Memandangkan sekarang musim PKP, jaranglah kita keluar. Jika perlu pun, hanya ketua keluarga sahaja yang akan keluar. Itu pun biasanya dengan menaiki motosikal untuk lebih mudah. Jadi kereta yang ada, tersadai lama tidak digerakkan.
Macam mana cara untuk menyelenggara kenderaan sepanjang tempoh PKP? Ikuti penjelasan dari PROTON ini seperti yang dikongsikan oleh Berita Harian.
“Kerajaan melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April disebabkan COVID-19. Menerusi PKP, ia bermakna kenderaan anda tidak akan bergerak selama 28 hari,” demikian menurut PROTON.
Berikut adalah beberapa cadangan dari PROTON tentang bagaimana untuk menjaga kenderaan anda semasa PKP:
1. Hidupkan kenderaan
* Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.
Ads
* Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.
* Bagi mengelakkan masalah ini, hidupkan enjin selama 10 minit bagi membolehkan alternator melaksanakan tugasnya. Tetapi jangan menghidupkan pendingin hawa kerana cara ini akan menarik kuasa dari bateri dan mengurangkan proses pengecasan.
* Sebaik selesai, jangan lupa mengunci kenderaan dengan menekan penggera.
2. Periksa tekanan angin tayar
* Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Cara ara terbaik untuk memeriksa mereka adalah dengan menggunakan tolok tekanan tayar atau melihat paparan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar seperti yang terdapat dalam PROTON X70. Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.
Ads
* Apabila anda memarkir kenderaan di tempat sama tanpa ada pergerakan selasa beberapa hari, ia boleh mengakibatkan bintik mendatar pada tayar seterusnya menyebabkan tayar kehilangan bentuk. Apabila keadaan ini terjadi, ia akan menyebabkan getaran disalurkan kepada stering apabila memandu walaupun ketika melalui permukaan jalan rata.
* Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, gerakan kenderaan ke depan atau ke belakang, sewaktu sedang memanaskan kenderaan.
3. Jaga kebersihan
* Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.
Ads
* Selepas sampai ke destinasi, pastikan anda menggunakan langkah nyah-kuman untuk pada permukaan seperti stering, pemegang pintu, suis tingkap dan tombol gear.
* Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan merosak permukaan peralatan kenderaan.
* Jika anda memarkir kenderaan di bawah sinar matahari, amalan yang baik adalah dengan mengangkat pengilap cermin.
* Jika pengilap cermin dibiarkan berada pada cermin depan, pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan akan menyebabkan getah pada bilah pengelap mengeras dan kurang berkesan apabila digunakan.
Dengan langkah yang mudah diikuti ini, kenderaan anda akan berada dalam keadaan baik. Selepas tempoh PKP tamat, kenderaan anda akan bersedia untuk digunakan untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau melakukan aktiviti yang diperlukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi popular pada era 90-an, Nora Ariffin? Orangnya lembut dan tutur bicara tersusun kemas. Baru-baru ini di laman Instagam peribadinya, Nora ada berkongsi satu tip menjadi isteri terbaik buat suami seperti yang pernah dinasihatkan oleh ibunya dahulu.
Sebuah foto Nora bersama ibunya itu dihiasi dengan kapsyen berunsur nasihat yang sangat berguna buat para isteri. Kata Nora, ibunya selalu berpesan untuk menjadi isteri yang baik harus jaga makan pakai suami.
Jangan sesekali membenarkan pembantu rumah untuk mengambil alih tugasan itu serta perlu taat dan patuh pada hak si suami. Elakkan juga untuk terlalu mengawal atau mengongkong pergerakan suami. Mudah-mudahan dengan cara begitu, si suami tidak akan terfikir untuk pasang kayu tiga.
Bersama satu-satunya ibu tercinta. Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik. Ma selalu pesan….nak jadi isteri yg baik…. Kena…. Jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami. In Shaa Allah suami tak akan cari lain.
