Cara Rebus Kacang Kuda Lagi Cepat Empuk, Rupanya Masukkan Bahan Ni, Lagi Cepat!

Share

Merebus kacang kuda sememangnya mengambil masa yang lama biar pun direndam lama terlebih dahulu. Rupanya ada cara membuatkan kacang lagi cepat empuk.

Tak gunakan bahan yang banyak, hanya masukkan sedikit soda bikarbonat dan beberapa bahan lain ketika merebus. Jom ikuti tip perkongsian Noremyza Ibrahim.


Terima kasih semua yang bagi tunjuk ajar macam mana nak rebus kacang kuda bagi cepat empok. Tak sampai satu jam merebus dah dapat hasil seperti yang saya inginkan. (kacang saya dah rendam semalaman).

Biras dah datang ambil dan katanya nak buat jual di warung dia. Semoga menepati lah cita rasa yang membeli.

Rebus dalam periuk nasi je.

Dalam air rebusan masukkan daun kari, minyak masak & ½sudu besar soda bicarbonate.

Menarik: Goreng Ikan Keli Tak Meletup Langsung, Nak Alih Pun Rasa Selamat Bila Letak Bahan Ni!

Bila air hampir mendidih masukkan kacang.

Bila dah hampir empok masukkan garam.

Nah hasilnya.

Selamat mencuba!

Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM