Ada anak kecil tak sah kalau tak berlaku tumpahan air, susu dan juga makanan. Tambah lagi bila dalam kereta yang bergerak, nak kawal keadaan ini agak sukar. Jadi bila kusyen kereta jenis fabrik, kesan tumpahan itu lama kelamaan akan jadi ‘berpeta’ dan kita pun sakit mata bila melihatnya.
Kadang bila orang tumpang kereta kita pun serba salah dan segan. Jadi nak tak nak terpaksa ambil alternatif menggunakan khidmat mencuci kusyen kereta. Namun kosnya agak mahal juga kalau buat untuk sebuah kereta.
ARTIKEL MENARIK [Rahsia Telur Dadar Crispy Macam Kat Kedai, Tambah Bahan Ni Je. Confirm Jadi!]
[Cara Set ‘Restriction Mode’ Di Youtube. Boleh Kawal Penggunaan Gajet Untuk Anak]
Bagi yang ingin jimat bajet boleh cuba bersihkan sendiri peta dunia pada kusyen kereta. Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja!
Langkah Mudah Mencuci Seat Kereta
1. Buat chemical sendiri
Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Bunyi macam susah kan? Padahal senang je. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.
2. Sembur
Masukkan campuran chemical anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari seat.
3. Gosok guna berus lembut
Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai).
4. Lap dan bilas
Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
5. Guna tuala microfiber
Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.
KOS:
Sabun basuh pinggan (percuma, curi kat dapur)
Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
Berus lembut (RM5)
Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
Microfiber towel (RM10)
INFO
Setiap seat berbeza pengeluar dan material, so kesan tak akan sama. Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya.
Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang dikhaskan.
Kredit: Cleaning Assassin / akakpesan.com