Nak guna sedikit sahaja, tapi bila disimpan dalam peti sejuk jadi kecut. Ini antara situasi yang pastinya ramai kalangan ibu hadapi. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara simpan lengkuas, halia dan kunyit supaya kekal segar dan tahan lama.
Maklumlah bahan-bahan ini jika disimpan lama akan cepat kecut dan kering. Akhirnya terbuang begitu sahaja, membazir bukan.
Jadi apa kata jom cuba petua untuk mengekalkan kesegaran lengkuas, halia dan kunyit yang telah dikongsikan oleh Fatin Nursyafawani di bawah.
Ads
Cara Simpan Lengkuas, Halia & Kunyit Supaya Kekal Segar
Langkah 1
Basuh bersih semua lengkuas, halia dan kunyit.
Langkah 2
Masukkan ke dalam bekas bersih. Isikan air sehingga tenggelam bahan-bahan tersebut.
Ads
Langkah 3
Tukar air setiap 3 hari atau bila dah nampak mula keluar lendir.
Bayi yang dah menginjak umur 6 bulan dan mula makan, perkara pertama yang ibu fikirkan adalah nak bagi makan bubur. Apabila memikirkan masa yang lama untuk menyiapkannya, niat itu mula berbelah bahagi.
Bagi ibu yang tak bekerja, mungkin tiada masalah tapi ibu yang bekerjaya masa agak terhad. Banyak tip yang sebelum pernah dikongsikan seperti mengisar beras, bekukan beras dan macam-macam lagi.
Kali ini perkongsian dari Puan Raudah mengenai caranya masak bubur nasi pada anaknya sangat mudah. Hanya letak dalam periuk nasi sahaja.
Jangan cakap ibu, ayah pun boleh masak cara ni. Memang senang sangat.
Kaedah yang yang hampir sama dengan masak nasi. Bezanya lebihkan je air.
Sekiranya ibu-ibu nak jimatkan elektrik boleh je masak atas dapur dengan cara kukus. In SHAA Allah menjadi juga.
Tak faham? Ni tutorial bergambar, cara masak bubur si kecil di dalam rice cooker.
Masalah biasa bila kita beli pisang ialah cepat lembik, lebam dan busuk. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.
Pisang antara buah-buahan tempatan yang amat disukai oleh anak-anak. Bagi mama dan papa yang selalu ada stok buah pisang di rumah, boleh cuba LIMA cara berikut. Selepas ini tiada lagi masalah pisang menjadi lebam dan cepat busuk selepas dibeli.
1. Pilih sisir ada masak dan belum masak
Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh pisang dengan air bersih
Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.
3. Balut tangkai dengan kertas aluminium
Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan simpan pisang dengan epal
Ini kerana epal akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.
5. Elak hentak pisang
Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.
Susu badam sangat elok diamalkan setiap hari. Ia bukan sahaja mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit tetapi juga bagus untuk perkembangan otak anak. Badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.
Susu Badam Elok Amalkan Setiap Hari
Jika dilihat kepentingan anak-anak mengamalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.
Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. 1 cawan badam boleh dapat 1.5 liter susu. Cukuplah untuk lima hari minum.
Anak Pintar, Mama Awet Muda
Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan
Cara penyediaan:
1.Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.
2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam pengisar dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh.
*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.
3. Sudah siap kisar terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.
CARA MENIKMATI SUSU BADAM
1.Dimakan bersama madu
Apabila sudah mendidih itu kira sudah siap. Senang bukan? Apabila sudah suam maka bolehlah diminum. Sebelum minum letakkan 1 sudu madu. Rasanya sedap, tiada rasa pelik. Kalau ada kurma, masukkan sekali. Tidak perlu masukkan madu. Cukuplah manis daripada kurma itu.
2. Smoothies
Boleh letak buah-buahan. Kalau tiada buah pun tidak mengapa. Boleh minum begitu sahaja. Boleh juga letak chia seeds jika suka.
Ekstra Tip: Hampas badam tadi jangan dibuang pula. Rugi. Jangan membazir. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.