Keibubapaan

Cara Rina Makan Ada Warga Maya Tak Berkenan, “Saya Tak Tahulah, Mungkin Awak Makan Dengan Cara Yang Betul Seperti Seorang Muslim…” Maryam Younarae

Share

Cara Rina makan ada warga maya tak berkenan, “Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim…” Maryam Younarae. Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi telatah comel anak perempuannya, Rina sedang menikmati makanan yang disediakannya.

Cara Rina Makan Ada Warga Maya Tak Berkenan

Sesiapa sahaja yang melihat ‘gaya’ Rina makan pasti rasa teruja dan kecur liur. Dalam ramai-ramai warga maya yang sering terhibur dengan perlakuan Rina yang mencuit hati  ketika menikati makanan, ada  seorang pengguna media sosial yang kurang senang dengan cara Rina makan. Individu tersebut telah meninggalkan komen pada salah satu video yang dimuat naik.

Tolong ajar dia cara makan yang betul kerana kita adalah muslim. Terima kasih.

“Saya Tak Tahulah, Mungkin Awak Makan Dengan Cara Yang Betul Seperti Seorang Muslim…” Maryam Younarae

Tidak hanya berdiam diri, pempengaruh yang berasal dari Korea Selatan itu kemudian memberi respon ringkas kepada individu tersebut.

Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim ketika berusia dua tahun enam bulan..baguslah.

Saya akan cuba ajar dia (Rina).

 

@uyounik Replying to @lynn ♬ original sound – Duriankimchi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan individu tersebut dan mempertahankan Maryam serta anak perempuannya itu.

Untuk rekod, Maryam mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: TikTok Maryam Instagram: maryamkimchijunior

Maryam

Baca artikel lain juga: Melancong Ke Luar Negara, Pempengaruh Media Sosial Ryzal Ibrahim Kongsi Drama Maryam Rina

Rina Hirup Sup Sampai Licin Maryam Kongsi Tip Anak Berselera Makan!

Masyallah, Bijaknya Maryam Sebak Tengok Anak Pandai Nak Solat, Ramai Puji Didikan Ryzal Ibrahim!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Published by
Has