Nasihat ini ringkas tetapi jika diselami maksudnya, ia sangat bermakna. Sesetengah isteri mungkin terlalu mengawal suami sehingga mereka merasa rimas dan tertekan. Juga mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Mudah mempunyai pembantu rumah kerana mereka membantu untuk meringankan beban kita, tetapi bukan untuk menggalas sepenuhnya peranan penggerak rumah tangga.
Terdahulu, arwah suami Nora, Allahyarham Jihan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pada dua tahun lepas kerana serangan jantung.
Tiga minggu lalu, tular kisah Adik Ahmad Danial penghidap kanser otak Diffuse Instrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat apabila impian untuk menjadi anggota bomba tercapai. Hari ini satu perkhabaran duka menyatakan dia kini sudah kembali ke pangkuan Sang Pencipta. Sungguh indah pengakhirannya, dijemput pada pagi Jumaat yang mulia.
Pelakon terkenal Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman cemas apabila anak perempuannya, Lyla Mulan Teh, mengalami luka kecil pada bahagian muka selepas terjatuh dari buai di rumah. Kejadian ini membuatkan Atikah rasa amat bersalah dan menjadi pengajaran buat para ibu bapa tentang keselamatan buai bayi di rumah.
Anak Luka Kecil Di Muka, Atikah Rasa Bersalah
Menerusi hantaran di Instagram Story, Atikah memuat naik foto Lyla yang mengalami kecederaan di bahagian hidung dan kening. Dia menjelaskan insiden itu berlaku kerana kesilapannya sendiri ketika memasang buai.
“Sebenarnya semua ini salah saya. Suami saya tengok, rupanya (buai) salah pasang. Saya salah pasang, kemudian buai jatuh.
Saya dah guna buai ini untuk tiga bulan. Ini memang salah saya. Saya gagal sebagai seorang ibu,” tulisnya.
‘Mami Minta Maaf…’ – Luahan Atikah Pada Anak
Pelakon drama popular Cinta Tanpa Ganti ini turut memohon maaf kepada anaknya atas kesilapan yang berlaku.
“Mami (Atikah) minta maaf. Tak kira apa saja karenah anak, sentiasa pegang dia. Jagalah bayi anda, mereka hanya membesar sekali seumur hidup,” tulisnya lagi penuh kesal.
Pesanan Atikah: Sentiasa Peka Keselamatan Anak
Dalam nada sayu, Atikah sempat berpesan kepada para ibu bapa agar sentiasa memberikan perhatian penuh kepada anak kecil walau dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Beliau juga mengingatkan supaya ibu bapa sentiasa double check pemasangan buai atau peralatan bayi lain setiap kali sebelum digunakan.
“Sentiasa check betul-betul sebelum letak anak. Jangan leka walau sekejap. Mereka terlalu berharga,” nasihatnya lagi.
Tip Keselamatan Buai Bayi Di Rumah
Kes yang berlaku kepada Datin Atikah Suhaime ini menjadi pengajaran penting buat ibu bapa lain. Pakar kanak-kanak menyarankan beberapa langkah untuk memastikan keselamatan buai bayi:
Pastikan buai dipasang mengikut panduan pengeluar, jangan ubah suai sendiri.
Semak keadaan cangkuk dan tali setiap kali sebelum digunakan.
Elakkan tinggalkan bayi sendirian terlalu lama di dalam buai.
Pasang buai di permukaan atau struktur yang benar-benar kukuh
Insiden yang menimpa Datin Atikah Suhaime dan anaknya Lyla Mulan Teh ini menjadi peringatan kepada semua ibu bapa. Walaupun kelihatan rutin dan biasa, aspek keselamatan anak kecil tetap nombor satu.
Dengan lebih peka dan berhati-hati, ibu bapa dapat mengelakkan kemalangan kecil yang boleh menjejaskan keselamatan anak di rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.