Tak lengkap makan kalau tanpa dihidangkan dengan sepinggan nasi setiap hari. Boleh gelisah rasanya tanpa sepinggan nasi di depan mata. Begitu juga dengan anak-anak kita.
Cukup sehari sekali sudah memadai untuk kita. Pun begitu ada yang cuba mengehadkan lagi pengambilan nasi untuk berdiet.
Sebenarnya kalau hendak berdiet dengan nasi pun kena ilmu mengenai jenis-jenis beras. Sama seperti roti yang mempunyai Glycemic Index (GI), beras juga harus diperiksa kadar GI nya untuk memastikan kita sentiasa sihat makan nasi setiap hari.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy di facebooknya. Jom tambah ilmu sama-sama. Bolehlah kawal pemakanan anak-anak kita, tak kurang juga boleh berdiet.
BERAS YANG MANA BAGUS KALAU NAK SIHAT?
Alhamdulillah, artikel tentang ‘Roti & Glycemic Index’ sebelum ni telah dapat memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada anda semua tentang Konsep Glycemic Index (GI). Ramai yang bertanya ‘Kenapa banyak roti, mee, beras dan makanan yang tidak dilabel dengan Glycemic Index?’ Memang banyak yang belum lagi dilabel. Kita kena cari mencari inisiatif untuk mencari nilai GI untuk makanan tersebut.
Tapi hari ni saya nak kongsikan tentang beras. Saya faham dengan ‘nature’ kita di Malaysia yang sinonim dengan nasi. Jika anda perhatikan pada label beras yang dijual, memang banyak yang tiada label GI. Kalu semua dilabel, rasanya mungkin sales akan merudum. May be..hihi 🙂
Istimewa untuk anda semua, saya akan kongsikan nilai GI beberapa jenis beras yang biasa kita makan. Ingat untuk sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI.
Ingat skala yang saya kongsikan sebelum ni?
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
Jika nilai GI = 100, ini bermakna gula dalam darah akan meningkat sama seperti ‘pure glucose’ atau minum air gula. Tetapi jangan terperanjat kerana ada beberapa jenis makanan yang mempunyai nilai GI lebih tinggi dari gula! Tak percaya? Cuba lihat senarai yang saya berikan nanti.
Nak sihat? Mantra mudah yang saya selalu kongsikan : ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’. So kita kena jadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih, mahal sikit tak apa, sebab kalu sakit nanti lagi mahal harganya!
Senarai dibawah adalah antara nilai yang saya perolehi dari data Glycemic Index dari University Of Sydney, Australia.
Beras Pulut : Glutinous rice, white, cooked in rice cooker (Bangkok, Thailand): GI 94
Beras Jasmine: Jasmine rice, white, cooked in rice cooker (Golden World Foods, Bangkok, Thailand): GI 109
Beras Hancur : Broken rice, white : GI 86
Beras Basmati : Basmati, white rice, boiled, (Product of Pakistan): GI 59
Beras Merah : Red Raw rice, Sri Lankan : GI 59
Beras Perang : Low GI Brown Long Grain rice, GI :54
Parboiled rice: GI 46
Cuba tengok apakah beras yang anda gunakan dirumah?
Saya personally bila ada clients yang mengatakan bahawa semua anak-anak mereka bulat (tidak terkecuali ibu dan ayah anak-anak tersebut..hihi), antara soalan yang saya akan tanya ialah ‘Beras apa yang anda sekeluarga makan?’
To my suprise, kebanyakkan keluarga ini mempunyai kegemaran yang sama iaitu memberi beras-beras yang sangat sedap, beras yang mereka import special dari negara jiran! haha.. Binggo!
Cuba lihat GI indeks bagi beras-beras tersebut. Kesannya lebih teruk dari minum air gula! No wonder gula dalam darah meningkat, insulin meningkat dan semuanya bulat!
Jom lakukan sedikit perubahan. Pilih beras dengan nilai yang lebih rendah untuk lebih slim dan lebih sihat. In shaa Allah.
Sumber: Dr Malinda Health & Beauty
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa tidak boleh mandikan bayi dengan air sejuk? Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi.
Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir. Terlalu kecil, takut nak pegang, bimbang terlepas, terjatuh dan macam-macam lagi.
Tapi ada seperkara lagu yang perlu diberiakn perhatian dalam memandukan bayi. Tahukah anda yang memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan hipotermia atau penurunan suhu badan.
Hal ini akan menyebabkan bayi menjadi kesejukan dan kebiru-biruan. Ini kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.
