Nasi Arab yang kebiasaannya kita jamah di restoran Arab pastinya cukup kita rindui di musim PKP ini. Puasa yang sudah memasuki hari keempat ini pastinya inginkan menu yang sedikit berbeza tetapi istimewa. Apa kata kita cuba sajikan Nasi Arab persis restoran ternama buat anak-anak kita.
Resipi perkongsian Nur Aisya ini memang awesome malah mendapat perkongsian lebih 22k di facebook. Resipinya mudah dan senang diikuti. Paling menarik kerana ia lengkap disediakan melalui langkah demi langkah berserta gambar. Terbaik!
Resipi wajib cuba: Rupanya Ni Cara Nak Ayam Golek Sedap Berkilat Ketika Panggang, Anak-Anak Makan Berebut!
Try buat nasi arab pakai bahan-bahan kat rumah je. Alhamdullilah menjadi dengan jayanya. Menu berbuka semalam untuk 6 orang makan. Kongsi jugak la mana tau ada yang berkenan. Ni resipi untuk salatoh dan salsa.
Ok part ni paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab tu.
Bahan Air Rebusan:
3 whole leg ayam
1 biji bawang besar (kalau besar guna separuh)
1 biji tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi. Sedap. Rasa sup berempah.
Bahan Perap Ayam:
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
Angkat ayam dari air rebusan. Saya perap guna bahan-bahan perap.
Perap kejap je sambil-sambil siapkan nasi). Lepas tu panggang. Bakar pada suhu 150 api atas sahaja 30 minit. Nanti dah bakar 15 minit, keluarkan sekejap. Sapu lebihan bahan perap tadi dan bakar semula. Nanti ayam kilat dan cantik.
Bahan Tumis:
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Beras basmathi
Saltoh dan Salsa
Salsa/sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan-bahan diatas)
Pudina hiris (saya guna ketumbar gak, benda takde)
Gaul semua bahan dalam satu bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lagi jus lemon. Siap!
Untuk salsa dan salatoh… Resepi kat atas yer.
Dah siap. Hidanglah macam mana pun asal kenyang. Sup tu saya ambil dari air rebusan ayam tadi.
Resipi wajib cuba: Cara Buat Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Simple Tapi Sedap!