaunter ejen ASNB atau ejen rasminya di seluruh negara.
Had maksimum pelaburan akaun ADAM50 adalah 50,000 unit.
Sebarang pelaburan tambahan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Namun, pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh Penjaga Berdaftar akaun tersebut.
Contohnya, sekiranya akaun peserta didaftarkan di bawah nama ibu, hanya ibu sahaja boleh melakukan transaksi pengeluaran.
Bagaimanapun RM200 unit insentif dan semua serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi dari unit ini hanya boleh dikeluarkan selepas usia anak mencapai 18 tahun.
Ini merupakan berita baik kepada semua ibu bapa dan bakal ibu bapa yang telah dan akan mempunyai bayi pada tahun 2018 sehingga 2022. Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran insentif percuma itu kerana tak semua berpeluang mendapatnya!
Sumber: asnb.com.my