Ada bermacam cara mudah untuk buat milkbooster sendiri bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi dan nak menambahkan susu badan. Walaupun penghasilan susu ibu akan terus kekal ada selagi mana bayi menghisap tetapi tak salah kalau ibu nak mengamalkan pengambilan milkbooster yang dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan berkhasiat.

Sesetengah pendapat daripada mereka yang pakar tentang ilmu penyusuan mengatakan tak perlu ibu menyusu mengambil sebarang milkbooster yang ada di jual di pasaran kerana mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sudah mampu membuatkan susu badan cukup untuk bayi.

Tapi kalau minuman tersebut dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan yang diketahui sebagai milkbooster semula jadi untuk ibu-ibu menyusu dan bagus pula untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat maka apa salahnya kita cuba buat. Ia sesuai diminum semasa dalam pantang dan ketika masih menyusukan anak. Tapi kalau selepas itu nak teruskan amalkan minuman ni pun tak ada masalah.

Perkongsian resipi minuman tambah susu yang dikongsi oleh seorang ibu, Mardziah Abdul Rahman yang mengamalkan minuman tersebut sekeluarga boleh dicuba oleh ibu-ibu lain. Mana tahu serasi dengan anda, lepas ni bertambahlah penghasilan susu ibu terutama kalau agak berkurangan sebelum ini. Selamat mencuba.

IKLAN

Petang-petang yang santai ni nak share minuman yang saya amalkan especially time pantang dan breastfeed.
Sangat sesuai untuk mommies yang tengah breastfeed untuk tambah susu badan, nak kulit cantik dan nak sihat.

Bahan-bahan

Cara Mudah Buat Milkbooster Sendiri. Lebih Sedap, Berkhasiat Tak Perlu Beli Lagi
1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya

IKLAN

Cara membuat

Cara Mudah Buat Milkbooster Sendiri. Lebih Sedap, Berkhasiat Tak Perlu Beli Lagi
Rebus semuanya sampai kembang. Saya tak letak gula sebab kurma tu dah manis kan. Tapi kalau nak manis lagi, boleh tambah gula batu madu.

IKLAN

Cara Mudah Buat Milkbooster Sendiri. Lebih Sedap, Berkhasiat Tak Perlu Beli Lagi

Tong sum aka dong shen ni sangat bagus untuk kulit. Yang saya tau, ini sumber kolagen paling murah. So, tak dapat makan bird nest atau marine collagen, boleh rebus minuman ni. Saya saja tambah barli untuk reduce heat badan di kala musim panas ni. Boleh diminum seisi keluarga

Sumber: Mardziah Abdul Rahman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI