Beras perang sememangnya baik untuk semua. Baik juga untuk anak, malah baik juga untuk kita. Paling menarik beras perang memiliki nutrisi seperti mangan, zink dan magnesium. Manakala beras biasa mempunyai lebih zat besi dan beberapa Vitamin B sahaja.
Sekiranya anda ingin memberikan beras perang untuk bayi, anda boleh menggunakan serbuk beras perang yang telah dikisar halus dan bertekstur yang lebih lembut supaya mudah dicerna oleh perut bayi.
Ibu boleh pilih sama ada ingin campurkan beras putih dan beras perang atau menggunakan serbuk beras perang sahaja bagi menyediakan makanan si kecil yang lebih sihat.
Namun, untuk anak-anak yang sedikit besar, anda bolehlah memasaknya seperti biasa. Bagaimana nak masak beras perang lebih cepat dan mudah tanpa gunakan periuk nasi biasa? Perkongsian Pn Wani Salim ini pastinya buat masa mama lebih jimat dan pantas. Masukkan sahaja ke dalam microvawe dan mama bolehlah lakukan kerja-kerja lain.
Wani nak share ngan korang step by step masak BROWN RICE guna microwave. Wani memang lama dah tinggal periuk nasi ni, untuk masak harian, tak rajin nak keluarkan periuk nasi.
IKLAN
Kalau ada nasi special je guna periuk nasi. Sebelum ni ingatkan nak masak nasi ni sama macam nasi biasa. Sekali berair lagi. Rupanya kena ada teknik juga. Step kat gambar bawah ya.
As usual ko amek cawan, cedok brown rice tu. Make sure guna periuk tahan microwave ya.
IKLAN
Dah basuh sambil baca selawat, masukkan air 2 kali ganda dari beras. Kalau satu cawan ko letak tadi, 2 cawan air gitooo.
Masukkan dalam microwave, tak tau la brand apa ada. Jangan tanya. So masak tak yah tutup dulu 10 min high power.
IKLAN
Ok tekan start. Dah biar dia situ, boleh pergi buat keje lain. Masak lauk ke, potong sayur ke camtu.
Dah 10 minit, korang letak pulak penutup dia masak lagi dalam 15 hingga 20 min. Suka guna microwave sebab malas nak basuh piuk nasi bekerak.
Lihatlah hasilnyaaa. Sedap pulak tu, mana kata-kata kau nak diet wani. Whatever pun, brown rice lagi healthier so makan la selalu.👍🏼
Posted by Wani Salim on Thursday, 19 September 2019
Lihatlah hasilnyaaa. Sedap pulak tu, mana kata-kata kau nak diet wani. Whatever pun, brown rice lagi healthier so makan la selalu.👍🏼
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan anak-anak mahu makan. Selain diberikan mainan, ada juga yang membenarkan anak untuk menonton video di telefon pintar atau tablet supaya mereka makan.
Sebenarnya dengan memberikan anak gajet atau mainan begitu, sememangnya ia dapat mengalih perhatian anak dan membolehkan ibu bapa untuk memberinya makan. Pun begitu, ia bukanlah cara yang betul. Ikuti penjelasan dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang cara makan yang patut dipraktikkan.
Rawat Anak Obes Agak Mencabar
Antara perkara super mencabar ialah bila kami berhadapan pesakit kanak-kanak berbadan obes.
Nak ambil darah susah. Nak masukkan jarum ke saluran darah untuk berikan ubat atau hidrasikan tubuhnya dengan air, pun sama. Tu yang kadang-kadang berkali-kali terpaksa cucuk sebab salur darahnya tak kelihatan seperti kanak-kanak lain.
Belum cerita lagi, bila jumpa kanak-kanak yang terlampau obes dan berat badan dah hampir macam orang dewasa. Sekali mereka mengamuk, boleh terbang staff kesihatan yang bertubuh kecil. Huhu.
Anak Gemuk Sebab Cara Makan Yang Salah
Biasanya, antara punca budak jadi terlampau gemuk, ialah mak ayah tak ajarkan cara makan yang betul.
Sepatutnya, makan mesti dalam keadaan duduk bertenang. Bukan depan tv, bukan sambil menonton di smartphone atau tablet. Bukan juga masa tengah bermain.
Tapi dalam keadaan benar-benar menikmati makanan serta mengunyah dengan baik. Didik anak untuk kunyah sehingga 30 atau 40 kali untuk pastikan makanan betul-betul hancur dan mudah dihadam.
Bila mereka berjaya ambil masa yang cukup untuk mengunyah, barulah makanan hancur lumat dan kalenjar dalam mulut dapat merembeskan enzim amylase secukupnya. Enzim ni penting tau untuk bantu proses penghadaman.
Hormon Ghrelin Jadikan Kita Terus Nak Makan!
Mengikut kajian, otak perlukan 20 minit untuk terima signal yang perut dah kenyang. Nahas kalau makan tergesa-gesa, perut dah penuh tapi masih belum rasa kenyang sebab otak masih berterusan keluarkan hormon Ghrelin. Ghrelin ni lah yang buatkan rasa lapar dan nak makan lagi.
Akhirnya selalu terlebih portion makan lantas mengakibatkan masalah obesiti.
Berbeza bila anak-anak makan penuh tertib dan perlahan-lahan, ia memberikan masa pada usus kecil menghantar signal pada otak supaya merasa kenyang dan penuh. Porsi makan tak berlebih.
Barulah makan jadi suatu proses bermanfaat, bukan mudarat.
Semoga bermanfaat!
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Luqman ini dapat memberi penjelasan kepada ibu bapa tentang cara memberi anak makan yang betul.
Kalau mama papa dah buntu nak sediakan pencuci mulut untuk berbuka puasa hari ini, apakata anda cuba resipi puding roti coklat butterscotch yang menggunakan roti butterscotch sebagai bahan utama. Nak lebih enak, makan bersama sos kastard.
Resipinya sangat simple dan mudah disediakan. Yang paling penting boleh pikat selera seisi keluarga. Ikuti resipi dikongsi oleh instafamous yang selalu berkongsi video masakan di instagram, Khairulming.
Panaskan susu segar, telur dan gula. Kacau sehingga adunan panas (jangan sampai mendidih cukup sekadar panas) kemudian ketepikan.
Carikkan 8 keping roti ke dalam bekas kemudian tabur chocolate chips. Tuang adunan susu yang dipanaskan tadi kemudian ulang balik langkah tadi sekali lagi.
Biarkan roti ini kembang selama 20 minit.
Masukkan sedikit air kedalam baking tray (teknik water bath bake).
Bakar pada suhu 180c selama 40-45 minit. Bake at 180c for 40-40 minutes
For custard sauce:
-1 tin susu cair (1 can evaporated milk)
-1/2 cawan air (1/2 cup water)
-2 sudu gula (2 tbsp sugar)
-1.5 sudu tepung kastard (1.5 tbsp custard flour)
Cara penyediaan sos kastard:
Masukkan kesemua bahan untuk membuat kastard ke dalam kuali, kacau sehingga pekat kemudian sejukkan.
Hidang:
Letak puding kedalam bekas, kemudian tuang sos kastard di atas. Sedia untuk dimakan. Boleh nak hidang ketika sejuk ataupun panas.
Anda perlu peka tentang kandungan garam dalam makanan bayi untuk mengelakkan pelbagai kesan buruk. Bagaimana pula dengan ‘garam tersembunyi’?
Ramai ibu bapa tertanya-tanya tentang penambahan garam ke dalam makanan bayi mereka. Malah, ramai ibu bapa mahu menambah garam kepada makanan bayi untuk supaya lebih ‘berperisa’ dengan harapan boleh menambat selera bayi. Ada yang beranggapan memasukkan garam dalam kuantiti kecil tidak memudaratkan.
Semakin ramai ibu bapa memilih untuk menyediakan sendiri makanan bayi supaya mereka dapat mengawal bahan-bahan yang digunakan. Ia sudah tentu tiada bahan pengawet, garam dan bahan aditif lain.
Perlukah ibu bapa menambah garam ke dalam makanan bayi dan membentuk “kebergantungan” garam bayi kepadanya? Sebenarnya, menambah garam kepada makanan bayi berbahaya dan ia sebenarnya tidak perlu.Menambahkan garam ke dalam makanan bayi boleh menyebabkan beberapa isu kesihatan termasuk tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.
