Siapa tak nak kalau ada cara mudah banyakkan susu ibu tanpa keluar banyak duit! Siapa yang bergelar ibu menyusu mesti sangat suka bila ada orang kongsi tip membanyakkan susu ibu. Dalam fikiran sentiasa nak cari maklumat bagi memastikan bekalan susu ibu cukup untuk si manja. Bimbangnya kalau susu berkurangan. Sudahnya ramai ibu yang terjebak mencuba pelbagai ‘milkbooster’ yang ada di pasaran.
Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam facebook beliau sangat berguna untuk panduan kepada yang baru bergelar ibu. Semoga bermanfaat!
Ramai yang bertanyakan kepada saya tips memperbanyakkan susu ibu. Bagi saya cara terbaik untuk memperbanyakkan susu ibu ialah dengan mengetahui teknik berasaskan fisiologi bagaimana susu ibu dikeluarkan.
Kebanyakan suplemen hanya dapat membantu, tetapi bukanlah satu kemestian dapat memperbanyakkan susu.
Secara mudah ingatlah tiga B dalam teknik penyusuan susu ibu, iaitu breast (payudara), bayi (baby), dan otak (brain).
Untuk meningkatkan bekalan susu, payudara memerlukan lebih banyak rangsangan (berbentuk isapan) daripada bayi dan ini kan menggalakkan otak mengeluarkan hormon yang menggalakkan pengeluaran susu.
Ikutilah tips membanyakkan susu ibu di wall saya.
Ads
TIP MEMBANYAKKAN SUSU
KERAP BERIKAN SUSU PADA BAYI SEJAK MULA DILAHIRKAN
Menyusukan bayi sekurang-kurangnya setiap dua jam pada siang hari untuk membantu meningkatkan bekalan susu. Jika bayi kita telah tidur melebihi dua jam, bangunkan dia untuk diberi susu.
Di waktu malam, berikan susu sekurang-kurangnya sekali di tengah malam, terutama jika bayi kita telah tidur lebih daripada empat atau lima jam pada waktu malam.
Ads
Memberikan susu dengan kerap akan merangsangkan otak mengeluarkan hormon oxytocin. Hormon yang rendah akan mengurangkan pengeluaran susu.
Untuk mendapatkan bekalan susu ibu berterusan, perlu berikan susu ibu pada bayi supaya isapan puting akan merangsangkan pengeluaran hormon berterusan, seterusnya susu yang banyak dan berterusan.
MEMBERIKAN SUSU DENGAN MASA YANG LEBIH LAMA
Salah satu cara untuk meningkatkan bekalan susu ialah dengan tidak menghadkan tempoh penyusuan bayi kita. Maknanya kita akan berikan susu selama bayi menghendakinya.
Ads
Jika dalam tempuh itu, susu sudah tiada lagi dan bayi masih mengisapnya, biarkan dulu. Ini Isapanpada puting akan merangsangkan otak kita mengeluarkan hormon oxytocin, untuk memberitahu bahawa payudara yang kosong harus diisi semula.
Selain itu susu yang keluar di akhir penyusuan itu selalunya mengandungi lemak yang banyak, berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat permulaan.
Pada peringkat permulaan, susu badan mengandungi lebih banyak air dan kurang lemak, berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat akhir yang banyak lemak, lebih pekat dan kurang air.
Susu yang banyak air akan membuatkan bayi berasa kenyang tetapi susu yang banyak lemak akan membuatkan bayi cepat membesar.
Jadi berikan susu pada sebelah payudara sehingga ia benar-benar kosong sebelum beralih ke sebelah yang lain.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama jangan stres bila bayi suka menyusu sebelah payudara sahaja. Mama tentu rasa tak selesa, lenguh bila posisi penyusuan tidak boleh ditukar kepada satu lagi payudara. Bila diberi yang sebelah sana, bayi menyusu tidak lama dan sekiranya dipaksa juga akan bayi akan menangis tanda protes!
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap cabaran itu pasti ada penyelesaiannya. Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari.
5 TIP BANTU BAYI ATASI MASALAH MENYUSU SEBELAH PAYUDARA SAHAJA
Rita mencadangkan lima cara untuk mengatasi masalah ini;
#1 SUSUKAN KETIKA DIA SEDANG MENGANTUK
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.?
#2 MULAKAN PADA PAYUDARA YANG TIDAK DIGEMARI
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain?
#3 SUASANA SELESA
Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).
#4 GERAKAN
Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.?
#5 URUTAN
Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang perlahan aliran susunya. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.
Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang perlahan alirannya, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
SABAR DAN GIGIH
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perlu diketahui, ibu yang nak menceraikan puting kosong pada anak boleh mula lakukan sebelum usia anak setahun kerana ia lebih berkesan dan tak jadi tabiat.
Adalah baik jika anda menghadkan penggunaan puting kosong oleh bayi anda apabila dia sekitar usia enam bulan dan anda harus cuba menghentikannya sama sekali menjelang usia satu tahun.
Mungkin permulaan rasa susah, apabila anda berhadapan dengan bayi yang meragam, untuk tidak memberikan dia puting sebab ramai bayi menggunakan lain-lain objek pengikatan diri juga, seperti ibu jari dan selimut penenang, sampai ke usia dua tahun atau lebih dari itu.
Kadangkala orang mendapati lebih senang untuk menghentikan penggunaan puting kosong jika bayi sudah memahami sebab-sebab puting tidak diberi kepadanya, atau mengadakan peraturan tentang masa-masa puting dibenarkan, atau diberitahu sebab-sebab mengapa puting dilarang semasa di luar rumah.
Apabila hendak menceraikan bayi dari puting kosong, sebagai permulaan adalah baik untuk menghadkan penggunaan puting untuk masa tidur sahaja, dengan menarik kembali puting itu apabila bayi sudah tertidur.
Ini memastikan dia tidak mencari-cari puting apabila terbangun dari tidur dan sedar dia tidak boleh bergantung kepada puting untuk membantunya tidur kembali.
Satu dari keburukan penggunaan puting kosong ialah ia boleh menyebabkan masalah apabila gigi bayi sedang tumbuh. Ia juga boleh menjejaskan perkembangan kemahiran bertutur bagi bayi bertatih.
Jika anak anda baru mula belajar bercakap, pastikan anda mengambil puting darinya apabila dia hendak menutur kata dan galakkan dia menggunakan perkataan dan bukan menggunakan jari tangan untuk menunjuk-nunjuk.
Infeksi telinga juga bertambah dengan penggunaan puting sebab bakteria boleh bergerak dari mulut ke tiub Eustachia (saluran kecil antara telinga dan tekak). Ini satu sebab puting kosong perlu dicuci dengan rapi dan disterilkan secara kerap.
Sumber: www.babycenter.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila dilanda demam, ada segelintir ibu menyusu mengambil keputusan untuk tidak menyusukan bayi sedangkan tindakan itu salah! Perbetulkan ia dan terus susukan bayi demi kesihatannya juga.
Sebagai manusia, kita kadang kala diserang demam apabila suhu badan meningkat melebihi 37.5 °C. Ramai yang keliru dan risau apabila demam kerana bimbang ia membawa kemudaratan kepada bayi jika dia terus disusukan. Ketahuilah, ramai pakar perubatan menegaskan penyusuan susu ibu harus diteruskan walaupun anda demam!
Apabila demam biasa dan hanya mengalami selesema, sakit tekak dan batuk, anda sangat digalakkan untuk terus menyusukan bayi kerana ia tidak memberi kesan kepada anak yang disusukan itu. Doktor berpendapat bahawa menyekat penyusuan susu ibu sewaktu diri mengalami demam biasa boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana dia tidak mendapat perlindungan daripada susu ibu.
Jadi, apa lagi! Terus susukan anak anda kerana susu ibu memberikan perlindungan kepadanya daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan anda demam. Hal ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman.
Ketahui juga bahawa apabila anda demam, terdapat reaksi imunologi iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami. Dengannya, antibodi dapat disalurkan menerusi susu ibu. Antara reaksi imunologi yang berlaku ialah:
Meningkatkan pergerakan leukocytes.
Menggalakkan sel darah putih memusnahkan kuman.
Mengurangkan kesan toksin.
Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells).
Jaga kebersihan diri
Dalam pada itu, anda sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan bayi dijangkiti. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mencuci tangan sekerap mungkin dan mengelakkan batuk atau bersin secara langsung ke muka bayi.
Sementara itu, semasa mendapatkan rawatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa sedang menyusukan anak. Hal ini penting supaya doktor berkenaan dapat membekalkan ubat-ubat yang selamat untuk penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!