Kenapa anak saya kecil walaupun menyusu badan? Tengok anak orang lain bukan main bersemangat badan. Bukan setakat itu, ada juga mulut-mulut negatif yang selalu perli lebih baik bagi susu formula je.
Bagi membantu ibu memperjuangkan susu ibu untuk bayi dan anak dapat khasiat terbaik serta berat naik cantik, Kaunselor Laktasi, Noorfazila Binti Abdul Rahman berkongsi tip berdasarkan pengalaman anaknya sendiri. Moga dapat membantu ibu ya.
CARA NAIKKAN BERAT BABY DENGAN SUSU IBU BUAT BABY YANG ADA MASALAH KENAIKAN BERAT
*PERHATIAN*
Cara ini sesuai dipraktikkan oleh ibu yang sedang hadapi masalah dengan kenaikan berat anak sahaja, jika anda tiada sebarang masalah dengan berat anak tak perlulah lakukan teknik ini kerana anak kita perlukan kedua-dua foremilk dan hindmilk untuk pertumbuhannya.
Buat yang bertanya bagaimana cara saya naikkan berat badan Dzaakir dengan cara asingkan foremilk dan hindmilk?
1. Buat secara single pumping.
2. Mulakan dengan perah side kanan menggunakan BOTOL 1
3. Awal-awal sesi memerah memang akan nampak susu yang keluar agak cair itulah yang kita panggil sebagai foremilk..sy buat single pumping sbb lagi mudah nak control..
4. Bila nampak susu yang keluar mula pekat stop dulu memerah..
5. Tukar botol baru (BOTOL 2) dan sambung semula perah sampai rasa breast lembut dan ringan..
ARTIKEL MENARIK [Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak. Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi!]
Untuk side kiri pula
1. Awal-awal perah guna BOTOL 1 yang berisi foremilk (susu yang cair tadi)
2. Sama juga mcm tadi teruskan perah sampai agak2 nampak susu yang keluar mula pekat stop kan dan tukar BOTOL 2 yang berisi hindmilk (yg pekat) tu pulak..
3. Teruskan pam sampai rasa breast ringan dan lembut..
Bekalkan anak dengan susu yang berisi hindmilk (BOTOL 2) sewaktu di pengasuh sementara waktu ni kalau bekalan tak cukup baru supply yg (BOTOL 1) td..setiap kali pam buatlah macamtu..
Waktu ni setiap malam kena set alarm 2 jam sekali kejut anak menyusu kalau dia tak bangun anda boleh bangun untuk pam dan susu perahan sepanjang waktu malam tu bekalkan juga pada pengasuh kerana kandungan lemak dalam susu ibu lebih tinggi waktu malam..
Selain dari tu, elakkan tunggu breast penuh baru nak pam kalau anda benar-benar nak bantu naikkan berat anak. Pam ikut jadual untuk elakkan foremilk jadi banyak. Untuk anak yang berusia lebih dari 6 bulan dan dah mula makan, pastikan anak makan makanan utama (Makan tengahari, petang dan malam / Pagi, tengahari dan petang) dengan menu yang lengkap bukan hanya bagi mkn buah sahaja tapi pelbagaikan dengan sumber protien selain sayur-sayuran. SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Kaunselor Laktasi, Noorfazila Binti Abdul Rahman
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)