KESAN GARAM KEPADA KESIHATAN BAYI
Sistem penghadaman mengambil apa yang diperlukan daripada makanan dan saki baki yang tidak diperlukan tubuh dihantar ke dalam darah. Sekiranya buah pinggang tidak dapat memproses tidak sisa ini, ia akan merosakkan badan. Buah pinggang anda mengukur bahan kimia seperti natrium, fosforus, dan kalium dan membebaskannya ke dalam darah untuk kembali ke badan. Dengan cara ini, buah pinggang anda mengawal tahap badan ini. Keseimbangan yang tepat diperlukan untuk kehidupan, tetapi paras yang berlebihan boleh membahayakan.
Ginjal bayi tidak dapat memproses sejumlah garam tambahan yang tinggi. Terlalu banyak garam daripada sumber makanan selain makanan semula jadi seperti sayuran dan buah-buahan, susu ibu dan / atau formula boleh merosakkan buah pinggang bayi dan mungkin menyebabkan kerosakan otak.
BOLEHKAH BAYI MAKANAN YANG DILETAKKAN GARAM?
Menambah garam kepada makanan bayi tidak digalakkan. Selain risiko kesihatan, anda tentu tidak suka kalau bayi gemar kepada makanan masin. Walau bagaimanapun terdapat kes di mana garam boleh diterima. Banyak resipi makanan yang dibakar seperti roti dan biskut, yang memasukkan garam sebagai ramuan. Jumlah garam dalam resipi yang dibakar umumnya antara 1/4 sudu teh hingga 1 sudu teh, bergantung kepada resipi dan hasilnya. Dalam hal ini, sepertimana gula, bayi anda mungkin akan makan hanya sedikit sahaja daripada sekeping roti dan garam yang dimasukkan tersebut telah disebar kepada seluruh roti yang telah dihasilkan daripada doh resipi roti tadi.
Terdapat banyak lauk pauk dan hidangan lain yang turut menggunakan garam sebanyak 1/4 sudu atau 1 sudu teh garam. Perkara yang paling penting ialah anda tidak menambah garam kepada makanan bayi sebagai perasa. Sebagai contoh, jangan masukkan garam ke puri labu bayi untuk memperisakannya. Bayi tidak memerlukan garam dalam sajian sayuran atau daging.
AWAS GARAM TERSEMBUNYI
Kebanyakan garam yang dimakan hari ini ditambah kepada makanan dalam bentuk natrium klorida atau garam meja. Pengilang makanan juga menambah garam meja kepada makanan dalam proses pemeliharaan dan pemprosesan serta bertujuan untuk meningkatkan rasa. Natrium juga tersembunyi sebagai sebahagian daripada bahan kimia lain seperti natrium nitrat, natrium benzoat sakarin dan monosodium glutamat. Akibatnya, ramai yang tidak sedar mengambil tiga hingga lima kali lebih banyak natrium daripada yang mereka perlukan.
MAKANAN SIAP DAN MAKANAN TINGGI GARAM / NATRIUM
-Sup, sayur-sayuran, cili dan pasta dalam tin atau campuran serbuk sup
-Daging diproses (seperti daging patty burger,sosej, nugget), kerang dan makanan laut lain
-Bijirin yang dimasak segera
-Makanan sejuk beku seperti pai
-Bahan cicahan atau sos
-Sesetengah campuran lempeng, mufin dan roti
-Mentega masin (salted) atau marjerin
-Salad dressing
-Sos soya/ kicap
-Serbuk koko dan campuran koko segera
-Mi segera, bubur nasi segera dan serbuk kentang putar segera
-Makanan berjeruk atau diasinkan seperti telur masin atau lobak masin
Malah makanan yang kedengaran sihat juga boleh jadi kaya dengan sodium. Semak label makanan anda sebelum memberikannya kepada bayi.
-Elakkan makanan protein soya seperti tauhu atau miso yang diasinkan.
-Keju yang diproses seperti keju parmesan, keju feta.
-Minuman berasaskan susu termasuk buttermilk
-Makanan yang diperap yang dibuat dengan teriyaki atau soya.
-Bijirin yang mengandungi 200 miligram atau lebih natrium
Ingat untuk sentiasa membaca dan menyemak label makanan yang anda menyuapkannya kepada si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!