Cara praktikal penyediaan sajian bayi ini sangat praktikal dan boleh mengelakkan pembaziran dan jimatkan masa. Anda juga boleh lakukan untuk si kecil!

Bila ada anak kecil, mama tentu faham kesibukannya. Tapi itu bukan alasan untuk tidak menyediakan sajian dari air tangan sendiri. Tidak kira sama ada suri rumah, working at home mom ini sesuatu yang wajib anda cuba!

Puan Nurul Azira telah berkongsi tip ini. Berikut ialah perkongsian beliau;

Mudahkan, siap-siap buat stok untuk si kcil, beli daun sup terlebih pulak tadi, dari terkulai layuu macam tu je…apa kata kita hiris halus daun sup itu, bubuh dalam ice tray dan frozenkan.

  Cara Praktikal Penyediaan Sajian Bayi Ini Boleh Elak Pembaziran & Jimatkan Masa!

Tahan pun tahan kalau dah di frozen kan macam ni…Kalau nak gua tinggal ambik je seketul,settle.

IKLAN

Ayam pun macam tu jugak…potong siap-siap, nk msk bubur ambik seketul.

 Bukan takat ayam yang di frozen, beras pun di frozen kan jugak…sekejap je masak ye dan tekstur bubur ye pun cantik. Malam ni menu wani (anak) Bubur ayam campur dengan lobak merah dan daun sup. Semerbak je bau die. Anak saya still makan bubur blend (dikisar) walaupun gaga sudah tumbuh 8 batang, umurnya 1 tahun 5 bulan. 

TIP SANGAT BERMANFAAT

Beliau yang kemudiannya dihubungi Pa&Ma menyatakan tip ini sangat-sangat bermanfaat kerana ia memudahkan serta meringankan kerja para ibu.

IKLAN

“ Walau pun saya suri rumah, saya tetap sediakan stok makanan untuk anak saya yang kecil ni setiap minggu. Selepas membeli barang dapur, saya akan asing-asingkan siap-siap bahan mentah untuk makanan anak kecil saya…

Cara Praktikal Penyediaan Sajian Bayi Ini Boleh Elak Pembaziran & Jimatkan Masa!

SIAP ASINGKAN LAUK

“Kalau beli ayam, saya akan asingkan bahagian dada untuk makanannya. Bersihkan, potong kecil dan masukkan dalam dulang kiub ais. Kalau hendak memasak saya tak perlu buang masa nak potong dan bersihkan. Hanya ambil bahan yang hendak di gunakan. Ambil seketul atau dua ketul ayam dan masukkan ke dalam bubur sedang direnih. Selalunya saya buat tidak banyak sahaja memandangkan dulang ais terhad, cukuplah untuk keperluan makanan anak selama seminggu,” katanya.

IKLAN

BERAS TERENDAM BEKU MENJIMATKAN MASA MEMASAK BUBUR

Beliau juga turut berkongsi cara menjimatkan masa memasak bubur dengan merendamkan beras ke dalam air dan dibekukan. Katanya cara ini menghasilkan bubur dalam kadar masa yang cepat dan tekstur bubur yang dimasak juga lebih cantik.

Cara Praktikal Penyediaan Sajian Bayi Ini Boleh Elak Pembaziran & Jimatkan Masa!

Cara Praktikal Penyediaan Sajian Bayi Ini Boleh Elak Pembaziran & Jimatkan Masa!

Sumber: Puan Nurul Azira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI