Ibu bapa tentu risau sekiranya si kecil mempunyai berat badan yang terlalu kurus hingga kurang daripada garisan normal dalam carta pertumbuhan kanak-kanak.

Perlu diingat ada bermacam faktor yang mempengaruhi perkembangan berat badan anak sama ada terlalu kurus atau terlalu gemuk seperti genetik dan selera makan anak itu sendiri.

Menurut Stephen R. Daniels, Profesor Pediatrik di Children’s Hospital Medical Centre Cincinnati, berat badan anak sangat dinamik dan boleh berubah seiring perkembangannya.

Dalam usaha untuk menambahkan berat badan si kecil, ibu perlu melakukan beberapa langkah ini secara konsisten.

Cara Menyediakan Menu Mudah Untuk Menambah Berat Badan Si Kecil Yang Terlalu Kurus

  • Makan mengikut jadual secara konsisten. Dengan mempunyai jadual makan yang teratur, ia membantu menambah berat badan anak secara sihat.
  • Pilih makanan mempunyai kalori yang tinggi. Jadi ibu kena tahu apa jenis makanan yang boleh membekalkan tenaga dan kalori yang banyak kepada si kecil yang kurus.
  • Minum jus buah dan susu rendah lemak. Bagi membantu mempercepatkan penambahan berat badannya, kerap bagi anak minum jus buah (buat sendiri lagi bagus sebab tiada gula) atau susu rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan tinggi kalori seperti avokado atau pisang. Boleh juga tambah dengan kekacang seperti badam yang tinggi kandungan lemak sihatnya.

Ini adalah cara mudah untuk menambah tenaga dalam makanan agar berat badan anak anda cepat meningkat yang dikongsi oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

IKLAN

Bahan asas

Cara Menyediakan Menu Mudah Untuk Menambah Berat Badan Si Kecil Yang Terlalu Kurus

Nasi/Bubur Nasi perlu ditambah ikan/daging/ayam dan digaul dengan sedikit minyak/mentega tanpa garam.

Roti perlu ditambah mentega/mentega kacang/keju atau dicelup telur dan digoreng atau dicelup dalam susu.

Cara Menyediakan Menu Mudah Untuk Menambah Berat Badan Si Kecil Yang Terlalu Kurus

IKLAN

Biskut tawar disapu mentega/mentega kacang/keju

Cara memasak untuk kanak-kanak yang kurang berat badan juga perlu diubah supaya ia dapat membantu penambahan tenaga dan protein dalam badannya.

  1. Jika menyediakan menu menggunakan tepung gandum sebaiknya ditambah mentega, susu, telur, sayur atau ditambah telur, susu dan ikan bilis untuk dijadikan cucur goreng.

2. Penggunaan pelbagai jenis ubi-ubian hendaklah dimasak secara goreng dengan minyak atau mentega. Boleh juga direbus dan dimakan Bersama ikan/mentega/madu. Selain itu ibu juga boleh pelbagaikan masakan termasuk dibuat pengat yang dicampur dengan susu.

3. Telur memang tinggi kandungan protein dan bagus diambil setiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Anda boleh menggorengnya dengan minyak atau mentega.

IKLAN

Cara Menyediakan Menu Mudah Untuk Menambah Berat Badan Si Kecil Yang Terlalu Kurus

4. Kekacang juga membantu untuk menambah tenaga dalam badan kanak-kanak yang kurang berat badan. Cara penyediaannya sama ada digoreng dengan minyak atau metega, dibuat bubur yang dicampur susu, dibuat kuih seperti kacang hijau, dibuat rempeyek menggunakan kacang tanah atau kacang dal.

5. Jika menyediakan minuman susu untuk anak yang kurus, bolehlah ditambah sedikit gula atau serbuk coklat.

Apa yang penting ibu kena konsisten dan bersabar dalam usaha untuk menaikkan berat badan anak. Jangan mudah berputus asa terutama bila berhadapan dengan kerenah anak yang cerewet atau menolak terus makanan yang dihidangkan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI