Bila anak demam, selain hidung yang selesema dan berhingus, anak akan turut mengalami sakit tekak. Bagi memulihkan masalah anak sakit tekak ini sebenarnya tidak perlukan ubat. Salah satu cara yang boleh meredakan masalah sakit tekak ini adalah dengan beberapa tip yang dikongsikan oleh pakar.

Menurut Dr Ezairy M Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak (ENT), terdapat cara semulajadi bagi meredakan sakit tekak anak. Mama papa pun boleh amalkan cara ni.

Cara Semulajadi Redakan Anak Sakit Tekak, Simple Tapi Berkesan!


BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?

Ramai ibu bapa masih belum tahu bahawa apabila anak kita kerap mengalami masalah sakit tekak dan batuk-batuk, kita boleh beri mereka kumur dengan air garam. Walaupun mereka tertelan sedikit, tiada masalah yang kita perlu risau.

Ambil air suam campur dengan setengah sudu garam. Ramai pesakit saya dah cuba, berhasil. Boleh lakukan di rumah sahaja.

Beli Najjah Set Telekung Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/najjah-set-telekung-jannah-20166118″ style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Najjah Set Telekung Jannah[/su_button]

Kalau di hospital, kami akan beri gargle, throat spray atau lozenges. Semua ini dapat membantu meredakan sakit. Untuk rawatan spesifik, perlu kepada pemeriksaan. Jumpalah doktor anda. Kami akan bantu.

Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.

Cara Semulajadi Redakan Anak Sakit Tekak, Simple Tapi Berkesan!

Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?

Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna.

Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.

Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.

Cara Semulajadi Redakan Anak Sakit Tekak, Simple Tapi Berkesan!

Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.

Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling.

Cara Semulajadi Redakan Anak Sakit Tekak, Simple Tapi Berkesan!

Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Menarik: Panik Bukaan Dah 9 Sentimeter, Ryzal Syukur Dapat Tengok Anak Lahir, Sediakan Sup Seaweed Untuk Maryam!

Cara Semulajadi Redakan Anak Sakit Tekak, Simple Tapi Berkesan!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Dr Ezairy M Sallih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI