Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat. Tapi anak susah nak buat, malah tidak mengendahkannya. Di mana silapnya?
Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut-nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanakan dengan cepat. Natijahnya, anak hanya akan buat bila ditakut-takutkan, dan sampai bila kita mampu untuk menakutkan mereka?
Menurut kaunselor, Puan Farhan menyatakan penting bagi kita untuk mewujudkan rasa suka dan seronok kepada perkara yang dilakukan oleh anak.
MENAKUTKAN MEMBERI KESAN KURANG BAIK
Menanam rasa suka, cinta dalam diri anak-Menggerakkan anak melakukan sesuatu tanpa menakutkan mereka. Pada suatu hari, Amira tidak mahu makan sayur dan ibunya berkata
“Kalau kamu tidak makan sayur, nanti hantu sayur akan datang gigit kamu”
Dengan perasaan takut anak ini makan juga sayur yang di masak oleh ibunya kerana takut pada hantu.
Si ibu berasa puas hati kerana berjaya membuatkan anaknya makan sayur.
Namun, kalau kita renungkan kembali. Adakah cara ini baik untuk anak anak?
Setiap kali mereka tidak mahu berbuat sesuatu kita takutkan mereka agar mereka menjadi lemah dan segera tunduk kepada kita.
Benar, cara ini memang berkesan. Namun, kesannya sangat tidak bagus untuk anak anak.
JANGAN GERAKKAN ANAK DENGAN PERASAAN TAKUT
Mengapa kita perlu sentiasa menakutkan anak. Dalam menyuruh anak melakukan sesuatu perkara, jangan gerakkan anak dengan perasaan takut. Sebaliknya, usahakan untuk menanam rasa suka dan cinta kepada perkara itu. Itu lebih baik kerana anak itu akan digerakkan dengan motivasi yang terbit dalam dirinya sendiri.
Ads
Contoh:
Anak anda suka menyepahkan rumah. Anda mahu anak anak mengemas rumah. Bagaimana caranya?
Sebelum ini viral post yang ibu menakutkan anaknya dengan memakai kostum dan menyama menjadi satu makhluk agar anaknya takut dan tidak menyepahkan rumah lagi.
Tetapi, saya terfikir satu hal, adakah setiap kali kita mahu anak berbuat sesuatu kita harus takutkan mereka?
Tidak bolehkah kita tanamkan rasa suka mengemas rumah dalam diri anak anak?
Buat satu permainan siapa cepat kutip sampah dia akan menang.
Buat pertandingan bilik paling bersih
Beri tugas kecil kepada setiap anak
WUJUDKAN RASA SERONOK
Usaha untuk buat sesuatu yang akan menanam rasa seronok dan akhirnya membangkitkan rasa suka untuk mengemas rumah berbanding mengotorkannya.
Ads
Kemudian, terangkan kepada anak anak perkara sebenar, apa yang akan berlaku jika rumah nya kotor. Apa akibatnya?
Nanti kuman akan merebak
Rumah berbau busuk.
Itu lebih baik berbanding menakutkan anak dengan hantu jembalang.
Begitu juga jika anak susah makan sayur.
Jangan amalkan mengugut anak dengan hantu sayur dan sebagainya.
Sebaliknya buat anak jatuh cinta dengan sayur.
Ceritakan kelebihan bila anak makan sayur.
Nanti kulit jadi cantik
Nanti mata akan jadi cerah
Nanti badan jadi kuat
Ads
KESAN ANAK YANG SELALU DITAKUT-TAKUTKAN
Apabila kita menakutkan anak, bukan sahaja jiwanya lemah, malah ia juga tidak memberi kesan yang lama. Mungkin ketika kecil dia akan takut, sebaliknya bila sudah besar tidak akan terkesan lagi. Tetapi, apabila kita bangkitkan rasa suka dan sayang kepada sesuatu aktiviti dan perkara yang mereka perlu lakukan, pastinya ia akan dibawa sehinggah anak itu besar.
CERITA YANG BAIK-BAIK & POSITIF
Anak anak kecil, apabila kita mahu mengajar sesuatu kepada mereka, mulakan dengan menyebut cerita yang baik-baik.
Apabila kita mengajar tentang Alalah, kita bukan mulakan dengan hukuman dalam neraka sebaliknya kita ceritakan tentang seronoknya syurga.
Siapa buat baik Allah sayang
Siapa sayang adiknya Allah sayang
Siapa suka tolong ibunya Allah sayang.
Bila anak suka pukul adiknya, jangan kita kata
“Pukul adik, masuk neraka nanti”
sebaliknya cuba ubah ayat itu kepada ayat yang positif dan penuh cinta.
“Kalau abang buat baik dengan adik, selalu main baik baik nanti Allah sayang, masuk syurga nanti”
Biarkan jiwa anak dipenuhi dengan perkara yang baik-baik dan positif sahaja dahulu agar perbuatannya mengarah kepada yang baik baik sahaja dahulu.
Lama tak dengar cerita keluarga Que Haidar dan Linda Jasmine. Sejak Linda melahirkan anak keduanya, Tengku Cleopatra pasangan ini lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol di khalayak ramai dan menjalani kehidupan seperti keluarga lain.
Walaupun pasangan ini dah kurang keluar di kaca televisyen, peminat tetap boleh melihat kehidupan keluarga ini di Instagram mereka.
