Seorang bapa mungkin lebih tegas berbanding ibu. Ekspresi wajahnya saja sudah cukup untuk membuat anak-anak merasa takut. Nampak garang, tetapi di sebalik wajah itu tersembunyi rasa cinta seorang ayah terhadap anak-anaknya.
Menunjukkan rasa sayang kepada anak-anak bukan sahaja membuatkan mereka terasa disayangi tetapi sebenarnya ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Bagi ayah yang mungkin jarang menzahirkan rasa sayang terhadap anak-anak, Rasullulah SAW pernah memberi nasihatnya berkenaan hal ini.
Terdapat sebuah kisah dahulu ketika Nabi mencium kedua orang cucunya iaitu Hasa dan Husain bin Ali bin Abi Thalib. Kejadian ini menurut sebuah riwayat oleh Abu Hurairah, disaksikan oleh al-Aqra bin Habis. Lalu dia pun berkata, “Sesungguhnya, aku memiliki sepuluh orang anak. Dan, tidak pernah aku cium seorang pun daripada mereka.”
Selepas mendengar pengakuan jujur al-Aqra, Rasullullah SAW lalu bersabda:
“Barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.”
Sebenarnya, mencium anak merupakan salah satu cara seorang ayah memberitahu anak-anak bahawa dia menyayangi mereka. Amalan itu akan mewujudkan rasa sayang anak-anak kepada si ayah. Jika tiada, maka kasih sayang antara seorang ayah dan anak-anak tidak sempurna.
Ads
Satu kisah lain ketika ada seseorang bertemu dengan Rasullullah SAW dan dia ditanyakan pernahkah dia mencium anak-anaknya. Dia bertanya semula mengapa perlu dia berbuat demikian.
Lantas ditanyakan semula kepadanya, seandainya dia mahu Allah SWT mencabut kasih sayang dari hatinya.
Ada juga riwayat lain yang menceritakan tentang kasih sayang Rasullulah SWT apabila anaknya Fathimah az-Zahra melawatnya, pasti Baginda akan menjemput anaknya itu dan menudukkannya di atas kerusi lalu diciumnya. Biarpun ketika sedang sakit, Baginda tetap melakukannya.
Ads
Tidak hairanlah, mengapa Fathimah seperti yang diceritakan melalui lanjutan hadis ini, dia juga akan melakukan begitu kepada Baginda saat ayahnya datang menziarahinya.
Ya, cara Rasullulah SAW ini indah. Jadikan ia teladan agar kita dapat menjadi ibu bapa yang lebih prihatin dan penyayang. Semoga dengan mengikut sunnah ini, kasih sayang dalam rumah tangga bertambah mekar dan mewangi.
“Mama tak marah! Mama cuma nasihat!” Itulah skrip biasa yang sering kita dengar atau kita sendiri yang sebut dengan suara tinggi ketika mendepani kerenah anak.
Selalunya waktu anak pecahkan pinggan, anak sepahkan mainan, anak bangun lewat, anak melawan cakap, anak khusyuk bermain ‘game’, anak berkelahi, anak berlama-lama dalam bilik air, anak buang masa, anak malas, anak degil, anak protes dan sebagainya, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
4 waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain.
Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli. ‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan.
Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak. Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
“Tak sedar bila anak berada di dapur.” Luluh hati ibu apabila anak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari balkoni dapur di tingkat sembilan flat perumahan Sri Sabah, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian seorang kanak-kanak terjatuh dari flat pada pukul 11.54 pagi.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian dan dimaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) oleh ibunya.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan (balkoni dapur) rumahnya sekitar pukul 9.30 pagi.
“Difahamkan ketika kejadian, ibu dan adik mangsa turut berada di rumah berkenaan namun, ibunya tidak menyedari bahawa mangsa berada di dapur rumah semasa kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa yang merupakan warga tempatan telah dibawa ke HCTM namun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.
Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
Zam Halim turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seumpama kes berkenaan.
Memilih tema berwarna putih untuk majlis akikah dan tahnik Bunga Elhaq, Elisya Sandha dan suami secara rasminya telah berkongsi wajah anak sulung mereka. Sekali tengok muka Bunga Elhaq, ada iras dengan Nanna Sheila Rusly.
Memilih tarikh sempena Aidiladha, Elisya berkata, melahirkan puteri tercintanya itu adalah pengorbanan paling terbesar dalam hidup dia dan suami tahun ini.
“Melahirkan anda adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy.
“Pengorbanan daddy anda bangun setiap malam untuk tukar lampin and susukan anda serta pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah anda hari ini.
“Masya-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang,” katanya.
Menurut Elisya, dia berharap apabila anaknya sudah semakin membesar dapat menjaga hati ramai orang selain menghargai pengorbanan mereka.
“Apabila kamu sudah semakin membesar dan pandai membaca saya mahu anda membaca mesej dan ingat pesan mummy.
“Jagalah hati orang yang sayangkan anda. Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab anda tak tahu Bunga betapa untungnya anda di mata orang lain kerana anda memilikinya,” katanya.
Sementara itu, menerusi IG Sheila Rusly, dia turut memuat naik momennya sekeluarga bersama Bunga Elhaq.
Menerusi kapsyen yang ditulisnya, Sheila mengucapkan syukur setelah apa yang dirancang berjalan lancar.
“Cantikknya bunga.. Manis dan lembut air mukanya.”
“Muka macam nana dia lah. Cantik 😍😍😍
“Bunga muka dady 😍😍❤️ comel nya.”
Dalam masa sama, Elisya turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh peminatnya. Elisya dan suaminya Uzair Haqimy berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...