Dr. Izzar Anwari suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera tampil menjelaskan tentang Herd Immunity melalui instagramnya. Selepas viralnya program debat di TV AlHijrah tentang Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan, ramai yang membahaskan tentang Vaksin.
Dato Dr Musa, panel jemputan telah menjelaskan tentang “Herd Immunity”, bagaimana keberkesanannya. Namun bagi yang tidak mengikutinya, pasti ada yang tidak faham tentang istilah “Herd Immunity” ini. Dr. Izzar menerusi Akaun Istagramnya menjelaskan kembali bagaimana Herd Immunity ini berfungsi.
HERD IMMUNITY adalah keadaan di mana suatu penyakit berjangkit tak dapat menyerang suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada masyarakat tersebut mempunyai IMUNITI dan terlindung dari penyakit tersebut.
Ads
Cara nak dapat HERD IMMUNITY itu adalah melalui VAKSINASI
Apabila peratusan yang tinggi daripada kita telah divaksin/ diimunisasi, maka susah untuk penyakit ini merebak kerana camna dia nak jangkit sebab orang ramai dah imun kan?
Tetapi, ada segelintir orang yang tak bernasib baik sebab mereka dikecualikan dari mengambil vaksin sebab ia tidak sesuai untuk mereka atas faktor kesihatan. (Slide next page). Jadi, HERD IMMUNITY juga amat penting untuk melindungi golongan ini
Ads
HERD IMMUNITY hanya tercapai jika kebanyakan orang (95%) telah mendapat liputan vaksinasi. Jika ramai memilih untuk tidak mengambil vaksin, HERD IMMUNITY ini akan TERJEJAS. Sekarang Malaysia DAH TURUN ke 88% ya btw. NOT GOOD
Ads
Oleh itu, vaksinasi ni bukan hanya untuk melindungi anak kita, tetapi juga untuk melindungi NYAWA anak2 yang tak dapat mengambil vaksin sebab ianya tidak sesuai untuk mereka atas faktor kesihatan. Ni yang sihat walafiat ni taknak ambil vaksin dah kenapa?
So, kalau kita menolak vaksin sedangkan kita tahu ia bukan sahaja akan membahayakan kesihatan anak kita malah NYAWA anak orang lain, agak2 agama kita benarkan tak?
Thanks mak abah sebab vaksinkan saya semasa kecil dulu. Alhamdulillah
Ada sesetengah orang beranggapan bila ibu kena bersalin caesarean ia terlepas merasakan nikmat melahirkan anak. Kononnya tidak sempurna apabila tidak berpeluang merasakan sakitnya kontraksi.
Jangan ingat ibu bersalin caesarean tak rasa sakitnya melahirkan anak seperti ibu bersalin normal. Walaupun mungkin ibu bersalin caesarean tidak sedarkan diri akibat dibius semasa proses melahirkan bayinya tetapi dia tetap menanggung kesakitan yang sama sebelum bergelar ibu.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen yang juga berpengalaman melahirkan anak secara pembedahan caesarean diharap dapat membuka mata sesetengah orang yang beranggapan ibu tak bersalin normal hilang nikmat bergelar ibu.
Bahkan bulan April juga telah diangkat sebagai bulan Kesedaran Caesarean Sedunia.
Caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal.
Berapa ramai yang boleh melahirkan secara normal selepas melahirkan secara caesarean pada kali pertama.
Anda perlu tahu
• Ibu caesareanmerupakan seorang ibu yang kuat kerana mereka berjaya mengatasi ketakutan dan menerima sebarang komplikasi yang boleh berlalu sepanjang pembedahan dan selepas pembedahan.
Malah, mereka juga tahu komplikasi yang bakal mereka terima pada kehamilan seterusnya tetapi mereka terus hamil lagi dan mendoakan kelahiran yang normal boleh mereka lalui.
• Ibu caesareanmerupakan ibu yang berani kerana kita sendiri tahu tidak ada suami/keluarga boleh menemani mereka semasa di dewan bedah.
Betapa gugupnya sendirian dikelilingi orang asing yang terdiri dari doktor, jururawat serta ppk di dalam dewan bedah. Tangan yang mampu mereka pegang semasa dalam ketakutan hanya tangan perawat berbeza dengan kebanyakan ibu yang melahirkan normal, ada sahaja suami/keluarga yang boleh menemani di dewan bersalin. Tabah bukan?
• Ibu caesarean merupakan ibu yang sentiasa tidak hirau parut yang jelas kelihatan di abdomennya.
Parut itu merupakan tingkap kepada kelahiran anak ke dunia dan tidak kira besar mana dan lebar mana saiz parut itu pun, ia tidak menganggu emosi si ibu malahan ia merupakan satu kenangan seumur hidup yang boleh dikongsikan dengan si anak tanda pengorbanan sewaktu melahirkan.
Ibu caesarean juga hamil 9 bulan dan membawa perut ke sana ke mari seperti ibu melahirkan normal.
Ada ibu caesarean turut merasa sakit mahu melahirkan juga seperti ibu kelahiran normal.
Ada ibu caesarean tidak mempunyai pilihan untuk dibedah berbanding ibu yang melahirkan normal
Ibu caesarean juga turut merasakan erti menjadi seorang ibu sama seperti ibu melahirkan normal.
Maka, tidak kira melahirkan secara caesarean atau normal sekalipun, nikmat menjadi ibu tidak boleh dinafikan sama sekali.
Diberikan bius, dilapah abdomen dari kulit ke rahim, dijahit lapis demi lapis, kemudian perlu bangun setelah beberapa jam kesan bius hilang, tunggu pula beberapa hari baru boleh pulang jika masih dikatakan tidak punya pahala selayaknya ibu melahirkan normal, anda memang kejam. Ibu caesarean, usahlah merasakan diri serba kekurangan.
Tahukah ibu bapa sekalian anak tantrum dan meltdown ada bezanya? Mungkin bagi ibu bapa yang tiada pengalaman menjaga anak berkeperluan khas, jika melihat tingkah laku anak-anak yang tantrum banyak yang kita fikirkan.
Sebagai masyarakat yang tiada kepakaran dalam bidang pendidikan anak berkeperluan khas serta tidak terlibat sama sekali berhadapan dengan mereka, kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan berdasarkan apa yang dilihat melalui video rakaman atau gambar sahaja.
Atas rasa tanggungjawab sebagai salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam dunia pendidikan anak-anak berkeperluan khas, Puan Liyana Raya, Occupational Therapist yang juga memiliki Pusat Terapi membidas kenyataan yang dibuat oleh Saiful Nang tentang satu video anak autistik yang telah tular di media sosial baru-baru ini.
Kenyataan balas Liyana Raya yang membetulkan tanggapan salah tersebut memang kena pada waktunya. Jika tidak dibimbangi ia boleh menyebabkan masyarakat akan hilang sikap cakna dan prihatin terhadap anak-anak istimewa ini sekiranya mereka membuat tingkah laku yang di luar jangkaan di tempat awam.
Saya diminta utk mengulas kenyataan ini.
Tantrum ‘dibentuk’ oleh mak ayah? Maaf,ini bukan kenyataan sebenar. Tantrum dan meltdown ada bezanya.
Meltdown adalah seperti yg dilihat di dalam vidoe ini. Saya describe dulu apa yg terjadi di dalam video ini.
Ini adalah situasi seorang anak Autism apabila menaiki pesawat. Panjang perjalanan pesawat ini…. kalau tak silap lebih kurang 7 jam. Bagi seorang anak Autism, we really need to be very clear dengan keadaan Sensory Processing Disorder yg mereka alami; di mana di dalam video di bawah dapat saya lihat bahawa:
1.Anak ini mempunyai Auditory Processing Disorder -di mana beliau mempunyai kesukaran utk bertoleransi dengan bunyi bising pesawat dan besar kemungkinan sangat relate dengan masalah Vestibular Processing Disorder yg beliau alami iaitu takut dengan ketinggian dan keadaan turbulance di atas awan juga menyebabkan beliau tidak boleh nak duduk diam dan rasa takut——> which is this is the major cause of tingkah laku meltdown seperti di dal video.
Sebab itu anak ini menjerit. Ketidakselesaan yg beliau alami amatlah perit. Kita tak tahu ap rasanya sebab kita TIDAK MENGALAMINYA! But it is REAL for this kid! Kesian. Kesian sungguh anak ini. Beliau memerlukan ketenangan iaitu GADGET.
2. Yes, gadget sebagai ‘penyelamat’ ketika ini. Umum harus mengetahui,bahawa anak Autism sangat mudah tertarik dengan perkara2 visual. They avoid eye contact but they can tolerate with visual cues. Sebab tu visual schedule banyak digunakan sebagai alat komunikasi utk Autism. Bagi mereka,inilah ‘penenang’.
Tuan/Puan, Kita ni pun apabila berada dalam sesuatu keadaan yg menyakitkan,kita memerlukan sesuatu utk menenangkan kita bukan? Kita perlukan sesuatu utk kita divert kesakitan itu. Bagi keluarga ini,mereka mungkin tidak dapat mengelak situasi perlunya berjalan jauh menaiki pesawat atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Takkan nak tinggalkan anak Autism mereka beribu batu jauhnya? Nak tak nak kena bawa.
Tapi anak Autism ini… disebabkan oleh terlalu banyak isu Sensory Processing Disorder yg beliau alami,maka utk beliau bertahan sepanjang perjalanan itu amatlah mustahil. Mustahil! Nak tak nak sama ada kena bagi sesuatu yg boleh menenangkan mereka atau terpaksalah bertahan dlm keadaan seperti ini.
Mungkin anak ini sedang melalui intervention utk masalah sensory nya tetapi kalau dah dalam keadaan masalah sensory ini tak setel lagi (masalah Sensory Processing Disorder yg dialami oleh anak Autism bukan boleh sembuh dlm setahun dua saja ye…. proses intervensi memang ambil masa yg lama)…….nak buat mcm mana! He needs something to calm him down!
3. Dan mungkin anak Autism ini adalah seorang yg hyperactive juga,maka deria Proprioceptive nya ‘mencari’ pergerakan sebab itu kelihatan seperti beliau sedang ‘membuat kacau’ tapi hakikatnya tidak! Beliau sedang mencari pergerakan di persekitarannya yg boleh membuatkannya duduk diam dan divert kan attention nya drpd masalah yg disebutkan di atas tadi.
Inilah dia penjelasan dari sudut kami sebagai seorang Therapist. Ye anak ini perlu dirawat tapi bukan dlm kebanyakan masa. Ada masanya kena juga kita semua adapt dengan keadaan beliau.
Allahu… saya takleh bayangkan betapa penatnya anak ini meraung dlm pesawat sedemikian rupa. Dan kenapa dlm komen banyak yg cakap ‘kalau aku dlm pesawat dengan budak ni,dah lama aku lempang dia’. I was like what?????!!!!! Kesian,syaa kesian. Kesian kat anak ni
Ini bukan kes gadget beracun. This is ISOLATED CASE. Org yg menilai harus punya knowledge yg tinggi tentang perkara ini. Kalau tak,main tangkap pukal aje la tulis mcm ni…. hurm…
Ibu bapa yang ada anak kecil, bab kebersihan harus sentiasa dititikberatkan. Nampak macam biasa, kadang perkara ini boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Begitu juga dalam bab kebersihan botol susu, ada yang buat acuh tak acuh. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.
Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:
CUCIAN BOTOL:
Dibasuh dengan sabun setiap kali habis proses penyusuan.
Didihkan air, matikan api dan rendamkan selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.
Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Tidak menggunakan tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman.
Letakkan dalam keadaan terlangkup.
Boleh digunakan setelah kering.
DISARANKAN:
Untuk mempunyai 6 – 8 botol susu. Jumlah penyusuan bayi 6-8 kali sehari, maka anda digalakkan menggunakan botol susu yang berbeza setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.
Untuk menggantikan ke semua botol tadi setiap 6 bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
Untuk menggantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
TAMBAHAN:
Tidak menggunakan air mendidih semasa membancuh susu.
Tidak cairkan susu anak anda. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.
Tidak menggoncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.
Setelah umur 6 bulan, digalakkan makan makanan dahulu dan susu formula sebagai makanan tambahan
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!