Cuti panjang hujung minggu ini apa kata anda sediakan kuih untuk sajian sekeluarga. Nak mudah tapi lain dari yang lain? Apam tapai nasi ini paling unik, enak dan mudah nak cuba. Jom cuba resipi apam tapai nasi ini.
Lain dari yang lain. Jom cuba resipi perkongsian Nawar Azhar ini. Senang!
Apam tapai nasi untuk sarapan pagi esok. Nak tunggu esok lambat lagi, apa kata kita rasmi sikit dulu malam ni.
Apam tapai nasi
2 cwn tepung beras (cap bunga teratai)
1 cwn gula pasir (saya letak 3/4 cwn)
1 cwn tapai nasi
2 cwn air
1 pkt eno (kaler biru)
Acuan kecil sapu minyak
Satukan semua bahan-bahan, blend sampai halus dan sebati kemudian tapis.
Perap dalam bekas bertutup,selama 4-5 jam.
Selepas perap, masukkan eno dan kacau sebati.
Tuang adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit. Api sederhana. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Balut penutup kukusan dengan tuala bersih.
Cara buat tapai nasi
3 cwn nasi sejuk
1 ketul ragi
Sediakan tupperware, masukkan nasi sejuk, lerai-leraikan nasi tu, kemudian sagat ragi atas permukaan nasi sampai habis.
Kemudian gaul merata ragi tadi pada nasi, tutup, balut dengan kain dan simpan selama 3-4 hari di tempat yang gelap dan tidak terkena cahaya matahari.
Guna sudu plastik semasa menggaul ragi pada nasi.
Jika suka apam warna wani, boleh letak pewarna dalam adunan.
Menarik: Mini Paratha Onion Sosej, Menu Simple, Cepat & Sedap. Hanya Guna 3 Bahan Saja!
Nak relaks-relaks, boleh belanja anak minum di Coconut Shake 336.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)