ELAKKAN MELAKUKAN 6 KESILAPAN INI SEMASA MEMANDIKAN BAYI
Tidak mengacau dengan rata campuran air panas dan air sejuk dan terus merendamkan bayi ke dalam besen. Ini boleh menyebabkan air terlalu panas dan menyebabkan kulit melecur.
Elakkan memandikan bayi terlalu awal pagi atau malam. Disarankan memandikan sekitar jam 10 pagi hingga 5 petang untuk mengelakkan kesejukan melampau.
Memasang kipas atau penghawa dingin semasa memandikan bayi untuk mengelakkan kesejukan.
Selesai mandi, bayi tidak dibalut dengan tuala atau kain lampin dan ini menyebabkan kesejukan.
Meninggalkan bayi di dalam tab mandian tanpa pemantauan.
Mandi secara terendam sedangkan pusat bayi masih lagi belum tertanggal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Anak hampir sawan. Mak beritahu badan Mateen keras kaku,” kata pelakon Yana Samsudin mengenai situasi yang berlaku kepada anaknya, Aisy Mateen sebelum dimasukkan ke hospital di Batu Pahat, Johor semalam.
Yana menerusi akaun Instagram berkongsi detik cemas yang berlaku terhadap anaknya ketika dia dan suami Fadzil Zahari keluar atas urusan kerja.
“Rabu lalu sekitar jam 3.30 pagi kami masih lagi gigih nak habiskan satu perjumpaan di Johor Bahru. Namun, tiba-tiba dapat satu panggilan dari rumah di Yong Peng. Memang pelik kalau dapat panggilan awal pagi. Mesti ada kecemasan.
“Rupanya betul, Mateen demam panas. Ketika itu, kami terus minta Mateen dibawa ke klinik 24 jam sementara kami dalam perjalanan bertemu Mateen.
“Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat. Kami sampai sana jam 5 pagi dan Mateen sudah diberikan ubat,” katanya.
Menurut Yana, memandangkan Mateen hampir terkena sawan dia kini perlu lebih berhati-hati.
“Saya ingin nasihatkan pada semua, tak kiralah sudah ada anak, bercucu ataupun tak kahwin lagi. Mereka yang mahu berjalan jauh atau nak tinggalkan anak dengan penjaga, bawa ubat serta tolonglah bagi ubat ikut masa.
“Jika panas tak juga kebah, jangan selimutkan tapi beri ruang udara panas untuk keluar. Kalau ada anak anak yang pernah kena sawan pertama kali, peluang untuk kena kali kedua sangat tinggi.
“Kalau terkena juga sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Takut tak bernafas. Allahuakbar sedihnya kalau berlaku.
“Apa yang berlaku kelmarin buat kami panik,” tulisnya lagi.
Sumber: ig Yana Samsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anak demam, mak-mak yang paling runsing. Mulalah tidak tidur malam semata-mata menjaga anak. Bimbang suhunya tiba-tiba naik mendadak tinggi.
Selain pengambilan ubat demam yang dibekalkan oleh doktor, ada baiknya ibu sediakan semangkuk sup ayam panas supaya anak makan dengan lebih berselera. Sediakan bubur nasi yang diambil bersama sup panas pastinya buat anak makin selera untuk makan.
Antara usaha lain yang ibu boleh usahakan adalah menyediakan sup antibiotik yang dikatakan cukup baik untuk meredakan demam dan mencairkan kahak. Jom kita cuba seperti yang dikongsikan oleh Puan Julia Daud ini difacebooknya. Mana tahu serasi untuk anak kita.
SUP ANTIBIOTIK UNTUK DEMAM DAN CAIRKAN KAHAK
Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Badan Wiyyah pun kelihatan letih, mukanya pun nampak lesu tidak bermaya. Doktor bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia. Kalau ibu-ibu rajin search di Google, tentu pernah terbaca tentang “sup antibiotik” kan?
Menu sup begini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.
BAHAN-BAHAN
5 biji buah pelaga
5 -7 biji bunga cengkih
5 ulas bawang putih | dicincang halus
1 ulas bawang merah | dicincang halus
3 biji lada hitam | dihancurkan
1 batang lobak merah | dipotong dadu
3 batang celery / ikan bilis
Ayam / ikan /daging (sumber protien)
Sedikit daun sup atau daun bawang
3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.
2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.
Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.
3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.
4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.
*Mudah saja kan? Bukan sahaja boleh dimakan ketika sakit, sup antibiotik ini juga sangat bagus untuk diamalkan supaya immuniti badan sentiasa terjaga. Selamat mencuba!
Kredit: Julia Daud
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!