Paling menjadi perhatian sekarang, kedua-dua puteri Que Haidar dan Linda Jasmine yang dah semakin besar dan comel serta pandai bergaya.
Dua anak perempuan pasangan ini iaitu Tengku Ratu Haidar dan Cleopatra sering menjadi perhatian kerana keletah mereka yang comel. Menerusi Instagram Que Haidar juga, dia rajin melayan mereka dengan memuat naik video lucu bersama.
Bak kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Masing-masing ada bakat dalam bidang peragaan dan tarian. Dengan pakej yang ada ini, tak mustahil anak-anak Que dan Linda ni bakal mewarisi bakat ibu bapa mereka.
A post shared by linda jasmine (@official_lindajasmine) on
Paling menjadi perhatian adalah kelincahan Cleo yang begitu lincah dan petah bercakap. Walaupun usianya baru 6 tahun tapi berani dan yakin dalam apa yang dilakukannya. Semua netizen kagum dengan aksi dan kecomelan Ratu dan Cleo.
Tak kurang juga yang menganggap dua beradik ini seperti Barbie doll. Bahagian mata semuanya geram.
Selain dua anak dara ini, sebelum Linda berkahwin dengan Que Haidar pada 2009, dia turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 18 tahun hasil perkahwinan pertamanya.
Sementara itu, Ratu dan Cleopatra dilihat amat rapat dengan Que dan pelakon itu sering melayan keletah anak-anaknya. Ratu gemar bergaya seakan-akan model dan Cleopatra pula lincah dan petah bercakap. Jika dilihat sekali imbas, Que kelihatan seperti abang mereka apatah lagi dia sentiasa awet muda.
Sumber: Instagram Linda Jasmine & Que Haidar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jadi ibu ni memang tak dapat lari dari membanding di antara anak kan. Dah fitrah manusia akan suka menilai apa yang ada depan mata. Tapi kita kena sedar, sikap suka membanding tu akan menjejaskan emosi dan mental anak kita sendiri.
Perkongsian dari Puan Sakinah Hamid mungkin boleh menyedarkan ibu bapa supaya sentiasa terbuka dan perlu akui setiap anak mempunyai keistimewaan dan masing-masing.
Satu punca kenapa kita suka membanding adalah kerana kita bersifat rigid. Bila benda yang anak buat tu sesuai dengan citarasa kita, kita rasa anak tu bagus. Dan begitulah sebaliknya.
Walhal boleh jadi saja perkara tu tak bagus. Satu perbezaan ketara yang saya perhati pada anak saya ialah dari segi berdikari.
Abangnya semua benda nak rujuk kat kita. Nak buat apa, nak baca apa, nak makan apa kalau boleh semua nak repot. Nampak rapat, tapi kadang rimas jugak la. Nak be*** pun bagitau. Adoi!
Tapi abang memang mudah ikut apa yang kita atur untuk dia. Merasa jugak la ummi buat aktiviti homeschooling dengan agak terancang masa dengan abang.
Adiknya pulak terlebih berdikari. Sebelum 5 tahun lagi dia boleh pergi bilik air sendiri tengah malam. Tak bukak lampu. Kita pulak risau.
Kalau terfikir nak buat apa-apa, dia terus buat. Dek sebab tu ada la berkecah sana sini, barang rosak dan macam-macam lagi. Memang selalu buat tindakan di luar jangka. Kalau plan aktiviti untuk dia pun nanti dia akan buat ikut suka dia ja. Penyudahnya ummi tak plan apa-apa dah untuk dia. hihi.
Sekali tengok abang macam senang diuruskan. Namun hakikatnya kalau fikir jangka panjang, lebih tenang melepaskan adik kerana kita tahu dia cekap menguruskan diri sendiri. Setiap karakter tu ada kelebihan masing-masing.
Begitulah dalam kehidupan seharian kita bersama anak-anak. Kita tak boleh impikan anak akan ikut corak pemikiran kita sepenuhnya. Kerana anak itu adalah individu yang berbeza.
Tapi sebagai ibu kita perlu lebih flexible menghadapi sikap anak kita, dan lorongkan pada jalan kebaikan. Rugilah andai potensi semulajadi anak itu kita abaikan dan memaksa semuanya ikut acuan pemikiran kita yang belum tentu terbaik.
Dalam perkongsian di instagramnya, Diana 28, berkata, dia tidak pernah menyesal membina keluarga sebelum memasuki usia 25 tahun.
“Mereka (anak-anak) akan berusia 8 tahun dan 6 tahun apabila saya memasuki usia 30 tahun nanti. Saya berjaya mempunyai keluarga kecil sebelum 25 tahun dan saya tidak menyesal kerana negitu awal dan kehilangan masa muda.
“Suatu perasaan yang sukar digambarkan membesar bersama anak-anak dan belajar dengan mereka,” kongsinya.
Diana berkahwin dengan Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad berusia 6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.
Pelakon yang popular dengan drama Raisha ini berkata, dia melakukan banyak kesilapan tapi anak-anaknya sentiasa menyayangi. Ketika usia ini juga mereka akan mencontohi dan hanya melihat sesuatu yang baik.
“Kanak-kanak mempunyai sifat pemaaf dan sentiasa saling menyayangi.
“Saya buat banyak kesilapan tapi mereka sangat sayang dan fasa ini mereka mengharapkan ibu bapa untuk membimbing dan melakukan sesuatu yang baik,” katanya.
Sumber: ig Diana Danielle & mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.