Mencuci botol susu anak dengan cara yang betul penting untuk mengelakkan bakteria membiak. Botol susu yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan risiko penyakit seperti sakit perut, muntah atau cirit birit.
Biasanya botol susu yang digunakan dalam tempoh yang lama akan ada kesan kerak susu dibahagian puting atau keliling botol. Ada ibu yang akan merebus botol susu secara berkala untuk mematikan kuman tetapi kesan kerak susu masih ada.
Bagi memberi penyelesaian kepada masalah ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Fitriah Azman. Hanya menggunakan tiga bahan yang ada di dapur, tak sampai 5 minit kerak susu dah berjaya dibersihkan.
3 BAHAN “KERAMAT” MAMPU MENGHILANGKAN KERAK SUSU PADA BOTOL SEPANTAS 5 MINIT
Macam ni. Kak el suka beli pin. Anak kak el pulak suka botol susu baru. Jadi, bila pergi mini market tu, tangan kak el ngan botol susu tu macam engkau kutub selatan, haku kutub utara.
Bila kita berselisih, terus melompat masuk troli. Sampaikan abang jani pulak naik stress… Haha
Cuma kami anak beranak ni, beli barang selalu je hilang. Kalo botol susu ni, lama sangat tak jumpa sampai kami terhidu bau masyam lah.
Masa tulah, jejak kasih berlaku antara kami. But for sure, masa ni akan ada bekal depa wat balik. Kerak susu pada dinding botol. Peta dunia mengelilingi permukaan puting. Fuhh! Fobia mak pikir cara nak hilangkan nanti. Dulu… Ermmm..
Nak buang sayang. Botol baru je beli. Eddah 3 bulan pon tak habis lagi. Jadi, kak el rajinkan diri angkat bontot pegi dapur dan capai 3 barang AJAIB ni.
Korang jangan pandang sebelah mata kat beras dan garam. Bukan saje sodap dijadikan nasik goreng, tapi ada fungsi RAHSIA yang ramai tak tahuu. So meh kak el cerita sikit.
Bahan-bahan:
Gunakan air panas untuk hasil yang pantas
garam
beras
Cara-cara:
– Masukkan beras ke dalam botol
– Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi
– Tutup botol dengan penutup
– Goncang dengan penuh kasih sayang
– Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang
– Goncang sehingga kerak habis tertanggal
– Bilas dengan air bersih
– Ulang step yang sama untuk garam. Cuma, kak el guna khidmat berus botol untuk kesan yang lebih cepat.
Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras. Hasilnya seperti di bawah:
Senang je kan?
Dengan cara ni jugaklah kita sebagai mak mak boleh elakkan anak dari sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tak boleh guna cecair pencuci tau.
Cuma cara bilas tu kena betul-betul cuci. Barulah anak tak mudah sakit perut.
Nak share? Boleh je. Mana tau hujung minggu ni nak gotong royong botol susu kan. Selamat mencuba uolss!
Sumber: Fitriah Azman
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI