Keibubapaan

Cara Ni Buat Anak Kurang Tantrum, Anak Lagi Bersedia, Tak Marah-Marah!

Share

Tantrum adalah satu hal biasa yang terjadi pada anak-anak. Menangis dan memberontak bila keinginan mereka tidak dipenuhi. Itu biasa.

Sebenarnya ada cara mudah untuk mengurangkan tantrum anak-anak, lebih-lebih lagi ketika membawa anak keluar rumah atau berkunjung ke mana-mana pusat membeli belah. Ikuti perkongsian tip mudah oleh Pn Wan Nur Syakira.


Antara rutin yang saya perasan buat anak saya kurang tantrum bila ke mana-mana atau tak dapat yang dia mahu,

✅Saya dan suami sentiasa bagi pre warning tentang kemungkinan yang akan berlaku. Contoh, dia nak makan aiskrim coklat jenama tertentu pada hari yang dibenarkan makan aiskrim.

Jadi, kami beritahu awal-awal, ” Abang, kita tengok dulu ada atau tak ya, sebab ada kedai ada aiskrim ni, ada kedai takde. Kalau takde ,kita pilih aiskrim lain boleh ?

Anak dah bersedia awal-awal mental dia jika tiada yang dia inginkan. Nak elakkan kecewa. Nak elakkan mereka rasa big emotion secara tiba-tiba.

Lagi, beritahu awal-awal, pergi ke kedai, hanya beli satu barang sahaja, beli aiskrim, bukan beli benda lain.

“Kita beli aiskrim saja tau, dekat kedai memang banyak makanan, coklat sedap, tapi kita beli aiskrim sahaja hari ini. Okay ! “.

Nak sediakan mental mereka untuk tidak overwhelmed dengan banyak benda menarik di kedai.

Rutin pre warning atau beritahu kemungkinan serta jadual memang kami buat bila
– Nak outing, pergi jalan-jalan.
– Nak balik kampung
– Nak pergi taman permainan
– Nak pergi rumah saudara mara
– Bila anak pergi sekolah

Beritahu apa jadual hari tu, dengan siapa kita akan jumpa, mungkin suasananya crowded, anak akan jumpa orang baru. Kita mungkin akan balik lambat, keluar pagi akan balik petang.

Balik kampung biasanya ambil masa berapa jam, biasanya balik kampung ni kami balik malam anak semua tidur atas carseat.

Kalau nak keluar petang, dah bagitahu pada waktu pagi, supaya mereka mainlah mainan yang ada di rumah puas-puas, tidaklah nak balik cepat atau tak nak keluar sebab nak main di rumah. Jadi, anak akan lebih sedia dengan apa yang akan berlaku.

Lagi -lagi anak umur 6 tahun yang dah mula faham konsep masa, jadi anak boleh jangka jangka masa keluar. Kita kena anggap mereka juga penting walaupun masih kecil.

Anak tahu apa yang mungkin berlaku selepas ini. Jadi, anak akan lebih rasa stabil emosi. Bila tak pasti ni, anak mudah untuk cranky dan tak stabil.

Kita boleh kurangkan risiko untuk tantrum mereka dengan persediaan. Kalau tak jadi, boleh cuba teknik lain. Kena cari ilmu lain. Lain anak ,lain caranya mungkin.

Kita pun selaku ibu ayah kena expect juga anak akan tantrum walaupun dah bersedia, sebab itu adalah fitrah semulajadi anak. Tantrum itu normal, tanda otak anak berkembang dengan baik.

Kena expect kalau berjalan waktu tidur anak, ada kemungkinan besar anak akan mudah cranky. Kena expect anak akan mudah tak stabil bila rasa big emotion.

Fahami fitrah perkembangan kanak-kanak, beri bimbingan, rendahkan expectations, InsyaAllah hari-hari dengan anak rasa lebih tenang.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 

Published by
SRM