Duit raya dikumpul anak-anak usahlah dibiarkan berbelanja dengan senang hati. Ada baiknya mak ayah bantu untuk ‘membiakkan’ duit ini agar lebih banyak dan menyenangkan mereka bila besar nanti.
Apa mak ayah nak buat? Simpanan bagaimana yang begitu menguntungkan mereka kelak? Perkongsian Abd Hadi Abd Halim ini mak ayah perlu teliti. Pilihan di tangan anda.
Duit raya menjadi penyeri sambutan setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sudah menjadi budaya masyarakat kita yang sangat baik iaitu bersedekah dihari yang mulia. Sedikit tips dari saya, berikanlah duit raya pada hari terakhir Ramadhan sebelum berbuka. InsyaAllah kita peroleh ganjaran bersedekah dalam bulan ibadah. Bila hari raya bagi RM1 je. Hehe 😉
Baik, berikut adalah beberapa pilihan yang kita ada untuk menyimpan duit raya anak-anak kita:
AHB – Amanah Hartanah Bumipurta. Ia adalah sejenis dana amanah yang melabur hanya di sektor hartanah. Keuntungannya adalah dari pemilikan aset hartanah dan penyewaannya. Dana ini memberikan pulangan setiap 6 bulan. Ini bermakna 2 kali setahun (bulan Mac dan September). Kadar dividen adalah 6.6% setahun.
Dividen ini dimasukkan terus ke akaun simpanan atau semasa Maybank. Jadi kita boleh pindahkan ia ke instrument lain seperti Tabung Haji. Amaun minimum adalah RM100 untuk membuka akaun dan RM50 untuk menambah simpanan berikutnya. Boleh semak kuota di Maybank dan Ambank. Ia adalah terhad.
Ads
Tabung Haji – Ia adalah simpanan untuk mengerjakan haji. Sekiranya anak kita belum mendaftar haji, bolehlah kita fokus bagi mencukupkan amaun didalam akaunnya untuk pendaftaran haji. Ketika anak saya baru lahir, saya gunakan duit hadiah dari orang ramai kepadanya untuk membuka dan mendaftarkan haji untuknya. Gilirannya adalah apabila dia berumur 60 tahun. Kadar bonus adalah 4.25% + 1.5%. Bonus ini akan terus dimasukkan kedalam akaun yang sama.
Emas – Satu kaedah yang semakin popular kini. Ia adalah satu lagi alternatif pelaburan jangka panjang. Kita kini boleh membuka akaun simpanan emas untuk anak-anak kita. Kini terdapat akaun emas yang disokong oleh emas sebenar.
Jadi kita boleh mengambil emasnya apabila perlu. Kelebihannya ialah ia terlindung dari kesan kejatuhan ringgit dan ketidakstabilan ekonomi. Jika dilihat dari data 13 tahun, emas menunjukkan keuntungan purata 21.95%. Sekiranya perlu menggunakannya, kita hanya perlu menjual atau pajak sahaja. Amat sesuai dijadikan sebagai dana pendidikan.
Ads
ASB – Amanah Saham Bumiputera. Ia adalah dana yang melabur dipelbagai sektor. Ada pelbagai pendapat mengenai status syariahnya, namun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan ia adalah harus. Kadar dividen tahunan purata adalah 7.2%
SSPN-i – Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Ia adalah 1 cara menyimpan dana pendidikan. Syarat untuk melayakkan anak kita membuat pinjaman PTPTN adalah memiliki simpanan dalam akaun SSPN-i. Pelbagai tawaran di sediakan kepada penyimpan disini antaranya takaful (hanya untuk pakej berlian), geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai (terhad RM6000 setahun. Nilai ini akan ditolak dari nilai pendapatan kena cukai. Jika anda adalah pembayar cukai, ini adalah peluang terbaik. Kadar keuntungan purata untuk RM6000 ini boleh naik kepada 24% hasil tambahan untuk purata 4% dan 20% pengecualian cukai). Kadar keuntungan purata adalah 4%.
Jadi kini kita boleh memilih untuk menyimpan duit raya anak kita dimana-mana instrument yang dinyatakan. Jangan duit raya habis beli mercun.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa. Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil. Jawapannya ada ditangan anda sendiri. Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan mereka anak-anak yang berdikari.
Menggosok gigi
Ajarkan anak untuk menggosok gigi sebaik sahaja mereka pandai makan. Jadikan rutin menggosok gigi dua kali sehari iaitu setelah sarapan dan sebelum tidur pada waktu malam. Tunjukkan contoh gerakan yang betul dihadapan cermin dan lakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anda agar mereka lebih bersemangat.
Tip:
Pastikan anda memilih berus gigi dan ubat gigi yang khusus untuk kanak-kanak. Jika perlu biarkan si kecil anda sendiri yang memilih warna dan rasa yang mereka suka.
Ciptakan suasana yang menyenangkan selama menggosok gigi, contohnya menyanyi atau bercerita tentang adiwira kegemaran mereka yang suka gosok gigi.
Jangan lupa untuk selitkan kebaikan menggosok gigi agar si kecil anda tahu kenapa mereka perlu melakukan rutin ini setiap hari.
Mengemas tempat tidur
Kemampuan motorik halus anak pada awal usia memang belum terlatih sepenuhnya. Anak anda mungkin belum boleh melipat selimut dengan rapi seperti anda atau betulkan cadar dengan baik. Tapi tak salah untuk anda libatkan si kecil dengan perkara ini. Nilai yang perlu dikenalkan sebenarnya adalah kebiasaan merapikan kembali apa yang sudah dipakai.
Tip:
Mulakan dengan tugas ringan seperti kemaskan bantal, rapikan cadar dan lipat selimut yang dipakai.
Jangan biarkan si kecil melakukannya sendiri pada tempat tidur anda juga, apatah lagi jika dia sudah tidur sendiri. Anak perlukan contoh pada setiap perkara yang anda ajarkan. Kalau anda sendiri tidak mengemas tempat tidur anda, bagaimana pula si kecil hendak jadikan rutin harian sendiri.
Memilih pakaian
Biasanya kanak-kanak boleh memakai pakaian sendiri pada usianya 2 tahun ke atas. Kemampuannya bertambah dengan mahu memilih baju sendiri. Mereka cenderung untuk memilih sendiri pakaian yang dianggapnya cantik walaupun terkadang tidak sesuai. Biarkan sahaja mereka bereksplorasi dengan gaya mereka sendiri. Perkara ini dapat membantu anak untuk berani membuat keputusan.
Tip:
Asingkan pakaian si kecil anda mengikut aktiviti. Contohnya pakaian dipakai di rumah, pakaian untuk jalan-jalan dan pakaian untuk majlis keraian. Kenalkan dengan kumpulan pakaian tersebut selebihnya biarkan si kecil anda memilih.
Untuk elakkan si kecil tersalah pilih atau baju tidak sesuai, anda juga boleh berikan dua atau tiga pilihan untuk anak anda pilih.
Tahan keinginan anda untuk menawarkan bantuan pada si kecil jika tidak diminta. Memberikan bantuan adalah halangan terhadap kemampuan pilihan mereka.
Menyikat rambut
Selain terlihat kemas, menyikat rambut dapat membantu menghilangkan kotoran pada rambut dan membuat rambut lebih sihat. Ajak anak anda untuk menyikat rambut setelah mandi. Lakukan di depan cermin untuk memudahkan anak.
Tip:
Pilih sikat khusus untuk anak yang mudah digenggam, bergigi jarang dan memiliki hujung yang lembut.
Supaya rambutnya mudah disikat, gunakan syampu khusus untuk kanak-kanak dan juga losen untuk rambut.
Cuci sikat secara rutin, dua kali seminggu dengan air yang bersih.
Mencipta kebiasaan mungkin tidak boleh dicapai dalam waktu yang singkat. Kanak-kanak memerlukan kegiatan dan maklumat yang berulang untuk belajar dan mengingat. Bukan itu sahaja, anda juga perlu konsisten dan berdisplin dalam mengajar mereka barulah rutin yang anda ciptakan itu akan tersemat di hati mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Home schooling adalah pembelajaran di rumah di mana ibu bapa yang memilih untuk anak belajar dirumah berbanding di sekolah. Home Schooling ada beberapa jenis sama ada ibu bapa memilih sendiri untuk menjadi guru di rumah atau mengupah tenaga pengajar di rumah.
Minggu ini, TV Pa&Ma bertajuk Home Schooling dan Dr. Iqbal sebagai hos squad ke rumah Puan Miza untuk menemubual tentang home schooling. Puan Miza berkongsi pengalaman tentang bagaimana dia menguruskan anak dalam masa yang sama membuat home schooling.
“Masa MCO memang kita buat home schooling, tapi bila dah masuk ke PKPP, kita dah tak buat sebab mereka dah mula bersekolah. Semua subjek memang kena buat home schooling dan masa tulah yang terbaik untuk saya dapat luangkan masa dengan anak-anak.”
Menurut Dr. Iqbal, “Home school ada dua jenis iaitu ada formal dan tak formal. Formal maksudnya anak-anak akan belajar subjek yang sama seperti di sekolah. Umur anak untuk home schooling bermula 1 tahun dan ke atas. Tapi cara mengajar anak-anak adalah bergantung kepada umur anak tersebut.”
Sephya mengakui dia lebih fokus apabila belajar di rumah, selain itu dia mempunyai banyak masa bersama ibunya, Puan Miza. Dia juga seronok belajar bersama-sama adiknya dan boleh turut serta mengajar adik jika diperlukan.
Tip untuk start Home Schooling;
1. Belajar kaedah mengajar dari sumber yang pelbagai mengikut kesuaian diri dan anak.
2. Dapatkan tip dari ibu bapa yang pernah membuat Home Schooling untuk membantu kita menjadi guru yang lebih baik.
3. Seimbangkan masa belajar dan bermain kanak-kanak supaya mereka tak stress.
4. Belajar mengikut minat anak-anak agar sesi pembelajaran lebih efektif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada siapa yang menduga, anak-anak yang pergi meninggalkan kita dahulu. Bagi ibu bapa, biarlah mereka dahulu yang pergi sebelum anak-anak. Namun ajal maut, semuanya kehendak Allah S.W.T.
Bagi yang masih bernafas, hargailah orang disekeliling anda kerana kita tak tahu bila masanya nyawa akan diambil. Hargailah anak-anak, sayangilah mereka. Hargailah ibu bapa, berjasalah kepada mereka.
Ini arwah anak saya. Anak syurga. Tiba-tiba teringat kat dia. Gambar ini di ambil seminggu sebelum beliau pergi pada usia 1 tahun 4 bulan. InsyaAllah akan sampai giliran ayah mu pula nanti.
Abang kakak. Kasihi anak-anak kita. Mereka adalah mutiara yang menerangi hidup kita. Hargai setiap saat apabila bersama mereka. Peluk cium mereka lama-lama.
Apabila berjauhan betapa rindu tak terkata. Tersangat rindu kepada mereka ini tak mampu nak diungkap dengan kata-kata.
Kepada ibu-ibu. Jaga kata-kata kita terhadap anak. Marah macam mana sekali pun, jangan sesekali ungkapkan perkataan buruk terhadap mereka. Apatalah lagi mengherdik mereka.
Ketika marah baca LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH. Dan ketika tidurkan anak baca Ya Latif banyak kali, supaya hati kita ini jadi lembut, anak-anak ada sifat simpati.
Ibu ibu lebih banyak masa bersama anak-anak, terutama ibu-ibu suri rumah yang mulia. Ibu ibu-ibu suri rumah yang mulia paling banyak diuji dengan gelagat anak-anak. Tak mengapa ibu ibu. Itu semua pahala dan tanda anak kita sihat membesar.
Kepada ayah-ayah para suami yang mulia. Hargai isteri kita. Hargai susah payah mereka besarkan anak-anak. Dari dalam rahim sehingga dewasa jiwa mereka sangat rapat dengan anak berbanding kita. Mereka akan sanggup buat apa sahaja demi anak-anak.
Sekiranya kita memuliakan isteri, bermakna kita telah memuliakan ibu kepada anak-anak kita. Saat kita mencium dahi, mengasihi mereka bermakna kita telah mengasihi ibu kepada anak kita.
Hidup tak lama. Nak sama-sama masuk syurga. Nak hidup bahagia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.