Tentunya ibu bapa yang mempunyai anak ingin mengetahui cara untuk meningkatkan imun badan anak. Ini kerana biasanya anak anda tentu tidak terlepas terkena demam, selesema atau batuk. Salah makan sikit, mesti kena demam atau batuk. Tentu tak tidur malam mama atau papa dibuatnya. Risau suhu badan mendadak naik waktu lewat malam. Namun, kini ada berita gembira buat anda, untuk meningkatkan sistem imun anak.

Melalui pengambilan pemakanan yang betul dan seimbang, akan menghasilkan sistem pertahanan badan yang kuat supaya dapat ‘melawan’ bakteria dan kuman yang menjadi penggalak kepada jangkitan penyakit kepada si manja anda.

Untuk mencegah daripada masalah kesihatan anak, amalan diet yang betul dapat membantu meningkatkan sistem daya imun anak.

Ikuti 5 tip ini untuk meningkatkan imun anak anda.

1.Minum air

IKLAN

Galak anak anda untuk minum air putih. Ini keranan badan manusia memerlukan 70% air untuk memastikan kelancaran sistem saraf badan. Ia termasuk juga kelancaran pembuangan air besar. Jika anak anda menghadapi kekerapan untuk membuang air besar, ia boleh menjejaskan sistem imun anak anda. Berikan air putih sebagai pilihan pertama anak anda. Ganti minuman gas dan kafein dengan jus buah segar yang tiada pemanis tiruan.

2.Buah-buahan dan sayur-sayuran segar

Anugerah alam semula jadi yang mengandungi banyak vitamin C dan antioksida yang boleh menggalakkan imun anak anda. Membeli mesin jus adalah satu pelaburan yang baik bagi menghidangkan jus buah-buahan segar kepadanya. Antara buah yang mengandungi banyak nutrient ialah pisang, betik, tembikau, strawberi, beri biru dan buahbuahan sitrus. Brokoli, tomato, bayam dan ubi keledek adalah sumber makanan yang baik. Bawang putih mentah adalah satu lagi hidangan yang dikatakan mampu sistem imun.  Sayur-sayuran seperti lobak dan labu mengandungi karotena yang meningkatkan pengeluaran sel-sel darah warna putih yang mengelak jangkitan penyakit.

IKLAN

3.Makan ikan

Sudah berabad-abad lamanya ramai ibu bapa memberikan anak mereka minyak ikan setiap hari. Namun mereka menyedari keperluan sebenarnya, apa yang mereka tahu ia mampu memberikan perlindungan kesihatan kepada anak-anak mereka. Kini kita sudah tahu bahawa ikan segar atau dibekukan seperti salmon, ikan tenggiri dan hering yang mengandungi Omega 3 lemak. Ia boleh merangsang sistem imun.

4.Makan jenis berbiji

IKLAN

Bunga matahari dan labu adalah sangat baik untuk nutrien anak anda. Jika anak anda seorang yang cerewet makan, taburkan serbuk makanan jenis biji ini ke atas makanannya.

5.Makanan tambahan

Minyak ikan, vitamin C dan vitamin D sama ada dalam bentuk tablet dan kapsul untuk memastikan kesihatan dan diet yang seimbang untuk anak anda. Ia penting untuk memastikan anak anda tidak mengalami sebarang jangkitan. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan dos pengambilan yang betul untuk anak anda.

Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI